web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anda Single? Pergilah Ke Genting Highlands Lakukan 7 Perkara Ini

Berikut kami berikan lima cadangan aktiviti yang anda boleh lakukan di Genting Highlands tanpa perlu mempunyai teman sekalipun.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 4:08PM

Skytropolis, antara tarikan menarik di Genting Highland - Gambar ihsan Klook

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anda mengerling kad undangan perkahwinan kawan-kawan di atas meja. Di peti mesej, beberapa kawan menghantarkan  berita menimang cahaya mata baharu. Sebagai seorang yang masih solo, kadangkala anda terasa tertekan apalagi semua rakan-rakan sudah kahwin dan tiada masa untuk anda. Jangan risau, kami memahami perasaan itu.

Apa kata hujung minggu ini anda larikan diri sebentar ke Genting Highlands kerana kata orang tempat tinggi dan sejuk boleh mengurangkan  keresahan serta memberikan kita kualiti tidur yang lebih baik. 

Berikut kami berikan lima cadangan aktiviti yang anda boleh lakukan di Genting Highlands tanpa perlu mempunyai teman sekalipun.

 

Lepak di Strawberry Leisure Farm

Dari keserabutan fikiran di bandar, apa kata anda curi masa sedikit untuk lepak di Strawberry Leisure Farm. Ya betul, bukan Cameron Highlands  sahaja yang penuh dengan  strawberi tau, Genting pun apa kurangnya. 

Tidak hanya buah, ladang itu juga dipenuhi bunga-bunga warna-warni persis dalam video klip lagu percintaan. Bolehlah anda memotret gambar atau kata orang muda, outfit of the day berlatarkan pemandangan ala-ala di luar negara.

Suasana sekitar itu wangi dan menenangkan. Bukan itu sahaja, anda juga menambah pengalaman memetik buah itu dengan hanya membayar RM15 untuk 250 gram. Tiket masuk ke sini hanyalah RM15 dan dibuka setiap hari.

Strawberry Leisure Farm - Gambar ihsan big Kuala Lumpur
Strawberry Leisure Farm - Gambar ihsan big Kuala Lumpur

 

Naik cable car

Dah biasa buat? Tapi, pernahkah anda menaiki gondola ini seorang diri tanpa ditemani sesiapa? Jadi, inilah masanya. Di platform TikTok, ramai juga yang menaiki gondola ini seorang diri pada waktu malam. Tak pasti apa yang menariknya. 

Namun, kami cadangkan anda pergilah pada waktu pagi seawal ia dibuka jam tujuh supaya dapatlah anda melihat pemandangan matahari yang sedang naik. Kalau nak tengok matahari terbenam, pergilah dari jam lima hingga tujuh petang. Bagi mendapatkan pengalaman terbaik pergilah sekitar November hingga April.

Kereta kabel Genting Highland. - Gambar ihsan Wonderfly
Kereta kabel Genting Highland. - Gambar ihsan Wonderfly

 

Genting Premium Outlet

Sudah alang-alang menaiki gondola, apa kata anda terus sahaja memuaskan nafsu serakah anda untuk beli-belah di Genting Premium Outlet atau lebih dikenali sebagai GPO. 

Ada banyak tawaran jenama, produk serta pilihan makanan di sana. Jika anda tidak mahu membazir kerana ia amalan syaitan, anda boleh sahaja jalan-jalan  sambil melihat pemandangan. Sesekali, berehatlah di tempat duduk sekitar situ sambil menikmati ais krim.

Genting Premium Outlet - Gambar oleh Wafa Aula
Genting Premium Outlet - Gambar oleh Wafa Aula

 

Skytropolis

Kalau tadi anda sudah tenang menikmati pemandangan, anda boleh teruskan aktiviti harian ke taman tema Skytropolis. Dengan harga pass tanpa had RM62, anda boleh menikmati semua pengalaman permainan yang ada di sana. 

Tak boleh main tipu sebab kalau nak naik mana-mana permainan, anda perlu mempunyai gelang khas. Namun kerana anda solo, anda tak perlu fikir nak tinggalkan anak  atau perlu memilih permainan mana yang tidak mengambil banyak masa. Anda boleh menikmati semuanya.

Gambar ihsan Klook
Gambar ihsan Klook

Roti canai terbang, ais krim nasi lemak

Sudah di Genting Highlands, haruslah pengalaman percutian anda menjadi sedikit istimewa. Jika selama ini anda makan roti canai di kedai mamak, kali ini apa kata anda makan roti canai terbang yang dilambung-lambung oleh chef terus ke pinggan anda. Rangup, lazat dan istimewa. Anda boleh menikmatinya di restoran Gabana, Geo Resort & Hotel. 

Kalau mahu hidangan pencucui mulut yang lain daripada yang lain, anda boleh cuba aiskrim nasi lemak hidangan istimewa restoran tersebut. Ya betul, ais krim perisa kelapa dengan taburan kacang, telur serta sedikit sambal. Awalnya, rasa macam aneh, tapi lama kelamaan enak pula di tekak. 

Aneka makanan laut yang segar dan pencuci mulut dihidangkan di restoran Gabana . - Gambar oleh Wafa Aula
Aneka makanan laut yang segar dan pencuci mulut dihidangkan di restoran Gabana . - Gambar oleh Wafa Aula

 

Hot pot

Malam di Genting Highland menjadi sedikit dingin, jadi di restoran yang sama anda hanya perlu membayar RM100 untuk menikmati set hot pot dengan aneka makanan laut yang segar dari lala, salmon, udang, daging dan banyak lagi.  Bagi sup pula, anda pilihlah perisa Tom Yam, memang terangkat.

Pelbagai jenis bilik disediakn di Geo Resort & Hotel. - Gambar oleh Wafa Aula 
Pelbagai jenis bilik disediakn di Geo Resort & Hotel. - Gambar oleh Wafa Aula 

 

Berendam di dalam air panas

Ketika malam menjadi semakin larut, anda mungkin sudah kepenatan untuk pergi ke mana-mana. Apa kata anda kembali bertenang dengan berendam di dalam tab mandi yang berisi air panas sambil mendengar lagu. 

Penting untuk anda memilih hotel yang mempunyai kemudahan yang selesa untuk ‘me time’ sebegini. Oleh kerana anda bakal tidur seorang diri, carilah hotel yang  berkualiti dan tidak berhantu seperti Geo Resort & Hotel. 

Pelbagai jenis bilik disediakan  di sini seperti Premier Suite, Deluxe Room dan Superior Room bermula dari RM350 ke atas. 

Jadi apa tunggu lagi? Solo tak apa asalkan kita gembirakan? - Getaran, 20 Julai 2022. 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Nak 'Healing' Pun Susah!

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Sebarkan Semangat Patriotik, Raikan Hari Kebangsaan Di Genting Highlands

3

Jelajah 4 tahun yang lalu

Taman Tema Genting Skyworlds Mula Dibuka 8 Februari Ini

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Destinasi Percutian Viral Sepanjang 2021

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan