web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program EMRKL Perlu Diteruskan Pada Hari Kebangsaan Akan Datang - Hannah  

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 8:41PM

Hannah Yeoh (tengah) bergambar bersama peserta Program Eksplorasi Merdeka 2.0 di perkarangan LRT Bukit Jalil - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mencadangkan supaya program  Eksplorasi Merdeka Rapid KL (EMRKL) anjuran Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diteruskan pada sambutan Hari Kebangsaan akan datang.

Beliau berkata ini kerana program EMRKL 2.0 seperti yang dianjurkan hari ini sempena Hari Kebangsaan dan cuti sekolah bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan tetapi juga mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat.

“Semangat berpasukan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan dapat dipertingkatkan dengan menyertai program seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau peserta Eksplorasi Merdeka di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT ) Bukit Jalil di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah ketika ditemui selepas melepaskan peserta berkata program itu yang memasuki tahun kedua penganjuran berjaya menarik hampir 800 peserta melibatkan 200 kumpulan. 

“Jumlah penyertaan pada kali ini meningkat empat kali ganda berbanding tahun lepas dengan 200 peserta daripada 50 kumpulan,” katanya.  

Beliau berkata melalui program bertemakan budaya dengan misi memupuk perpaduan itu, peserta perlu pergi ke tujuh check-point dan lokasi terpilih di jajaran rel Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas Rapid KL di sekitar bandar raya Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke Stesen LRT Bukit Jalil. 

Sementara itu, Prasarana dalam kenyataan media yang diedarkan pada program itu memaklumkan penganjuran EMRKL yang berasaskan explorace itu bertujuan meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 iaitu Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. 

Menurut kenyataan itu pelbagai aktiviti dan misi menarik diselitkan dengan tema kemerdekaan serta budaya yang perlu diselesaikan oleh peserta di lokasi dan check-point tertentu di sepanjang rangkaian rel dan bas Rapid KL di sekitar ibu negara.  

Kenyataan itu menyebut tugasan yang berikan kepada peserta memerlukan pemikiran aras tinggi dan kreativiti bagi membolehkan mereka menyelesaikan misi hingga ke garisan penamat.

Menurut kenyataan itu pemenang EMRKL 2.0 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, naib johan (RM2,500) dan tempat ketiga (RM1,500). - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad