Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Taman Tema Genting Skyworlds Mula Dibuka 8 Februari Ini

Taman Tema Genting SkyWorlds, taman tema yang paling dinantikan di Asia Tenggara, akan mula dibuka kepada orang ramai pada 8 Februari, 2022.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 2:30PM

Gambar: Twitter @GSWorlds

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Taman Tema Genting SkyWorlds, taman tema yang paling dinantikan di Asia Tenggara, akan mula dibuka kepada orang ramai pada 8 Februari, 2022.

Sebagai sebahagian daripada pembukaan awal, Genting SkyWorlds menawarkan diskaun 20 peratus daripada kadar yang disiarkan untuk tempahan mulai 8 Februari hingga 31 Mac, 2022.

Dalam kenyataan pada Isnin, Ketua Operasi dan Strategi Perniagaan Genting Malaysia Bhd, Lee Thiam Kit berkata taman tema yang dibina dengan pelaburan lebih US$800 juta (US$1=RM4.18) itu adalah pencetus perubahan bagi taman tarikan bertema, yang akan meletakkan Malaysia dan Pahang dalam peta pelancongan dunia.

“Taman tema ini akan menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi dengan mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan,” katanya.

Selepas membeli tiket secara dalam talian, pelanggan digalakkan memuat turun aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds Theme Park, yang boleh didapati secara percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Aplikasi tersebut bukan sahaja sebagai panduan komprehensif untuk Genting SkyWorlds, dengan maklumat masa sebenar, malah membolehkan pelanggan melayari dan menikmati pengalaman di taman itu secara maya sebelum tiba secara fizikal.

Ia akan memberi idea kepada pelanggan mengenal aktiviti yang akan dilakukan, destinasi yang ingin dituju serta cara untuk sampai ke taman tema ini.

Antara ciri lain ialah pelanggan boleh menyemak masa menunggu untuk menikmati tarikan dan pertunjukan; menerima tawaran promosi dan baucar diskaun; mengetahui tempat makan, beli-belah, permainan dan perkhidmatan Photo Plus yang canggih.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Operasi Taman Tema Resort World Genting, Greg Pearn berkata aplikasi itu, yang pertama bagi rantau Asia Tenggara, turut disepadukan dengan teknologi ‘Baris Giliran Maya’ (VQ) bagi taman itu.

VQ merupakan ciri pintar yang akan mengurangkan masa menunggu dalam barisan fizikal, sekali gus memberi lebih banyak kebebasan kepada pelanggan untuk melakukan apa yang diinginkan dan pada waktu yang mereka pilih.

VQ juga membolehkan pelanggan mewujudkan kumpulan untuk ramai pemegang tiket, melihat jadual acara kunjungan yang disyorkan berdasarkan keutamaan peribadi, dan menerima makluman pada masa sebenar bagi tempahan tarikan, ketersediaan dan hiburan yang mesti dilihat.

“Pembukaan taman tema semasa pandemik adalah satu cabaran, dan walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan tawaran penuh kami tersedia, pilihan tarikan yang kecil memerlukan sedikit masa untuk disiapkan, yang pasukan kami sedang berusaha untuk merealisasikannya,” katanya.

Menurut Genting Malaysia, semasa tempoh pembukaan awal taman tema itu, akses VQ dan Photo Plus akan tersedia secara percuma dengan pelanggan boleh memuat turun dan berkongsi kandungan foto digital tanpa had pada kadar diskaun menerusi laman web dan aplikasi mudah alih. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Macam Ni Nak 'Healing' Pun Susah!

2

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

2

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

3

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

4

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Refleksi 21 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 6 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki