Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Tempat Penginapan Hebat Dan Berbaloi Untuk Wang Anda

Merangkumi tempat percutian mewah, hab kreatif, penginapan di atas kafe, kontena kapal dan banyak lagi, tempat-tempat penginapan yang dikongsi ini tiada tolok bandingannya dalam ciri keunikan, keselesaan dan harga mampu milik.

TARA Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 2:00PM

Desa Canggu Hay, Bali Indonesia antara lokasi percutian yang terpilih dalam penarafan 'berbaloi dengan harga'. - Gambar Agoda

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda sedang merancang percutian anda yang seterusnya yang dapat memberikan nilai yang terbaik bagi wang anda?

Platform pelancongan dalam talian Agoda merupakan salah satu tempat yang membantu pengembara membuat perancangan percutian. 

Selain menyenaraikan penginapan yang unik, menawan, dan digemari oleh pengembara, Agoda juga menyenaraikan penginapan yang mendapat penarafan 9+ daripada 10 dalam ulasan 'berbaloi dengan harga'. 

Merangkumi tempat percutian mewah, hab kreatif, penginapan di atas kafe, kontena kapal dan banyak lagi, tempat-tempat penginapan yang dikongsi ini tiada tolok bandingannya dalam ciri keunikan, keselesaan dan harga mampu milik.

Jadi, jika anda sedang merancang percutian berdua yang romantik, percutian keluarga atau pengembaraan solo, penginapan yang disenaraikan di bawah ini mungkin menarik perhatian dan memberi inspirasi. 

The Feel Good Hostel & Café - Gambar Agoda
The Feel Good Hostel & Café - Gambar Agoda

1) Bangkok, Thailand: Feel Good Bangkok Hostel 

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.8 /10

Kadar bilik: RM 113.13 (dengan bilik air persendirian)

The Feel Good Hostel & Café merupakan satu-satunya hostel yang tersenarai untuk penyenaraian ini. Ulasan daripada tetamu menyatakan bahawa hostel ini mempunyai katil yang selesa, bilik yang bersih, layanan yang bagus, dan lokasi yang hebat, di mana ia berhampiran dengan Jalan Kao San yang menjadi kegemaran pengembara beg galas dan juga Istana Besar di seberang Sungai Chao Phraya. 

Bagi mereka yang inginkan privasi, bilik dengan bilik mandi persendirian juga disediakan dengan harga kurang daripada RM 117.46 untuk satu malam!

Casa Severina - Gambar Agoda
Casa Severina - Gambar Agoda

2) Goa, India: Casa Severina

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.1/10

Kadar bilik: RM 209.25

Casa Severina, telah dianugerahkan sebagai 'pilihan utama’ di Goa pada tahun lalu dalam segmen hotel bertaraf 3 bintang. Tahap perkhidmatan yang luar biasa banyak menyumbang kepada penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’ bagi Hotel Severina. 

Begitu juga dengan suasana halaman yang indah, kolam renang dan kemudahan kecergasan. Tidak lupa dengan lokasinya yang berhampiran dengan pantai. Semua ini boleh dinikmati dari keselesaan bilik yang luas dan dilengkapi dengan katil bersaiz king dan balkoni pada kadar bilik kurang daripada RM300 untuk satu malam. Sememangnya berbaloi dengan harganya!

Smarana Hanoi Heritage - Gambar Agoda
Smarana Hanoi Heritage - Gambar Agoda

3) Hanoi, Vietnam: Smarana Hanoi Heritage 

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.2 / 10

Kadar bilik: RM 340.04

Sebelum melangkah masuk ke hotel, pasti anda teruja dengan penampilan luaran hotel ini. Hotel Smarana Hanoi Heritage berwarna ceria, dihiasi tumbuh-tumbuhan dan menampilkan balkoni ala Perancis yang menawan. 

Sebaik sahaja berada di bilik penginapan, anda sememangnya akan jatuh cinta sepenuhnya dengan ciri-cirinya yang asli, bergaya dan menawan. Semuanya terasa sempurna. Ia sesungguhnya sebuah hotel 5 bintang yang unik dengan harga yang berpatutan di lokasi utama Hanoi.

Cho Hotel 3 - Gambar Agoda
Cho Hotel 3 - Gambar Agoda

4) Taipei, Taiwan: Cho Hotel 3

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.2/10

Kadar bilik: RM 396.93

Cho Hotel 3 terletak di tengah-tengah Taipei serta berhampiran dengan tempat-tempat menarik, pengangkutan awam dan sebagainya. Tetamu yang pernah menginap di sini menggelarkannya sebagai ‘rumah yang jauh’ (home away from home). 

Hotel ini mempunyai sebuah piano di ruang legar, dinding yang dipenuhi dengan lukisan dan mesej-mesej daripada tetamu terdahulu, dan juga ruang istirahat yang menawarkan air mineral dan mi segera percuma. 

Pekerja hotel di kaunter penyambut tetamu yang mesra dan fasih pelbagai bahasa menguatkan lagi kedudukan Cho Hotel 3 sebagai sebuah hotel kegemaran pelancong.

KLoe Hotel - Gambar Agoda
KLoe Hotel - Gambar Agoda

5) Kuala Lumpur, Malaysia: KLoe Hotel 

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.2 /10

Kadar bilik: RM 392.35

KLoe Hotel telah diiktiraf sebagai pilihan utama di Kuala Lumpur oleh para pelanggan Agoda pada tahun laku. Merujuk kepada foto-foto yang dikongsi di platform Agoda, pasti anda akan memahami sebab penginapan ini menjadi pilihan ramai. 

Hotel butik ini diposisikan sebagai hab nomad kreatif dan banyak memberi tumpuan kepada reka bentuk dalamannya, memastikan halaman tengah dan laluan pejalan kaki terbuka dapat mencetuskan kreativiti bagi setiap tetamu yang menginap di sini. 

Dengan adanya bilik khas untuk membaca, mendengar, dan melukis, hotel ini memberikan ruang kepada pengkarya untuk menyerlahkan potensi mereka. Bagi penulis yang ketandusan idea pula, masalah ini dapat diselesaikan dengan meluangkan masa seketika di dalam kolam renang di halaman hotel ini.

Seda Residences Makati - Gambar Agoda
Seda Residences Makati - Gambar Agoda

6) Manila, Filipina: Seda Residences Makati

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.2 /10

Kadar bilik: RM 392.35

Dengan lokasinya yang strategik di Ayala Avenue, Seda Residences Makati memang layak mendapat pengiktirafan ‘Berbaloi dengan Harga’. Hotel berbintang empat ini sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan dengan suasana tenang di Filipina. 

Anda akan berasa seperti di rumah sendiri di dalam bilik yang selesa dan pastinya akan terpesona dengan pemandangan yang tiada tandingannya dari Sky Lobby di Tingkat 19 atau bar bumbung di tingkat 35.

Union Hotel, Seoul Korea Selatan - Gambar Agoda
Union Hotel, Seoul Korea Selatan - Gambar Agoda

7) Seoul, Korea Selatan: Union Hotel

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.1

Kadar bilik: RM 392.35

Perkara pertama yang akan anda perhatikan tentang hotel yang baru diubahsuai ini ialah tentang komitmen yang diberikan oleh setiap petugas hotel. Mereka amat berbangga dengan reka bentuk moden hotel yang indah ini dan sentiasa memastikan bilik serta fasiliti yang lain berada dalam keadaan bersih berkilauan. 

Selain pusat kecergasan, hotel ini juga mempunyai sebuah taman, bilik yoga, pusat golf dalaman dan juga gelanggang tenis tertutup! Nikmatilah semua kemudahan ini dengan kadar bilik serendah THB 3000 untuk satu malam.

Shipping Container Hotel @ Haw Par Villa - Gambar Agoda
Shipping Container Hotel @ Haw Par Villa - Gambar Agoda

8) Singapura: Shipping Container Hotel @ Haw Par Villa 

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9 /10 

Kadar bilik: RM 850.50

The Shipping Container Hotel @ Haw Par Villa merupakan sebuah kontena kapal yang telah diubah suai menjadi bilik hotel. Jika melihat dari luar, mungkin ada yang berkata ia kurang menarik, tetapi jangan cepat buat kesimpulan, sebenarnya bahagian dalamannya adalah nyaman dan selesa. Jika tidak, mana mungkin tetamu memberi ulasan yang memberangsangkan. 

Nogha Hotel Akihabara - Gambar Agoda
Nogha Hotel Akihabara - Gambar Agoda

9) Tokyo, Jepun: Nogha Hotel Akihabara

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.4 /10

Kadar bilik: RM 844.86

Nogha Hotel Akihabara memberi fokus terhadap rekaan dalaman, dari ruang legar dan bar koktel, hinggalah ke benda-benda yang kecil seperti reka bentuk lampu katil dan kepala pancuran air di bilik mandi. 

Hotel ini mendapat markah lebih tinggi daripada 99% tempat penginapan yang lain di Tokyo, bukan sahaja dari segi ‘berbaloi dengan harga’, malah juga dalam aspek kebersihan serta layanan perkhidmatannya. Lokasinya hebat dengan adanya restoran dan stesen kereta api yang berhampiran, tetapi anda pasti gembira untuk meluangkan masa dalam tempat penginapan bandar ini.  

Desa Hay Canggu - Gambar Agoda
Desa Hay Canggu - Gambar Agoda

10) Bali, Indonesia: Desa Hay Canggu

Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 10 /10

Kadar bilik: RM1,458.24

Kadar bilik pusat peranginan Desa Hay Canggu di Bali mungkin tidak sesuai dengan bajet semua orang, tetapi jika anda ingin memanjakan diri dengan berbelanja lebih, anda pastinya akan memperolehi satu pengalaman yang dikatakan luar biasa. 

Ia diberi penarafan 10/10 'berbaloi dengan harga' oleh lebih seratus tetamu hotel yang disahkan, Bilik-biliknya luas dan sesetengahnya dilengkapi dengan kolam renang persendirian. 

Ia juga mempunyai sebuah padang golf serta pemandangan indah dari taman yang rimbun, kolam yang tenang dan juga sawah padi di luar pusat peranginan ini. Tempat penginapan ini amat disyorkan untuk dijadikan destinasi percutian romantis. - Getaran, 21 Mei 2023

Peringatan:

Penarafan kategori ‘Berbaloi dengan Harga’ dipilih daripada ulasan pelanggan dengan skor 9+ kadar bilik dan imej diperoleh daripada Agoda.com di antara 25-27 April 2023 untuk tempahan penginapan di bulan Mei 2023. 

Harga mungkin berubah mengikut ketersediaan dan tarikh perjalanan. Kadar bilik adalah berdasarkan kadar pertukaran semasa 0.13 berbanding Baht Thailand.

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

20 May 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat