web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UNESCO Iktiraf Bukit Bendera Sebagai Tapak Rizab Biosfera Malaysia

Rizab biosfera Bukit Bendera berkeluasan 12,481 hektar merupakan 'green lung' atau ‘paru-paru hijau’ kepada Pulau Pinang.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 8:17AM

Gambar: Fidelia Zheng, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukit Bendera, Pulau Pinang hari ini diiktiraf sebagai tapak rizab biosfera Malaysia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pengumuman itu dibuat hari ini dalam mesyuarat International Coordinating Council of the 33rd Session of the International Coordinating Council of the Man and the Biosphere Programme (ICC MAB).

Beliau berkata pengiktirafan itu merupakan kejayaan buat Malaysia amnya dan kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya dalam pengurusan kawasan berkepentingan biodiversiti di samping komitmen dalam melaksanakan pembangunan mampan.

Pemandangan Pulau Pinang dari Bukit Bendera. Gambar: Unsplash
Pemandangan Pulau Pinang dari Bukit Bendera. Gambar: Unsplash

"Bukit Bendera merupakan tapak rizab biosfera negara ketiga selepas Tasik Chini, Pahang (2009) dan Banjaran Crocker, Sabah (2014) diiktiraf di bawah Program Man and the Biosphere (MAB) oleh UNESCO.

"Kementerian ini yakin bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus komited dalam menguruskan tapak rizab biosfera ini dengan baik dan berusaha mengekalkan status pengiktirafan ini pada masa akan datang demi melaksanakan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan di bawah program MAB ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata rizab biosfera Bukit Bendera berkeluasan 12,481 hektar merupakan 'green lung' atau ‘paru-paru hijau’ kepada Pulau Pinang dan ia melibatkan kawasan sekitar Bukit Bendera termasuk Taman Botani Pulau Pinang, Taman Negara Pulau Pinang, enam hutan simpanan kekal serta dua empangan.

Taman Botani Pulau Pinang. Gambar: Bernama
Taman Botani Pulau Pinang. Gambar: Bernama

Rizab biosfera Bukit Bendera juga merangkumi tiga ekosistem utama iaitu kawasan berhutan, pantai dan marin dengan setiap ekosistem menyokong pelbagai rangkaian flora dan fauna, termasuk mamalia dan burung hijrah migrasi terancam. 

"Hingga kini, terdapat 2,456 spesies tumbuhan, fungi (131), artropod (300), vertebrata (157), amfibia (26), reptilia (87), burung (150), mamalia (30) dan marin (lima) di kawasan tersebut.

"20 spesies flora dan 550 spesies fauna di kawasan ini telah disenaraikan sebagai terancam dalam International Union for Conservation of Nature’s Red List (IUCN Red List) seperti penyu, ikan lumba-lumba, tenggiling, kongkang dan Penang Island Rock gecko," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN