web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pameran Eksklusif Bruce Lee Kini Singgah Di Genting Highland

Ia adalah pameran pertama yang dianjurkan di luar Hong Kong dan ia boleh dilawati sehingga April depan

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2024 12:17PM

gambar Resort World Genting

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Resorts World Genting (RWG) tidak pernah berhenti daripada mencipta keseronokan di setiap tarikan yang dimiliki oleh mereka. 

Terbaharu, bersempena dengan Tahun Naga, RWG telah bekerjasama dengan Thematic Legendary Kingdom dan Kelab Bruce Lee Hong Kong dengan mempersembahkan pameran eksklusif istimewa legenda seni bela diri terhebat, Bruce Lee yang juga ‘naga yang paling terkenal di Asia! 

Berlangsung dari 5 Februari hingga 14 April depan, selami warisan sinematik tokoh ikonik ini di Times Square Stage, SkyAvenue. Pameran ini boleh dilawati dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Membuat kemunculan pertama di luar Hong Kong, pameran ini mempamerkan patung Bruce Lee yang menarik setinggi 2.5m dengan gaya ‘Kung Fu’nya yang ikonik. Pengunjung dialu-alukan untuk bergambar dengan patung ini. Lakukan aksi unik atau tiru gaya Bruce Lee, dan terima bingkai foto magnet yang direka khas sebagai kenang-kenangan.

Selain itu, pameran dengan kerjasama artis 3D terkenal Shannon Ma ini bagaikan membawa pengunjung melalui terowong masa yang ke zaman kegemilangan Bruce Lee. Kenali tokoh seni bela diri dan perfilem ini dengan lebih dekat. 

Untuk kenang-kenangan, bolehlah dapatkan karya cat tangan asli oleh Shannon Ma dan koleksi edisi terhad yang turut terjual.

Pelancaran rasmi yang diadakan pada 5 Februari lalu turut dihadiri oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Lee Chin Chen; Naib Presiden Kanan Taman Tema, Penyewaan dan Festival, Aaron Soo; Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Datuk Sri Kay Atisha Parasuraman; Ketua Pegawai Eksekutif Thematic Legendary Kingdom, Alvin Lee; Presiden Kelab Bruce Lee, W Wong, dan ahli jawatankuasa Kelab, Profesor Hew Kuan Yau.

Ketika berucap, Aaron Soo berkata, pihaknya berasa bangga dapat menganjurkan pameran seumpama ini buat kali pertamanya di Malaysia.

“Kami berasa amat bangga kerana Resorts World Genting adalah yang pertama mengadakan pameran hebat seumpama ini di luar Tsim Sha Tsui.

“Kami berharap dapat menarik peminat seni bela diri dan peminat setia Bruce Lee ke pameran ini, serta memberi mereka peluang untuk belajar atau mengenali semula semangat waja ‘naga’ yang paling terkenal di Asia, yang pengaruhnya terus bergema sepanjang generasi,” ujar Aaron.

Presiden Kelab Bruce Lee, W Wong pula menyamakan kepentingan Tahun Naga dan pengiktirafan dunia terhadap Bruce Lee.

“Naga Cina yang imej heroiknya melampaui budaya dan sempadan, berfungsi sebagai gabungan yang sempurna antara budaya Timur dan Barat.

“Memperingati Bruce Lee bukan sekadar menghormati seorang bintang filem, tetapi meraikan seorang legenda seni bela diri Cina yang terulung di peringkat global, ahli falsafah Kung Fu, dan pengarah filem aksi.

“Semangat Bruce Lee yang tidak pernah lenyap sehingga hari ini akan terus menjadi sumber inspirasi untuk generasi muda hari ini,” ulas W Wong.

Jadi, seandainya anda berada di Resort World Genting atau akan ke lokasi itu dalam sedikit masa lagi, jangan lupa untuk singgah ke tarikan terbaharu ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan cenderamata eksklusif. Untuk maklumat lanjut, lawati https://rwgenting.com/ atau ikut mereka di saluran media sosial. – Getaran, 21 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Sebarkan Semangat Patriotik, Raikan Hari Kebangsaan Di Genting Highlands

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi