web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarikan Luge Pertama Malaysia Dibuka Di Gamuda Gardens Pada 2023

Aktiviti luge di Gamuda Gardens City Centre dijangka menarik kira-kira 350,000 orang pada tahun pertama pembukaannya.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 7:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Skyline Enterprises, pengendali riadah dan hiburan yang berpangkalan di Queenstown, New Zealand, akan melabur NZ$26 juta (kira-kira RM74 juta) untuk membuka taman tarikan luge (trek kereta luncur) pertama di Malaysia pada suku ketiga 2023.

Aktiviti luge di Gamuda Gardens City Centre -- hab komersial dan hiburan runcit di perbandaran Gamuda Gardens di sini -- dijangka menarik kira-kira 350,000 orang pada tahun pertama pembukaannya, kata Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land Chu Wai Lune.

Beliau berkata ketika syarikat itu merintis arah kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), tarikan luge itu akan melengkapkan komponen kediaman dan gaya hidup dengan nilai pembangunan kasar RM2.8 bilion di kawasan seluas 20.23 hektar (50 ekar).

"Hanya pembangunan mampan akan bertahan. Memandangkan kami memastikan perbandaran kami mempunyai reka bentuk biofilik, cekap tenaga, mesra pejalan kaki, menggalakkan lebih banyak berbasikal dan mempunyai lebih sedikit kereta, Skyline Enterprises mendapati kami berkongsi nilai yang sama dalam mencipta tempat komuniti dan membina masa depan yang mampan untuk planet ini," katanya pada majlis pecah tanah untuk Skyline Luge Activity Park hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi New Zealand Pam Dunn dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi Promosi dan Pemudahan Pelaburan Sivasuriyamoorty Sundara Raja.

Chu berkata Skyline Luge Activity Park dan Play Park, merangkumi gabungan tunggangan rekreasi basah dan kering serta ruang runcit terbuka, akan bersedia untuk memulakan kemeriahan di perbandaran itu menjelang akhir 2023.

Taman aktiviti luge, yang akan dibina di atas tapak seluas 30,000 meter persegi, akan menjadi taman keempat Skyline Enterprises di Asia. Taman yang lain terletak di Singapura dan Korea Selatan (Busan dan Tongyeong).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Geoff McDonald berkata pengalaman luge di trek yang dibina khas sepanjang 600 meter dengan taman landskap aktiviti luge bertema akan direka bentuk mengikut rupa bumi tempatan dan memberikan tunggangan yang menarik dari puncak bukit setinggi 40 meter.

"Kami teruja untuk membawa pengalaman masa lapang kami yang penuh keseronokan di sini kerana kami fikir terdapat banyak potensi di sini. Kuala Lumpur (KL) sentiasa menjadi tarikan dengan kepelbagaian yang begitu bertenaga dan mudah melakukan perniagaan, dan ia adalah lebih mudah untuk berkunjung ke sini yang bersebelahan dengan Singapura.

“Selain KL, kami juga ingin mengembangkan pengalaman aktiviti yang menyeronokkan ini ke negara Eropah termasuk United Kingdom (UK),” kata McDonald.

Sementara itu, Sivasuriyamoorty dari MIDA dalam ucapannya berkata usaha Skyline Enterprises untuk mengembangkan perniagaannya ke Malaysia adalah bukti sentimen perniagaan positif Malaysia yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti pelabur pelancongan.

Beliau menambah aktiviti itu akan menjadi satu lagi tarikan menarik dalam sektor pelancongan selepas sektor itu terjejas teruk akibat sekatan pergerakan yang disebabkan pandemik COVID-19.

Gamuda Land ialah cabang hartanah Gamuda Bhd. Ia telah membangunkan perbandaran, pembangunan bertingkat tinggi, rumah kelab dan hartanah komersial selama dua dekad yang lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Taman Tema Dalaman Terbesar Harry Potter Dibuka Di Tokyo

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Kolam Sebuah Taman Tema

3

TARA 3 tahun yang lalu

Suasana Aidilfitri Mula Terasa, Ini 6 Iklan Raya Patut Anda Tonton 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Taman Tema Air Splash Mania Dibuka Isnin Depan, Tawar 39 Tarikan Menarik

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN