Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tanglung Peranakan Terbesar Di Malaysia Tarikan Terbaharu Di Jonker Walk, Melaka

Himalaya Sports tersenarai dalam Malaysia Book of Records dengan tanglung Peranakan setinggi 12 kaki yang mengagumkan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 8:02PM

Tetamu kehormat bergambar di hadapan Tanglung Peranakan Terbesar di gerbang Jonker Walk - Gambar ihsan Himalaya Sports

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tarikan popular di Melaka, Jonker Walk kini menawarkan tarikan terbaharu untuk pengunjung yang singgah atau melewati kawasan ini. Lihat, rakam dan kongsikan foto anda di media sosial bersama Tanglung Peranakan terbesar di Malaysia yang ditaja oleh gula-gula Himalaya Sports. 

Tanglung gergasi berkenaan mempunyai rekaan menarik yang menggambarkan sejarah perjalanan legenda oleh Laksamana Zheng He ke Melaka untuk tujuan diplomatik dan perdagangan atas perintah maharaja dinasti Ming pada awal abad ke-15, yang kemudiannya membentuk suatu ikatan kukuh antara dua kerajaan dan seterusnya mencetus budaya Peranakan di Malaysia.

Berada pada ketinggian 12 kaki dan 8 kaki lebar, tanglung berkenaan telah diiktiraf sebagai ‘Tanglung Peranakan Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records.

Berada pada ketinggian 12 kaki dan 8 kaki lebar, tanglung berkenaan telah diiktiraf sebagai ‘Tanglung Peranakan Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records
Berada pada ketinggian 12 kaki dan 8 kaki lebar, tanglung berkenaan telah diiktiraf sebagai ‘Tanglung Peranakan Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records

Satu majlis telah diadakan baru-baru ini di mana ia menyaksikan syarikat konfeksionari gula-gula tersebut menerima pengiktirafan secara rasmi dengan disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Datuk Seri Tiong King Sing, dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo.

Tarikan terbaharu yang dipersembahkan sempena perayaan Tahun Baru Cina ini akan dipamerkan di hadapan bangunan pejabat Jawatankuasa Jonker Walk sehingga 30 Jun 2023 hadapan. Tanglung yang megah menerangi Jonker Walk ini diyakini akan menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara untuk menikmati keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 

Pelancaran tanglung yang tersergam indah itu adalah sebahagian daripada inisiatif penjenamaan Himalaya Sports di destinasi utama pelancong ini yang mana ia juga adalah penaja rasmi gerbang laluan masuk Jonker Walk dan 800 biji tanglung merah yang melambangkan tuah sambil menghiasi langit di kawasan bersejarah yang juga dikenali sebagai Chinatown Melaka.

Antara 800 biji tanglung merah yang melambangkan tuah
Antara 800 biji tanglung merah yang melambangkan tuah

Pengasas dan pengarah urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn. Bhd. yang memiliki Himalaya Sports, Datuk Kenny Low, memberitahu, pihaknya berasa cukup teruja kerana Himalaya Sport terus berpeluang untuk kembali sebagai penaja bagi tahun ketiga di Jonker Walk.

“Dengan tiada lagi kekangan perjalanan dikuatkuasakan, kami mahu meraikan perayaan ini (Tahun Baru Cina) dengan sesuatu yang istimewa dan boleh menjadi kenangan. Tanglung Peranakan yang mencatat rekod dan reka bentuknya yang rumit itu memberi penghormatan kepada tradisi tanglung Cina, sejarah Melaka dengan negara China, serta permulaan budaya Baba Nyonya yang membentuk keunikan warisan khazanah pelbagai budaya di Malaysia hari ini,” ulas beliau.

“Menerusi kerjasama kami dengan Jawatankuasa Jonker Walk, kami berharap dapat memainkan peranan kecil dalam menyokong pemulihan industri pelancongan kita daripada impak yang dahsyat akibat pandemik.”

“Kami percaya, tanglung peranakan terbesar ini akan menjadi tarikan terbaharu yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa ke Jonker Walk tahun ini. Sambil mereka berkunjung ke pasar malam di hujung minggu, atau mengunjungi kedai-kedai antik di sini, mereka juga boleh menyelami budaya Baba Nyonya,” tambah Low.

Tiong King Sing (kanan), dan Kenny Low, Pengerusi dan Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture berkongsi detik gembira dengan Duta jenama Himalaya Vajomba, Himalayeti
Tiong King Sing (kanan), dan Kenny Low, Pengerusi dan Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture berkongsi detik gembira dengan Duta jenama Himalaya Vajomba, Himalayeti

Keunikan paduan adat Cina dan Melayu, budaya Peranakan terlihat pada bahasa, pakaian, makanan serta seni tradisional pembuatan tanglung itu sendiri. Mengikut sejarah, pembuatan tanglung adalah sejenis kraf yang dipercayai dibawa oleh  Laksamana Cina Zheng He ketika pengembaraannya ke Melaka.

Secara tradisional, ia diperbuat daripada buluh yang melambangkan kekuatan dan kebaikan. Tanglung digantung di laluan masuk ke rumah sepanjang perayaan Tahun Baru Cina dan hari sembahyang nenek moyang di kalangan Cina Peranakan. 

Ia juga dikenali sebagai tanglung nama keluarga kerana nama keluarga dan kelompok keluarga ditulis dengan ketara pada tanglung di samping lukisan menonjol yang melambangkan beberapa aspek budaya Cina, dan ia lazimnya diwarisi turun temurun. - Getaran, 28 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Tanglung, Naga Gergasi Di Jonker Walk Sempena Tahun Baharu Cina

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Saya Tak Menangis Atau Tumpah Darah, Semua Itu Fake! - Emma Maembong Tidak Faham Kenapa Isunya Berpantang Jadi Viral 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kementerian Perpaduan Sasar Cipta Rekod Himpun Paling Ramai Memakai Pakaian Etnik Pada SMP 2023

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Jangan Adili PM Hanya Berlandaskan Keputusan PRN - Fahmi

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu