web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Little Beijing' Di Machap Jadi Tumpuan Pengunjung Bergambar

Kampung Baru Machap Umboo dan Kampung Machap Baru dihiasi dengan pelbagai lampu neon berwarna-warni, lebih 3,000 tanglung berbentuk sfera dan segi empat tempat serta tanglung gergasi.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 7:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dihiasi pelbagai lampu neon dan lebih 3,000 tanglung sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Kampung Baru Machap Umboo dan Kampung Machap Baru diibaratkan seperti 'Little Beijing' sekali gus mendapat perhatian pengunjung merakam gambar sebagai kenangan.

Tinjauan Bernama di Kampung Baru Machap Umboo di sini malam tadi mendapati selain kepelbagaian bentuk lampu hiasan dan tanglung merah berbentuk sfera, terdapat juga hiasan tanglung segi empat tepat yang dipasang bersama lampu berwarna-warni di Jalan Lampu Langit sepanjang lebih 100 meter serta tanglung gergasi lebih lima meter berhampiran Dewan Besar Kampung Permai Machap Umboo. 

Di Kampung Machap Baru pula, laluan di dalam kawasan penempatan itu dihiasi dengan tanglung selain terdapat 'Meihua Walk' yang menjadi tumpuan pengunjung untuk bergambar. 

Pengunjung melalui Jalan Lampu Langit di Kampung Baru Machap Umboo yang dihiasai pelbagai lampu dan tanglung berwarna-warni.
Pengunjung melalui Jalan Lampu Langit di Kampung Baru Machap Umboo yang dihiasai pelbagai lampu dan tanglung berwarna-warni.

Madeline Chua Lin Mei, 23, yang datang bersama empat lagi ahli keluarganya dari Bukit Katil ketika ditemui di Kampung Baru Machap Umboo berkata, beliau mengetahui tentang 'Little Beijing' itu menerusi perkongsian pengguna media sosial yang merakam gambar kenangan di kampung tersebut. 

"Saya teruja untuk datang dan melihat sendiri keindahan lampu serta tanglung di sini serta tidak mahu lepaskan peluang mengambil gambar. Sudah dua tahun sambutan Tahun Baharu Cina agak suram namun tahun ini kembali meriah," kata pekerja swasta itu.

Nuradila Alias, 36, dari Cheng pula berkata, suasana di kampung tersebut mengembalikan kenangan beliau ketika melancong di Beijing, China lima tahun lepas dan beliau serta tiga lagi rakannya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Jalan Lampu Langit dan tanglung gergasi. 

"Suka sangat lihat lampu yang cantik dan tanglung berwarna-warni. Walaupun tidak meraikan Tahun Baharu Cina, sekurang-kurangnya dapat ambil gambar yang cantik di sini," kata pekerja sektor perhotelan itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, pemasangan pelbagai lampu hiasan dan lebih 3,000 tanglung di dua kampung berkenaan melibatkan peruntukan lebih RM100,000 dan ia bertujuan memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.

Ngwe Hee Sem (kiri) bersama pengunjung di Meihua Walk di Kampung Machap Baru yang dihiasai dengan pelbagai lampu sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Ngwe Hee Sem (kiri) bersama pengunjung di Meihua Walk di Kampung Machap Baru yang dihiasai dengan pelbagai lampu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau yang juga Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, kerja-kerja menghias dan mencantikkan kampung berkenaan dilakukan secara gotong-rotong oleh penduduk dua kampung berkenaan lebih seminggu lepas.

"Sudah dua tahun suasana sambutan Tahun Baharu Cina di kedua-dua kampung tersebut tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini ekoran pelbagai prosedur operasi standard (SOP) disebabkan penularan COVID-19 yang agak membimbangkan. 

"Namun, tahun ini kita dapat lihat Kampung Baru Machap Umboo dan Kampung Machap Baru telah berubah wajah seperti Little Beijing dan kedua-dua kampung tersebut menerima sumbangan dana daripada pelbagai pihak untuk melakukan kerja-kerja menghias termasuk daripada wakil rakyat serta penduduk kampung," katanya.

Ngwe berkata 'Little Beijing' itu berpotensi menjadi antara ikon pelancongan Melaka dan beliau dimaklumkan tempahan inap desa di kedua-dua kampung berkenaan menjelang Tahun Baharu Cina telah penuh. - Bernama

Gambar: Rashidah Abd Rahim, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pindahan Pesakit Guna Tangga Di Hospital Melaka Ekoran Kerosakan Luar Lif

2

TARA 3 tahun yang lalu

Tanglung Peranakan Terbesar Di Malaysia Tarikan Terbaharu Di Jonker Walk, Melaka

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Hari Malaysia: Pemilihan Melaka Imbau Peristiwa Bersejarah Negara

4

Budaya 4 tahun yang lalu

Dua Sahabat Pasang Tanglung Meriahkan Sambutan Tahun Harimau

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden