Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Destinasi Percutian Dalam Negara Yang Kian Popular 

Senarai ini diumumkan oleh platform pelancongan digital, Agoda berdasarkan perbandingan carian dari tahun ke tahun pada November 2022 dan 2023

Jelajah Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 4:36PM

Pemandangan Bandaraya Kuantan, Pahang. gambar Agoda dan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform pelancongan digital, Agoda, baru-baru ini mengumumkan senarai ‘Horizon Baharu Malaysia 2024’, yang menampilkan lima destinasi yang berjaya menarik perhatian pelancong sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Senarai ini yang dihasilkan daripada perbandingan data carian, menyerlahkan destinasi dalam negara yang menyaksikan peningkatan yang ketara dalam minat daripada pelancong dalam dan luar negara.

Naib Presiden Bersekutu Asia Tenggara di Agoda, Enric Casals memberitahu, walaupun destinasi metropolitan yang sibuk di Malaysia sering kali menjadi tumpuan ramai, pihaknya mendapati berlaku lonjakan yang ketara dalam carian untuk bandar-bandar yang lebih kecil dan juga destinasi lain sepanjang tahun lalu.

Berikut adalah lima destinasi percutian dalam negara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengembara:

Keindahan Pulau Pangkor sentiasa menggamit kehadiran pelancong dalam dan luar negara.
Keindahan Pulau Pangkor sentiasa menggamit kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

1. Pulau Pangkor

Pulau yang terletak di negeri Perak itu mendahului senarai dengan menyaksikan peningkatan 45 peratus dalam trafik carian. Terletak kira-kira 70 kilometer dari kawasan tumpuan pelancongan iaitu Ipoh, Pulau Pangkor menawarkan pantai yang bersih dan pelbagai jenis penginapan yang bersesuaian dengan bajet rendah atau mewah. Tempat peranginan ini menjadi pilihan bagi mereka yang inginkan ketenangan dan dikelilingi alam semula jadi.

2. Kuala Terengganu

Mengekori dengan rapat, Kuala Terengganu menyaksikan peningkatan 40 peratus dalam jumlah carian. Kuala Terengganu yang juga pintu masuk ke pulau percutian terbaik di Pantai Timur dan hub kebudayaan menjadi tarikan kepada pelancong yang inginkan percutian tropika yang santai. 

Jambatan Angkat Kuala Terengganu antara tarikan utama di Kuala Terengganu.
Jambatan Angkat Kuala Terengganu antara tarikan utama di Kuala Terengganu.

Kekayaan warisan budaya di bandar ini serta kepelbagaian hidangan masakan melengkapi peranannya sebagai titik bermulanya penerokaan keindahan kawasan pulau berhampiran. 

3. Kuantan dan Miri

Berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan peningkatan carian sebanyak 33 peratus adalah Kuantan dan Miri. Pelancong atau pengembara mungkin tertarik dengan Kuantan kerana pesonanya yang santai dan peluang untuk meneroka tempat-tempat yang kurang dikenali di Pantai Timur Malaysia. 

Keunikan Gua Niah antara tarikan utama pelancong ke Miri, Sarawak
Keunikan Gua Niah antara tarikan utama pelancong ke Miri, Sarawak

Sementara, Miri pula memikat hati pengunjung dengan tawaran unik, seperti rizab alam semula jadi yang tidak disentuh, hutan hujan yang menghijau dan Gua Niah yang menakjubkan. Keindahan semula jadi dan ekosistem yang berbeza-beza menjadikan Miri sebuah destinasi yang ideal untuk penggemar alam semula jadi yang inginkan pengalaman yang lebih mengagumkan.

Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang.
Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang.

4. Alor Setar

Melengkapkan senarai 5 destinasi teratas dengan peningkatan jumlah carian sebanyak 31 peratus adalah Alor Setar, Kedah yang kaya dengan sejarah dan juga memiliki mercu tanda seperti Menara Alor Setar dan Masjid Zahir yang tersergam indah. Selain keindahan budayanya, Alor Setar juga terkenal dengan Pekan Rabu yang memberikan peluang kepada pelancong untuk menyaksikan gaya hidup penduduk tempatan dan juga mencuba pelbagai makanan tradisional. Ini menjadikannya sebagai destinasi pilihan kepada mereka yang ingin menikmati budaya tempatan, sambil menikmati pelbagai hidangan menyelerakan.

Alor Setar, ibu negeri Kedah Darul Aman turut menjadi destinasi tumpuan pelancong sepanjang tahun 2022 dan 2023.
Alor Setar, ibu negeri Kedah Darul Aman turut menjadi destinasi tumpuan pelancong sepanjang tahun 2022 dan 2023.

“Memang menarik untuk melihat destinasi seperti Pulau Pangkor dan Kuala Terengganu semakin menarik perhatian pelancong. Hasil tinjauan ini menunjukkan lebih ramai pelancong ingin meluaskan pengembaraan mereka dan meneroka permata tersembunyi di luar bandar utama Malaysia.

“Kami komited untuk menjadikan destinasi-destinasi Malaysia yang mengagumkan ini agar lebih mudah diterokai oleh pelancong tempatan dan antarabangsa dengan menawarkan pelbagai tawaran hebat untuk memenuhi imaginasi mereka," ulas Casals.

Platform Agoda menyediakan kemudahan merancang dan menempah percutian di Malaysia yang komprehensif dengan menawarkan lebih 3.9 juta tempat penginapan untuk percutian bersama tempahan tiket penerbangan dan juga pelbagai aktiviti percutian. 

Destinasi-destinasi yang semakin meningkat naik ini membolehkan pelancong menikmati sisi baharu Malaysia dan mengembara dengan harga yang lebih menjimatkan. – Getaran, 14 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

TARA 7 bulan yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

2

TARA 11 bulan yang lalu

10 Tempat Penginapan Hebat Dan Berbaloi Untuk Wang Anda

3

TARA 1 tahun yang lalu

Rebut Peluang Beraya Sambil Bercuti Bersama Keluarga, Sudahkah Anda Memilih Destinasi Yang Sesuai? 

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Destinasi Luar Biasa Untuk Diterokai

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 jam yang lalu

Terokai Pengalaman Kulinari Di Pantai Aegean, Türkiye

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 13 jam yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Koleksi linen Marks & Spencer mementingkan keselesaan dan tak lapuk ditelan zaman

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini.

oleh Rahayu MN