Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rebut Peluang Beraya Sambil Bercuti Bersama Keluarga, Sudahkah Anda Memilih Destinasi Yang Sesuai? 

Bercuti pada hari raya bukanlah satu perkara asing bagi kebanyakan orang pada masa kini. Ramai yang memilih waktu ini kerana ini masa yang paling mudah untuk semua berkumpul.

TARA · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 2:15PM

Dengan keindahan air laut biru yang jernih, pantai yang bersih, dan pokok-pokok yang rendang, Pulau Redang ialah sebuah tempat yang sesuai untuk bersantai. - Gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hujung minggu tahun ini membuatkan ramai yang menguntum senyuman di wajah. Bolehlah bercuti panjang apabila dicampur dengan cuti tahunan yang ada. 

Lazimnya pada musim perayaan ini,  ramai yang mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga dan meluangkan masa bersama-sama. Selain ziarah-menziarahi, ramai juga mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga ke destinasi pilihan. 

Gambar ihsan Agoda
Gambar ihsan Agoda

Lebih daripada 1000 pengembara Malaysia telah ditinjau untuk Tinjauan Trend Percutian Keluarga Global Agoda dan penemuan kajian mendedahkan bahawa tiga aktiviti idaman sekeluarga yang paling utama adalah melawati mercu tanda budaya, meluangkan masa di pantai dan berseronok di taman tema dan tarikan.

Dengan pelbagai pilihan yang ada, pastinya bukan mudah untuk membuat pilihan terbaik. Lebih-lebih lagi jika mempunyai keluarga yang ramai. Maklumlah, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. 

Namun, dengan adanya Agoda, anda tidak perlu risau lagi. Agoda telah menyusun pilihan aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga semasa Hari Raya. Aktiviti-aktiviti ini menawarkan pelbagai pengalaman yang pasti menjadikan percutian hari raya anda satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

 

Destinasi untuk penggemar mercu tanda budaya

Dengan adanya sejarah pelbagai budaya yang kaya, Malaysia tidak kekurangan tapak warisan yang mengagumkan. Daripada seni bina era kolonial dan warisan budaya yang masih terjaga umpama di muzium, destinasi berikut akan memberi peluang kepada anda untuk mempelajari tentang sejarah silam Malaysia

 

* Dewan Perbandaran dan Dewan Bandaraya Pulau Pinang

Terletak bersebelahan persisiran Esplanade di Pulau Pinang, bangunan-bangunan bercat putih yang tersergam indah ini memberikan sekilas gambaran kepada pengunjung tentang seni bina zaman Victoria dan Edward. 

Walaupun bangunan Dewan Bandaraya terus digunakan sebagai ibu pejabat Majlis Bandaraya Pulau Pinang, bangunan Dewan Bandar juga sering dijadikan lokasi bagi acara komuniti seperti pameran seni dan konsert.

 

*Jonker Walk, Melaka

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Jonker Walk, juga dikenali sebagai Jalan Hang Jebat, adalah satu lokasi yang cukup popular di kalangan pengembara domestic, mahupun luar negara. Lokasi ini sesuai untuk mereka yang ingin mengenali warisan budaya masyarakat majmuk negeri Melaka. 

Diapit dengan barisan rumah-rumah tertua yang wujud sejak abad ke-17, Jonker Walk membolehkan anda menikmati keindahan pengaruh pelbagai budaya peninggalan sejarah dengan hanya berjalan kaki.

 

Destinasi untuk pencinta laut dan pantai

Dengan adanya persisiran pantai yang berlebih-lebih, percutian pantai merupakan pengalaman percutian klasik bagi kebanyakan warga Malaysia. Sama ada anda ingin menikmati aktiviti riadah berasaskan alam semula jadi, atau sekadar berehat sambil menikmati irama desiran ombak, destinasi pinggir pantai berikut pasti akan memuaskan hati anda.

 

* Pulau Langkawi

Gambar oleh Rahayu MN
Gambar oleh Rahayu MN

Kedengaran klise, tetapi pulau tanah tumpah Mahsuri ini sememangnya ideal untuk percutian keluarga. Destinasi percutian pantai ini punya segalanya untuk seisi keluarga. Aktiviti yang ditawarkan bukan terarah pada satu golongan umur sahaja.

Dari pemandangan indah di Pantai Cenang dan lawatan menjelajah pulau, ke tempat percutian dalam hutan hujan dan aktiviti mesra untuk kanak-kanak, Langkawi mempunyai tarikan untuk memuaskan sesiapa sahaja. 

 

* Pulau Sipadan

Terletak di luar persisiran pantai Semporna, Sabah, Pulau Sipadan terkenal sebagai syurga penyelam, menjadikannya sebuah tempat percutian yang ideal untuk pengunjung yang gemarkan sesuatu yang lebih mencabar. 

Perairan di sekeliling pulau ini mempunyai terumbu karang yang besar, gua bawah air, dan pelbagai hidupan marin berwarna-warni yang menakjubkan.

 

* Pulau Redang

Pulau Redang - Gambar Unsplash
Pulau Redang - Gambar Unsplash

Dengan keindahan air laut biru yang jernih, pantai yang bersih, dan pokok-pokok yang rendang, Pulau Redang ialah sebuah tempat yang sesuai untuk bersantai. Pulau ini juga merupakan sebuah tempat perlindungan penyu bersarang yang mana pengunjung boleh menyaksikan hidupan yang luar biasa ini di Pusat Pemuliharaan Penyu Chagar Hutang.

 

Destinasi taman tema & tarikan

Lazimnya direka untuk dinikmati oleh seisi keluarga, taman tema merupakan satu destinasi percutian yang boleh menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, terutamanya bagi mereka yang berjiwa muda. 

Destinasi berikut menawarkan pelbagai tunggangan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

 

* ESCAPE Penang

Terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang, ESCAPE Penang adalah taman tema yang dikelilingi alam semula jadi yang menghijau. Dengan lebih daripada 35 aktiviti yang menyeronokan, pengembaraan di sini boleh dinikmati oleh semua peringkat umur.

Selain daripada gelongsor air tiub 1.1km dan Zip Coaster terpanjang di dunia yang memecahkan Rekod Dunia Guinness, taman tema tersebut juga telah memperkenalkan cerun ski buatan manusia, yang pertama seumpamanya di Malaysia baru-baru ini!

 

* Genting SkyWorlds

Gambar ihsan Genting SkyWorlds
Gambar ihsan Genting SkyWorlds

Terletak di Genting Highland, Pahang, Genting SkyWorlds menjanjikan keseronokan setinggi awan di dalam persekitaran yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. 

Taman tema luar menampilkan 26 tunggangan dan tarikan merentasi sembilan zon yang bertemakan filem dan pengembaraan, yang mana pengunjung boleh menikmati pelbagai dunia yang berbeza; termasuk dunia Rio yang berwarna-warni, keseronokan merentasi galaksi Andromeda Base dan juga keajaiban aneh di alam Epic.

Jadi yang mana satu menjadi pilihan hati? Cepat-cepat buat keputusan dan layari www.agoda.com untuk mendapatkan pelbagai tawaran percutian menjimatkan. - Getaran, 15 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 bulan yang lalu

5 Destinasi Percutian Dalam Negara Yang Kian Popular 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

3

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

4

TARA 11 bulan yang lalu

10 Tempat Penginapan Hebat Dan Berbaloi Untuk Wang Anda

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja