web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1,000 Tanglung, Naga Gergasi Di Jonker Walk Sempena Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 8:09PM

Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Md Nazri Nawawi (tiga, kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo (dua, kiri) selepas merasmikan bakul siah gergasi di sini hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kira-kira 1,000 tanglung bersaiz besar serta pelbagai hiasan lampu, replika naga gergasi dan pintu gerbang menghiasi sekitar Jonker Walk di sini bertujuan memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina, selain menarik lebih ramai pengunjung bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Datuk Gan Tian Loo berkata, hiasan mega itu melibatkan kos hampir RM2 juta yang disalurkan pelbagai penaja kepada destinasi wajib singgah pelancong ke Melaka itu, yang akan menjadi tuan rumah sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri pada 22 Februari ini.

"Kita menyasarkan sebanyak satu juta pengunjung termasuk pelancong dari dalam dan luar negara akan ke Jonker Walk dalam tempoh 15 hari bermula 10 Februari ini bersempena dengan Tahun Baharu Cina hingga sambutan Chap Goh Meh pada 24 Februari.

"Sepanjang tempoh itu juga, pelbagai program kebudayaan dan kesenian diatur untuk dipersembahkan kepada orang ramai, sekali gus menarik kedatangan lebih ramai pengunjung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jonker Walk di sini, hari ini.

Beliau berkata, bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, pasar malam Jonker Walk khas akan diadakan pada 22 Februari iaitu pada Khamis berbanding operasi pada hari Jumaat hingga Ahad.

Sementara itu, katanya, bakul sia gergasi dengan ketinggian 4.57 meter dan lebar 2.44 meter akan ditempatkan bersebelahan pentas utama Jonker Walk sebagai satu daripada tarikan baharu kepada pengunjung bagi meraikan TMM 2024 dan sambutan tahun naga.

Beliau berkata, bakul sia gergasi berkenaan dibawa khas dari Yongchun, China bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia - China, sekali gus memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

"Bakul sia merupakan antara ikon kesenian tradisional yang sinonim dengan masyarakat Baba dan Nyonya khususnya di Melaka sejak beratus tahun dahulu," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 5 hari yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 42 minit yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut