Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suasana Aidilfitri Mula Terasa, Ini 6 Iklan Raya Patut Anda Tonton 

Semakin banyak iklan raya yang anda sudah tonton, maknanya semakin dekatlah Hari Raya. Tahun ini menyaksikan banyak syarikat, organisasi korporat dan produk pengguna yang menghasilkan iklan sempena meraikan kedatangan Syawal. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 8:30PM

Antara babak menarik dalam iklan P.E.R.I.T.  (Persatuan Rahsia Ibu Tunggal), Julie’s. - Gambar ihsan Julie's

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dari dulu, iklan raya sememangnya dinanti-nanti oleh ramai orang apabila Syawal bakal menjelma. Baik syarikat korporat, jenama fesyen atau produk pengguna, masing-masing tidak mahu ketinggalan daripada memeriahkan perayaan yang dirayakan setahun sekali ini. 

Jika diimbas, iklan-iklan raya daripada Petronas sering membuat penonton terusik. Sama ada memecah tawa, mahupun mengundang tawa. Seiring dengan peredaran masa, kini iklan-iklan raya sudah berada di suatu tahap yang berbeza. Biarpun ada bisik-bisik mengatakan iklan raya sekarang tidak ‘kick’ seperti dahulu, namun kenyataannya tidaklah sebegitu.

Sebenarnya ada banyak iklan raya masa kini yang seronok ditonton dan mengusik hati. Biarpun penyampaiannya mungkin bersahaja, tetapi sarat dengan mesej untuk renungan bersama. Berikut antara iklan raya yang mencuri perhatian GETARAN.

1. Raya Macam Star Bulan Bintang

Tahun ini, buat pertama kalinya pengeluar jenama baju Melayu popular Bulan Bintang tampil dengan iklan raya sendiri berjudul, Raya Macam Star.

Raya Macam Star telah ditonton lebih 500,000 hanya selepas dua hari dilancarkan di platform penstriman YouTube.

Meninjau ruangan komen di media sosial, rata-ratanya memuji kualiti penghasilan iklan raya berkenaan yang sudah nampak setanding dengan jenama yang kerap mengeluarkan iklan raya saban tahun.

"Bulan Bintang punya iklan raya, lain macam weh level dia. Dah tahu dah tahun depan nak tunggu iklan siapa. Power!" tulis @AkeemSharyzal

"Level-level iklan TNB siot. Power," tambah @syafiqyzd

"Lawa cinematography dan editing dia," tulis @nhxkm_

Malah, ada juga yang meminta Bulan Bintang meneruskan kesinambungan iklan raya berkenaan untuk tahun-tahun mendatang.

Dalam iklan terbabit, Zul seorang pemuda kampung yang jauh hati pada seorang gadis dan cuba mencari jalan untuk bertemu dengan gadis terbabit ketika Syawal.

Menerima cadangan daripada poster Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya dan Beto Kusyairy yang boleh bercakap, Zul menjemput seisi kampung untuk datang ke rumah terbuka rayanya. 

Lucunya, ketika menyarung baju Melayu Bulan Bintang, Zul tiba-tiba bertukar sekacak Shukri Yahaya dan impiannya untuk bertemu dengan gadis terbabit (lakonan Hannah Delisha) tercapai.

2. Jodoh Syafiderella, Safi

Jenama halal rangkaian produk penjagaan kulit serta penjagaan diri, Safi, tampil dengan kempen #SafiRayaSupaVass untuk sambutan Syawal kali ini. 

Bersama-sama dengan kempen raya ini, Safi mempersembahkan video atau iklan raya bertemakan muzikal raya yang yang dibintangi barisan selebriti popular tanah air seperti Kilafairy, Sofea Shra, Aniq Suhair, Jaja Iliyes serta Ainaa Azhari.

Diinspirasikan daripada kisah ‘Cinderella’, muzikal raya ini menceritakan kisah seorang gadis bernama Syafi yang menjadi mangsa buli keluarga sendiri. Dengan penampilan yang tidak sempurna, dikurung di bilik sendiri, Syafi yang sedang berduka mendapat pertolongan daripada Safi Vass Supastar yang mengubah penampilannya serba Vass. 

Video raya ini walaupun kesudahannya sudah boleh diteka, namun ia menghiburkan dan berjaya ‘menjual’ produk Syampu Safi Shayla Supa Anti Dandruff kepada pengguna sasaran. 

Menurut Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI, Kazlina Mohd Kassim, pengguna mampu menjadikan diri mereka kelihatan VASS dan ‘vogue’ tanpa mengeluarkan kos perbelanjaan yang besar menerusi penggunaan rangkaian produk Safi yang berkualiti tinggi serta diiktiraf Halal oleh JAKIM. 

“Syampu Safi Shayla Supa Anti Dandruff baharu dengan  pembungkusan berona biru muda ini sedia untuk membantu wanita berhijab tampil lebih selesa, wangi sepanjang hari dan Supa Vass di Hari Raya. Gandingkan juga rambut yang sihat dengan wajah cerah berseri melalui penggunaan Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum untuk kelihatan lebih Vass secara keseluruhan,” ujar Kazlina.

Kelebihan utama syampu Supa biru ini ialah ia mampu mengatasi masalah kelemumur, kegatalan kulit kepala dan keguguran rambut yang khusus dialami wanita berhijab. 

Ia dilengkapi dengan Kuasa Supa 11-dalam-1 yang bukan sahaja berkesan mengatasi ketiga-tiga masalah utama tersebut, malah dapat memberi rasa berangin yang mengagumkan dan rambut yang lembut selepas cuci. 

Antara produk keluaran Safi yang harus dimiliki pengguna menjelang hari raya. - Gambar ihsan Safi
Antara produk keluaran Safi yang harus dimiliki pengguna menjelang hari raya. - Gambar ihsan Safi

Kandungan wangian eksklusif Parfum Bloom di dalam rangkaian syampu ini pula dihasilkan istimewa oleh pakar minyak wangi bertaraf antarabangsa yang mampu mengekalkan haruman sehingga 72 jam.

Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum yang diformulasi dengan 100x Vitamin C dan 5% Niacinamide terbukti secara saintifik dapat membantu 3X mencerahkan kulit agar wajah kelihatan cerah berseri, bebas bintik hitam & jeragat. 

3. P.E.R.I.T.  (Persatuan Rahsia Ibu Tunggal), Julie’s

Julie’s meneruskan tradisinya dalam mencipta kempen perayaan yang provokatif melalui pelancaran filem pendek Raya berjudul Kisah Raya P.E.R.I.T. Filem ini merupakan usaha berterusan Julie’s untuk memecah stereotaip yang sering dihadapi orang ramai semasa musim perayaan ini. 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan perpaduan dan persefahaman antara ahli keluarga dan masyarakat.

P.E.R.I.T. mengisahkan Timah dan anak perempuannya Farah, yang akan membawa penonton melalui perjalanan tahunan balik kampung mereka untuk menghadiri sambutan hari raya bersama keluarga. 

Gambar ihsan Julie's
Gambar ihsan Julie's

Filem ini memberi perhatian kepada cabaran yang  dihadapi oleh Timah sebagai ibu tunggal. Dalam pelbagai babak, penonton juga dibawa melalui situasi di mana ahli keluarga biasanya mengeluarkan  pandangan mereka yang tipikal, namun kritikal terhadap ibu bapa tunggal terutamanya semasa musim perayaan.

Filem ini seterusnya memaparkan bagaimana tanggapan tidak bertimbang rasa dari keluarga sendiri memberi kesan negatif kepada Timah dan anaknya. Terjejas dengan cabaran yang dihadapi pada setiap Hari Raya, Timah sentiasa mencari alasan untuk melengahkan perjalanan balik kampung mereka untuk mengurangkan masa yang diluangkan bersama ahli keluarga. 

Filem berunsur komedi dan sentimental ini menunjukkan bagaimana ibu tunggal itu sebagai ahli persatuan P.E.R.I.T. (Persatuan Rahsia Ibu Tunggal) berhasrat untuk mensabotaj sambutan Hari Raya pada tahun 2023.

4. Panorama Abah Den - Etiqa 

Iklan raya daripada syarikat insurance Etiqa ini layak diberi pujian kerana ia mempunyai mesej yang menjentik hati. Mula ditayangkan di saluran YouTube pada 7 April lalu, video ini telah meraih lebih 4 juta tontonan setakat hari ini. 

Dibintangi oleh Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Iedil Putra, iklan raya bertajuk, Panorama Abah Den ini menceritakan tentang Abah yang teruja apabila berpeluang untuk beraya di Kuala Lumpur bersama anaknya Jamal. 

Namun, dia punya misi untuk dilaksanakan untuk rakan-rakan yang ditinggalkan di kampung. Anaknya, Jamal tidak senang dengan tingkah laku ayahnya yang dianggap menyusahkan. Bagaimanapun, selepas mendapat tahu sebab Abah bertindak sedemikian, Jamal mula tersentuh hati.

Iklan raya daripada Etiqa ini cuba menunjukkan semangat kebersamaan untuk sama-sama berkongsi kemeriahan raya bersama keluarga dan mereka yang memerlukan. Rata-rata yang telah menonton video ini, memuji jalan cerita yang ditampilkan. Berikut antara komen yang dikongsi di platform Youtube:

“Iklan yang mengena di hati, salam dari Indonesia, buat warga Malaysia. Selamat Raya.” - Rovindo Sejahtera

“Love the plot twist. Kudos to all the production team.” - Amira Najwa

“Bestnya iklan etiqa ni, pemilihan pelakon 2 hero tu memang the best choice ever. Iklan short simple accurate, cantik pulak tu gambarnya. Congrats Etiqa and team, selamat hari raya.” - Amira N

“Alhamdulillahhhh.bestnyaaaa iklan raya ni!!!! Dia sedih tapi positif dan tak putus asa walau ada ujian or situasi yang diingini dan  sudah tentu  berbakti kepada ibu bapa dan sayang menyayangi antara semua. Sangat-sangat  on point!.Syabas etiqa! I would say this is the best iklan raya in 2023.” - Athirah Ahmad

5. Gaya Raya Kita, Hong Leong Bank

 

Hong Leong Bank (HLB) juga telah menyediakan video kempen Raya bertajuk, ‘Gaya Raya Kita’. Video tahun ini menampilkan kenangan dan pengalaman beraya melalui pandangan kanak-kanak. 

Mereka berkongsi kenangan mereka yang berharga dalam menyambut Hari Raya bersama orang tersayang, haiwan kesayangan keluarga, dan juga ternakan yang dipelihara oleh datuk nenek mereka. Mereka juga berkongsi cara menggunakan duit Raya mereka dengan membeli mainan dan pakaian sambil menyimpan baki dalam akaun simpanan.

Nikmati pelbagai tawaran dan promosi istimewa daripada HLB sempena Ramadan Raya kali ini. Salah satu daripadanya ialah peluang memenangi pulangan RM5,000 dan ganjaran lain apabila anda membuat transaksi di HLB Connect. Selain itu, ada juga tawaran pinjaman peribadi dengan kadar tetap 5 peartus setahun. Untuk maklumat lanjut, boleh layari, https://www.hlb.com.my/raya .

6) Mak, Kau Tak Hijau – Gamuda Land

Sejak dimuat naik ke YouTube pada 7 April lalu, iklan raya daripada Gamuda Land ini telah mendapat tontonan lebih daripada 200,000. 

Iklan yang menampilkan pelakon veteran, Rosnah Mat Aris sebagai bintang utama ini biarpun berkisar tentang sambutan raya, namun ia sebenarnya mengangkat tema alam sekitar.  Sesuai dengan judul iklan, ‘Mak, Kau Tak Hijau’, Gamuda Land membawa menonton menyingkap definisi ‘hijau’ mereka. 

Saksikan keletah Khatijah apabila anak menantunya, Aishah dan Danish memberi tunjuk ajar dalam menjaga alam sekitar. Rupanya, ada banyak perkara di luar kebiasaan Khatijah yang dipraktikkan dalam kehidupan harian Aishah dan Danish. Sebab itu di awal-awal iklan Khatijah sudah berkata, “orang bandarkan lain, buat benda pelik-pelik”. Nak tahu apa yang pelik sangat di mata Khatijah? Saksikan sendiri iklan raya ini! - Getaran, 15 April 2023 

Selamat berhari-raya!

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja