Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Sudahkah anda merancang aktiviti yang ingin dilakukan sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti?

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 9:40AM

Tugu Negara - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasti ramai yang sudah merancang untuk bercuti sambil menyambut hari kemerdekaan yang bakal berlangsung 31 Ogos ini. Sedar tidak sedar, sejak Malaysia dilanda pandemik COVID-19 sudah dua tahun kita tidak menyambut hari bersejarah ini dengan gilang gemilang.

Segala persiapan kini sudah bermula dan raptai latihan hari perbarisan kemerdekaan dilihat sedang rancak dijalankan di setiap negeri terutamanya di Dataran Merdeka. Jadi sudahkah anda merancang aktiviti apakah yang ingin dilakukan menjelang hari tersebut?

Dengan bertema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, kami kongsikan lima aktiviti menarik untuk anda lakukan sempena hari kemerdekaan negara.

Memandu Ke Destinasi Tanpa Sabarang Halangan

Hidupkan enjin kereta anda dan terus memandu kemana- sahaja lokasi yang mempunyai kibaran Jalur Gemilang tidak kira jauh mahupun dekat. Ini bertujuan untuk anda membebaskan diri bersama rakan-rakan atau keluarga menuju ke kawasan tersebut untuk meraikan hari bersejarah ini.

Jangan lupa, pastikan anda menangkap gambar detik-detik perjalanan tersebut untuk dijadikan sebagai kenangan. Namun terdapat beberapa perkara yang anda perlu persiapkan bagi melancarkan perjalanan ini:

  • Tetapkan perjalanan mula dan destinasi akhir supaya anda boleh mengetahui lokasi untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
  • Pastikan anda membawa air dan makanan ringan untuk dimakan jika anda tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas
  • Setkan lagu-lagu kegemaran anda pada radio untuk mendengar atau bernyanyi bersama-sama di dalam kereta.

Tugu Negara Dan Bunga Api

Tugu negara merupakan kawasan yang memiliki nilai sentimental bagi sesetengah rakyat Malaysia yang memperlihatkan sejarah pengorbanan tentera semasa berjuang dengan getir untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Jika anda ke sini membawa anak-anak, barangkali mereka boleh mempelajari serba sedikit sejarah yang tercatat di tugu negara tersebut sambil menerapkan semangat patriotik dalam diri mereka.

Kemudian menjelang malam 31 Ogos, pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan acara bunga api di langit kota Kuala Lumpur bukan? Jadi ini antara lokasi bunga api yang menarik untuk ditonton:

  • Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
  • Changkat Semantan, Kuala Lumpur
  • Bukit Permai, Cheras
  • Genting Highlands, Pahang

Dataran Merdeka

Perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini menjadi lokasi yang wajib dihadiri rakyat Malaysia. Ini kerana sudah dua tahun kita tidak menyambut hari bersejarah ini dengan penuh gilang gemilangnya.

Mungkin, inilah masanya untuk rakan-rakan atau keluarga hadir dengan imej pakaian penuh patriotik atau sekurang-kurangnya bawalah bersama bendera untuk dikibarkan sepanjang perarakan ini berlangsung.

“Merdekakan” Kenderaan Anda

Menjelang hari kemerdekaan, apa kata anda lakukan pemeriksaan terhadap kereta anda supaya ia “merdeka” daripada sebarang masalah. Jika perlu, hantarkan ia  ke bengkel berdekatan untuk membuat penyelenggaraan sebelum pergi bercuti.

Semak bahagian atau komponen kereta yang mungkin anda perlu “merdekakan” sebelum bercuti:

  • Kemudi berfungsi dengan lancar
  • Brek/pengantungan kereta (suspension) tiada bunyi aneh apabila kereta bergerak
  • Aras cecair brek, penyejuk, tangka pengelap dan minyak enjin berada dalam kuantiti yang betul 
  • Keadaan Tayar
  • Tahap kuasa bateri yang boleh diperiksa atau dicas (jika perlu) di Bosch C7.
  • Pengelap tingkap, lampu kereta
  • Tali pinggang/ kerusi keselamatan bayi dalam kereta berfungsi dengan baik.

Kongsikan Gambar Kreatif Sempena Merdeka Dan Menang Hadiah Menarik

Dalam meraikan Hari Mereka ini, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan menangkap gambar secara kreatif bersama jalur gemilang pada kereta.

Ini kerana syarikat komponen automotif jenama Bosch sedang mencari 5 pemenang bertuah yang bakal memenangi produk Bosch C7 Battery dan 10 pemenang voucher 50 dari shopee.

Caranya mudah sahaja, muat naik gambar tersebut di Instagram berserta #BoschMERDEKAR, seterusnya ikuti akaun Instagram @boschautopartsmy dan pastikan akaun Instagram anda dinyahprivasikan. - Getaran, 30 Ogos 2022

Sumber: Bosch Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

2

TARA 7 bulan yang lalu

5 Iklan Terbaik Sempena Hari Kebangsaan 2023, Sarat Mesej Bermakna Untuk Penonton

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Cari Pengisian, Makna Sebenar Merdeka Atas Diri Sendiri Cabaran Utama - Mujahid

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Program EMRKL Perlu Diteruskan Pada Hari Kebangsaan Akan Datang - Hannah  

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran