web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gyeongsangbuk-Do Dipromosi Sebagai Destinasi Pelancongan Di Korea Selatan

Wilayah Gyeongbuk (GyeongsangBuk-do) mengandungi 23 bandar raya, kecil dan besar, termasuk Gyeongju, Andong, Pohang dan juga Mungyeong.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 10:00AM

Suasana Pesta Topeng yang diadakan setiap tahun di Andong, Wilayah Gyeongbuk, Korea Selatan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertubuhan Pelancongan dan Kebudayaan GyeongsangBuk-do menyasarkan untuk mempromosi wilayah GyeongsangBuk-do di Korea Selatan sebagai destinasi pelancong khusus bagi rakyat Malaysia mengalami pengalaman kebudayaan sebenar Korea.

Presiden pertubuhan itu Kim Seongjo berkata GyeongsangBuk-do merupakan sebuah wilayah di Korea dengan tradisi dan kemodenan bersatu dalam suasana harmoni untuk menjadi "Korea sebenar” dengan tiga kebudayaan utama wujud bersama, yakni kebudayaan Buddha, kebudayaan Andong's Confucian, dan kebudayaan Goryeo's Gaya Dynasty.

"Wilayah Gyeongbuk (GyeongsangBuk-do) mengandungi 23 bandar raya, kecil dan besar, termasuk Gyeongju, yang merupakan sebuah bandar raya warisan UNESCO dengan sejarah tamadun ribuan tahun lamanya, manakala Andong, bandar raya warisan UNESCO yang dilawati baginda Queen Elizabeth dan Putera Andrew dari England, serta Pohang dan juga Mungyeong, lokasi penggambaran K-drama (Drama Korea) dan bandar raya santai,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Makan Malam Promosi pertubuhan itu di Kuala Lumpur.

GyeongsangBuk-do ditampilkan dalam beberapa K-drama terkenal seperti 'Kingdom', 'Hometown Cha-Cha-Cha', 'When the Camellia Blooms' dan 'Alchemy of Souls'. 

GyeongsangBuk-do ditampilkan dalam beberapa K-drama terkenal seperti 'Kingdom', 'Hometown Cha-Cha-Cha', 'When the Camellia Blooms' dan 'Alchemy of Souls'
GyeongsangBuk-do ditampilkan dalam beberapa K-drama terkenal seperti 'Kingdom', 'Hometown Cha-Cha-Cha', 'When the Camellia Blooms' dan 'Alchemy of Souls'

Pelancong juga akan berpeluang menikmati hidangan makanan terkenal GyeongsangBuk yakni Andong jjimdak (ayam), ketam salji Korea serta nasi yang dibungkus daun khas.

Kim berkata GyeongsangBuk-do mempunyai sembilan taman semula jadi dengan pemandangan alam sekeliling yang indah, kesan peninggalan sejarah serta pemandangan pohon-pohon hijau menarik dengan ratio 75 peratus, sekali gus membolehkan pengunjung menikmati pesta musim bunga, percutian musim panas, aktiviti berwarna-warni musim luruh dan perjalanan menyegarkan emosi di musim sejuk.

“GyeongsangBuk-do merupakan sebuah kerajaan metropolitan terbesar yang meliputi 19 peratus daripada keluasan Korea Selatan, dan jarak dari bandar raya Seoul adalah dua jam (ke Singyeongju, Andong) ke dua jam setengah (ke Pohang) menggunakan KTX (Korea Train eXpress) Train,” katanya.

Kim berharap rakyat Malaysia akan melawat GyeongsangBuk-do dan menikmati pengalaman istimewa yang tidak ditemui di mana-mana tempat lain.

Beliau berkata pertubuhan itu juga akan memperkenalkan Malaysia kepada penduduk GyeongsangBuk-do, bagi menggalakkan mereka melawat negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 2 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad