web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Sahabat Pasang Tanglung Meriahkan Sambutan Tahun Harimau

Selain membangkitkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, mereka ingin melihat kawasan perumahan mereka nampak ceria walaupun sambutan dilakukan secara sederhana.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 6:35PM

Penduduk Taman Pengkalan Asam, Chew Cehong Keok, 79, (kiri) bersama cucunya Julli Sulli, 17, gembira meraikan ketibaan Tahun Baharu Cina di rumah mereka. Gambar: Noraini, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua sahabat berpakat memasang 86 buah tanglung di sekitar Taman Pengkalan Asam, Perlis bagi membangkitkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Lim Thean Wei, 33, dan Ching Chen Chen, 33, mengambil inisiatif itu hasil daripada dana RM3,000 yang disumbangkan oleh penduduk setempat, yang ingin melihat kawasan perumahan mereka nampak ceria walaupun sambutan dilakukan secara sederhana.

Lim berkata beliau dan sahabatnya Ching rasa gembira, kerana dapat membantu jiran mereka menyambut Tahun Baharu Cina dengan lebih meriah kali ini.

“Ada warga emas yang anaknya tidak pulang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, jadi dengan adanya hiasan tanglung ini diharap dapat membuatkan mereka gembira melihat kawasan taman ini meriah,” katanya yang merupakan pengurus sebuah bank di Alor Setar, Kedah kepada pemberita di Kangar, baru-baru ini.

Katanya sebelum memulakan projek ini, beliau telah memohon kebenaran daripada Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan penduduk taman untuk memasang tanglung, serta mendapat tindak balas yang sangat baik daripada mereka.

Kelihatan Lim Thean Wei, 33, menghiasi sebatang pokok di taman mereka ketika tinjauan
Kelihatan Lim Thean Wei, 33, menghiasi sebatang pokok di taman mereka ketika tinjauan

Beliau berharap semangat tahun Harimau pada tahun ini, akan memberi lebih kekuatan dan keyakinan  kepada rakyat Malaysia untuk bersama kerajaan, bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Kita semua berharap virus COVID-19 akan hilang dan semua ahli keluarga dapat berkumpul seperti sebelum ini, Harimau melambangkan keberanian, oleh itu untuk memerangi wabak COVID-19 kita tidak boleh putus asa, dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu Ching berkata mereka mula memasang tanglung pada  25 Jan dan ia akan terus dipasang sehingga Perayaan Chap Goh Mei pada 15 Feb.

“Pada hari pertama saya pasang tanglung ini, semua penduduk keluar untuk melihat dan ada juga yang berswafoto … memang sudah lama tidak dapat melihat kemeriahan seperti ini, sejak seluruh dunia dilanda wabak COVID-19 dua tahun lalu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN