web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukit Bendera Terima Sijil Pengiktirafan UNESCO

UNESCO pada 15 Sept tahun lepas, telah meluluskan pencalonan Bukit Bendera dengan keluasan 12,481 hektar sebagai tapak rizab biosfera Malaysia yang ketiga, bagi negara.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 7:59PM

Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukit Bendera hari ini menerima sijil pengiktirafan sebagai tapak rizab biosfera di bawah Program Manusia dan Biosfera (MAB), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan UNESCO pada 15 Sept tahun lepas, telah meluluskan pencalonan Bukit Bendera dengan keluasan 12,481 hektar sebagai tapak rizab biosfera Malaysia yang ketiga bagi negara.

“Bukit Bendera merupakan salah satu tapak di antara 727 tapak rizab biosfera di dalam ‘The World Network of Biosphere Reserves’ dan pengiktirafan itu mencerminkan komitmen negara amnya dan kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya.

“Komitmen bersama dalam mewujudkan keseimbangan antara penjagaan khazanah alam semula jadi dengan aktiviti pembangunan, melalui pendekatan pembangunan mampan di samping dapat meningkatkan profil tapak tersebut sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa dan pusat kecemerlangan pembelajaran,” menurut KeTSA dalam kenyataan hari ini.

KeTSA dalam kenyataan itu memaklumkan penyertaan Malaysia dalam program MAB bermula pada tahun 2009 melalui pengiktirafan Tasik Chini, Pahang sebagai tapak rizab biosfera pertama di Malaysia dengan keluasan 6,922.97 hektar pada 26 Mei 2009.

Menurut kenyataan KeTSA itu, Banjaran Crocker di Sabah pula telah diiktirafkan sebagai tapak rizab biosfera yang kedua di Malaysia pada 12 Jun 2014 merangkumi keluasan 350,584 hektar.

KeTSA berharap dengan pengisytiharan Bukit Bendera sebagai tapak rizab biosfera di bawah program MAB UNESCO ini sebagai galakan kepada kerajaan-kerajaan negeri lain untuk mencalonkan kawasan berpotensi sebagai tapak berkepentingan biodiversiti antarabangsa. - Bernama

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN