web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Taman Tema Air Splash Mania Dibuka Isnin Depan, Tawar 39 Tarikan Menarik

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 8:00AM

Antara permainan yang perlu dicuba di Taman Tema Air Splash Mania ialah gelongsor Wild Rush yang menjunam ke dalam kolam sedalam 2.74 meter - Gambar laman web Splash Mania

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING -  Taman Tema Air Splash Mania berkeluasan 6.47 hektar yang dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove, di sini akan mula dibuka kepada orang ramai Isnin depan.

Ketua Operasi Taman Tema Air Splash Mania Suresh V Kumaran berkata taman tema air itu menawarkan 39 permainan tarikan termasuk 24 permainan gelongsor, dan ia mampu memuatkan 4,000 pengunjung dalam satu masa.

Beliau berkata antara permainan yang perlu dicuba ialah gelongsor Wild Rush yang menjunam ke dalam kolam sedalam 2.74 meter.

Taman tema air itu menawarkan 39 permainan tarikan termasuk 24 permainan gelongsor, dan ia mampu memuatkan 4,000 pengunjung dalam satu masa
Taman tema air itu menawarkan 39 permainan tarikan termasuk 24 permainan gelongsor, dan ia mampu memuatkan 4,000 pengunjung dalam satu masa

"Selain itu kita ada gelongsor Shaka Waka iaitu gelongsor gelap yang dihiasi lampu warna-warni dan gelongsor Atlantic VR yang memerlukan pengunjung memakai peranti Realiti Maya (VR) sambil menuruni gelongsor dan ia merupakan permainan pertama seumpamanya di Malaysia.

"Semua permainan ini juga mempunyai versi kanak-kanak supaya mereka dapat merasai pengalaman sama seperti orang dewasa," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Suresh berkata taman tema air itu turut dilengkapi dengan laluan sungai sepanjang 400 meter yang memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung selain mempunyai kawasan ombak dan jakuzi. 

Beliau berkata tiket-tiket dijual pada harga promosi bermula 6 Februari hingga 31 Mac iaitu RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak.

Katanya selepas tempoh promosi harga tiket akan kembali kepada harga asal iaitu RM125 bagi dewasa, RM95 untuk kanak-kanak, dan percuma untuk kanak-kanak berketinggian 0.9 meter ke bawah. - Bernama

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Suasana Aidilfitri Mula Terasa, Ini 6 Iklan Raya Patut Anda Tonton 

2

Jelajah 4 tahun yang lalu

Tarikan Luge Pertama Malaysia Dibuka Di Gamuda Gardens Pada 2023

3

Jelajah 4 tahun yang lalu

Taman Tema Air Terbesar Arab Saudi!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa