web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pindahan Pesakit Guna Tangga Di Hospital Melaka Ekoran Kerosakan Luar Lif

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 7:09AM

Ngwe Hee Sem berkata kerosakan lif berkenaan, menyebabkan akses ke beberapa wad di hospital berkenaan terhad, namun pemindahan pesakit ke wad lain perlu dilakukan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Video tular yang merekodkan proses pemindahan pesakit menggunakan tangga di Hospital Melaka di sini, berlaku ekoran berlaku kerosakan luar jangka lif di Blok F hospital berkenaan, kelmarin.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata kerosakan lif berkenaan, menyebabkan akses ke beberapa wad di hospital berkenaan terhad, namun pemindahan pesakit ke wad lain perlu dilakukan.

“Video tular berkenaan memaparkan proses memindahkan pesakit yang berada di wad aras empat ke aras tiga dengan menggunakan tangga, kerana berlaku situasi luar jangka gangguan perkhidmatan lif di Blok F Hospital Melaka.

“Proses pemindahan pesakit melalui tangga perlu dilaksanakan atas faktor kepentingan dan kelangsungan rawatan pesakit kritikal,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata proses pemindahan pesakit berkenaan, dilakukan dengan pemantauan rapi daripada pihak perawat serta pengurusan wad, dan pesakit itu telah dipindahkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

Justeru katanya, semua pihak dipohon untuk tidak membuat spekulasi tidak berasas kerana ia boleh menimbulkan situasi panik, dalam kalangan pesakit.

Dalam pada itu, Ngwe berkata Hospital Melaka sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf lif di beberapa blok hospital berkenaan dan sepanjang tempoh itu, jumlah lif yang beroperasi telah dikurangkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian lif baharu.

Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf lif berkenaan terbahagi pada dua fasa iaitu antara Oktober 2022 hingga, Julai depan bagi fasa satu, manakala fasa dua akan bermula pada Julai depan hingga Disember.

Sehingga semalam katanya, sebanyak dua lif yang rosak telah dibaiki dan berfungsi dengan pemantauan daripada pihak Hospital Melaka.

Kelmarin, tular di media sosial video berdurasi 1 minit 32 saat, merekodkan seorang pesakit diusung turun menggunakan tangga, dipercayai berlaku di Hospital Melaka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Eh, 'Aunty' Ni Ada Misi 'Mission Impossible' Ke?

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Memang Kalau Oyen Kena Rosak Eh?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad