Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Percutian Hebat, Penuh Keriangan Di Taman Tema 

Sunway Theme Parks dan Genting SkyWorlds, taman tema mega yang menyajikan pelbagai daya tarikan istimewa buat pengunjung.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 2:45PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Permulaan 2022 menjanjikan pengalaman percutian lebih menyeronokkan. Apatah lagi jika anda pencinta taman tema yang sentiasa merindui ledakan adrenalin.

Biarpun jumlah kes COVID-19 sedang hebat melonjak, selagi anda mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pasti risiko jangkitan dapat dikurangkan. Jangan amalkan sikap sambil lewa, jadilah warganegara yang bertanggungjawab. 

Berikut adalah promosi taman tema yang boleh anda rebut dalam waktu terdekat ini. Setiap tawaran cukup berbaloi dan yang pastinya, anda boleh merealisasikan percutian idaman.

Roaring Reunion di Sunway Theme Parks

Sunway Theme Parks tampil dengan senarai tarikan istimewa sempena meraikan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini. Mempersembahkan kempen ‘Roaring Reunion di Sunway Theme Parks’, percutian anda di kedua-dua taman tema ini pasti melakar memori yang indah untuk dikenang.

Sama ada anda merancang percutian keluarga, bersama teman-teman mahupun percutian romantik bersama si dia, kempen yang direka oleh pihak pengurusan Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun (LWOT) mampu memenuhi keperluan percutian anda. 

Anda hanya perlu buat perancangan segera kerana kempen akan berakhir pada 15 Februari hadapan. Taman tema akan dihiasi dengan tanglung dan bunga berwarna-warni, berserta pelbagai aktiviti dan persembahan.

Masih belum terlambat untuk anda merancang percutian sempena musim perayaan ini. Anda tentukan sendiri sama ada ingin bercuti di Kuala Lumpur atau Ipoh. Jika ke Ipoh, anda boleh bertemu dengan ahli keluarga terbaharu LWOT, iaitu seekor harimau yang dihadiahkan oleh PERHILITAN Negeri Perak. 

Bagi yang berkunjung ke Sunway Lagoon, ucapkan hello kepada harimau putih yang hidup selesa di Tiger Land. Harimau putih yang dinamakan sebagai Samson ini mempunyai ciri unik di mana ia memiliki sepasang mata yang biru. Malah, ia merupakan subspesies harimau yang paling jarang ditemui di dunia. 

Bagi yang masih ingin menikmati ‘yee sang’ bersama keluarga dan teman-teman, boleh juga rebut promosi ‘Prosperity Yee Sang’ di kedua-dua taman tema. Sunway Lagoon menawarkan ‘Lou-Sang @ Sunset Cruise’ (Sunway Lagoon), sementara LWOT membawakan pakej menarik ‘Lou-Sang With The Fluffy-Ones’, di mana anda boleh menghabiskan masa dengan haiwan pilihan. 

Harga permulaan bagi pakej ‘Lou Sang @ Sunset Cruise’, Sunway Lagoon untuk dua orang ialah RM488 dan ke atas. Manakala ‘Lou Sang With The Fluffy-Ones’ berharga serendah RM18 berserta sekeping gambar 6R percuma. Pakej Lou Sang unik ini boleh dapati di Giraffe and Friends, Hippo Kingdom dan Lost World Petting Zoo.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat ke laman sesawang Sunway Lagoon dan LWOT.

Antara tarikan di Sunway Lost World Of Tambun.
Antara tarikan di Sunway Lost World Of Tambun.

Taman Tema Genting SkyWorlds Tawar Diskaun Menarik

Taman tema Asia Tenggara yang paling dinanti-nantikan kini telah dibuka bermula 8 Februari lalu. Sempena pembukaan pra-pelancaran ini, Genting SkyWorlds akan menawarkan diskaun 20% ke atas harga tiket penuh bagi setiap lawatan sehingga 31 Mac 2022. 

Semasa tempoh pembukaan pra-pelancaran, akses Virtual Queue (VQ) dan Photo+ percuma akan disediakan, di mana pengunjung perlu memuat turun dan berkongsi kandungan foto digital tanpa had. Tiket-tiket dijual melalui laman sesawang Genting SkyWorlds dan aplikasi Genting SkyWorlds. 

Harga tiket standard (ketinggian melebihi 110sm) ialah RM189, kanak-kanak (90sm ke 110sm) dan  warga emas berumur 60 tahun ke atas manakala orang Kelainan upaya pula berharga RM161. Bagi kanak-kanak yang ketinggiannya kurang 90sm boleh masuk secara percuma. 

Selepas membeli tiket secara dalam talian, para pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery. 

Aplikasi ini bukan sahaja akan memberi panduan yang komprehensif dengan maklumat masa nyata (real-time) berkenaan Genting SkyWorlds, malah ia juga membolehkan pengunjung untuk mengemudi dan melawat taman tersebut secara maya agar dapat merancang aktiviti yang diminati terlebih dahulu serta mencari arah dan jalan untuk ke destinasi mereka. 

Antara ciri-ciri aplikasi ini ialah, masa penungguan akan dipaparkan di aplikasi tersebut dan para pengunjung bolehlah merancang masa mereka untuk permainan, tarikan dan persembahan yang tersedia pada hari itu; menerima tawaran promosi dan baucar diskaun; mendapatkan maklumat tempat-tempat makan, membeli-belah, permainan, serta perkhidmatan Photo+ yang canggih. 

Rambang mata dengan adanya pelbagai pilihan kedai.
Rambang mata dengan adanya pelbagai pilihan kedai.

Peringkat awal pembukaan ini, pengunjung boleh mencuba 14 jenis tunggangan (rides) daripada 19 tunggangan yang ada. Antara yang mesti cuba ialah Independence Day Defiance 4D Simulation Ride, ESD Global Defender, Alpha Fighter Pilots, Epic Voyage To Moonhaven dan Night At The Museum Midnight Mayhem.   

Alpha Fighter Pilots antara tunggangan yang menanti kehadiran pengunjung.
Alpha Fighter Pilots antara tunggangan yang menanti kehadiran pengunjung.

Dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan daripada filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keseronokan serta keterujaan bertemakan filem di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia. 

Bagai berada di dunia fantasi.
Bagai berada di dunia fantasi.

Genting SkyWorlds juga telah berkongsi video di belakang tabir dengan gambaran keseluruhan taman tema dan anda boleh menontonnya di sini!

Adakah anda teruja? Kunjungilah laman web atau muat turun aplikasi Genting SkyWorlds untuk menempah tiket anda hari ini! Untuk maklumat lanjut, sila layari gentingskyworlds.com atau ikuti akaun media sosial mereka di FacebookInstagramYouTube dan Twitter. - Getaran, 10 Februari 2022

Gambar: Sunway Theme Parks & Genting SkyWorlds

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

Taman Tema Dalaman Terbesar Harry Potter Dibuka Di Tokyo

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Kolam Sebuah Taman Tema

3

TARA 11 bulan yang lalu

Rebut Peluang Beraya Sambil Bercuti Bersama Keluarga, Sudahkah Anda Memilih Destinasi Yang Sesuai? 

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jom Bersorak Riang Di Pulau Jeju, Ada Taman Tema Karakter Animasi Popular Korea Selatan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN

Jelajah 13 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 22 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 17 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran