web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sebarkan Semangat Patriotik, Raikan Hari Kebangsaan Di Genting Highlands

Kempen 'Merdeka Cara Kita' Resorts World Genting menawarkan pelbagai aktiviti, selain promosi makanan yang menarik kepada pengunjung sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 8:37AM

Kempen Merdeka Cara Kita anjuran Resort World Genting sempena Hari Kebangsaan 2023. gambar Resort World Genting

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ingin menyambut Hari Kebangsaan secara berbeza dan unik pada tahun ini? Jangan peningkan kepala, jom ke Resorts World Genting (RWG) yang terletak 6,000 kaki di atas paras laut.

Sempena hari istimewa dan musim cuti sekolah kali ini, RWG menawarkan percutian yang menyegarkan dan mesra keluarga. 

RWG mempersembahkan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan promosi makanan menarik yang direka khas sempena sambutan Hari Kebangsaan menerusi kempen #RWGMerdekaCaraKita. Jom semak senarai tawaran yang menanti anda.

Pesta Trak Makanan di bawah bintang di Resorts World Awana

Mulai 28 Ogos hingga 3 September 2023, bermula jam 3 petang hingga 11 malam, anda sekeluarga boleh singgah ke pesta trak makanan untuk pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan. 

Sambil menikmati hidangan yang dibeli, anda boleh menjamu mata melihat keindahan langit yang terbentang luas dihiasi kerlipan Bintang. Pesta trak makanan ini diadakan di tempat letak kereta terbuka, Resorts World Awana (RWA) dengan kerjasama TAPAK Urban Street Dining. 

Selain menawarkan pelbagai hidangan yang pastinya membuka selera, acara ini juga diserikan dengan persembahan busking secara langsung dan unggun api, semuanya secara percuma.

Antara promoter makanan yang turut serta adalah Nacholaslah, yang menyajikan taco dan quesadilla dengan inti unik seperti rendang ayam dan daging; Harimau Lok Lok menawarkan pelbagai jenis makanan yang dicucuk dengan lidi yang sudah pasti menyelerakan dan Shell Out Fusion yang menyediakan hidangan makanan laut dengan gabungan khazanah laut dengan pelbagai jenis sos lazat. 

Bagi peminat kucing dan ada memeliharanya di rumah, anda boleh mengunjungi pameran MEOWsome, dan mengambil peluang untuk berkenalan dengan  pemilik dan peminat kucing yang lain. 

Menambahkan lagi keterujaan, pada 31 Ogos nanti, ada pertunjukan pakaian beragam kucing dengan tema ‘Patriotik’. Pendaftaran dibuka pada jam 5 petang, dan pertandingan akan bermula pada jam 7 malam. Kucing yang paling patriotik akan membawa pulang hadiah yang menarik daripada Kelab Meow United.

Pertunjukan air pancut bakal memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Gohtong Way. gambar Resort World Genting
Pertunjukan air pancut bakal memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Gohtong Way. gambar Resort World Genting

Pertunjukan SkySymphony ‘Merdeka Cara Kita’ di Tingkat 1, SkyAvenue

Pertunjukan SkySymphony yang dimainkan setiap jam mulai 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari akan menayangkan tontonan baharu. Tepat pada jam 8.30 malam, 30 Ogos 2023, anda boleh menyaksikan pertunjukan perdana ‘Merdeka Cara Kita’ yang akan mempersembahkan tarian 1,001 bola kinetik yang digantung tinggi dan diiringi dengan irama sempurna dengan simfoni lampu, muzik dan teknologi terkini. 

Pertunjukan ini akan menyaksikan ‘Mia’ menggunakan bola futuristik dan mendarat di Kuala Lumpur moden. Dalam pengembaraannya untuk menerokai warisan budaya Malaysia, beliau diiringi oleh ‘Awan’, seekor siamang yang pandai menari. 

Mereka juga bakal mengambil bahagian dalam beberapa siri aktiviti kebudayaan, yang membawa kepada persembahan akhir di Resorts World Genting bertemakan #RWGMerdekaCaraKita, meraikan kesepakatan, kepelbagaian dan keharmonian Malaysia.

Magis waktu malam di Gohtong Way, Central Park

Sementara itu, Gohtong Way, yang terletak di Taman Tema Genting SkyWorlds akan bertukar menjadi dunia magis selepas matahari terbenam. Masuk ke sini adalah percuma dan ia sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur.

Keluarga dan sahabat handai boleh hadir bersama-sama untuk meraikan kesatuan hati, perpaduan dan keharmonian dengan menikmati pelbagai makanan, persembahan muzik secara langsung, pertunjukan air pancut, dan juga perlawanan langsung bola sepak Liga Perdana Inggeris 2023/24.

Dari Roti Pratha Muhibbah Bro yang ikonik dengan kari ayam hinggalah Harimau Lok Lok dan Jom Makan yang lazat, trak makanan Gohtong Way menawarkan pilihan makanan yang sinonim dengan budaya Malaysia. 

Gohtong Way dibuka pada setiap hari mulai jam 6 petang hingga jam 11 malam, kecuali pada hari Selasa, kecuali cuti umum. 

Gohtong Way menawarkan pilihan makanan yang sinonim dengan budaya Malaysia. gambar Resort World Genting
Gohtong Way menawarkan pilihan makanan yang sinonim dengan budaya Malaysia. gambar Resort World Genting

Kiraan Detik Hari Kebangsaan di Gohtong Way

Menjelang Hari Kebangsaan, mari bersama-sama saksikan pertunjukan bunga api yang pasti mengubah wajah Gohtong Way dengan percikan Cahaya menakjubkan.  

Justeru, marilah ke RWG dan menyertai pengunjung lain pada saat kiraan detik mulai jam 11:59 malam dan berseronok dengan piroteknik yang menakjubkan, meraikan kemajuan serta perpaduan negara kita. Bagaimanapun, pertunjukan bunga api ini tertakluk kepada keadaan cuaca. Untuk maklumat lanjut, sila layari lawati www.rwgenting.com. 

Namun, anda dinasihatkan merancang perjalanan anda, bagi mengelakkan kesesakan trafik yang dijangka luar biasa. - Getaran, 30 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Nak 'Healing' Pun Susah!

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Pameran Eksklusif Bruce Lee Kini Singgah Di Genting Highland

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi