web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Malaysia: Pemilihan Melaka Imbau Peristiwa Bersejarah Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 11:29AM

Muzium Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. - gambar ihsan mbmb.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pemilihan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia 2022, bertujuan mengimbau kembali peristiwa bersejarah negara.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata ia berikutan tapak berkenaan menjadi lokasi Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahmad Putra Al-Haj, mengumumkan Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada tarikh 31 Ogos 1957.

“Detik ini kemudiannya menjadi titik permulaan kepada penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963,” katanya kepada Bernama di sini.

Hee Sem berkata peristiwa bersejarah berkenaan akan diimbas kembali menerusi Segmen 2: Jejak Merdeka di bawah Persembahan Khas “Dari Robohan Kota Melaka, Kita Dirikan Negara Merdeka”.

“Segmen berkenaan mengambil suasana ketika pengisytiharan kemerdekaan dan diorama perarakan masuk Tunku Abdul Rahman bersama kereta antik dan rombongan, dengan watak Tunku Abdul Rahman akan dilakonkan semula oleh Che’Kem dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya itu berkata justeru, sambutan yang turut bertemakan busana sekitar tahun 50an dan 60an itu, amat tepat dalam menggambarkan keadaan negara yang baharu mencapai kemerdekaan, yang berlatar belakangkan lokasi sebenar peristiwa bersejarah itu.

Beliau berkata jika dilihat dari sudut sejarah pula, Melaka banyak meninggal pelbagai kesan warisan sosiopolitik dalam sistem pemerintahan negara sehingga hari ini.

“Sejarah juga mencatatkan Melaka menjadi persinggahan kepada pedagang dari seluruh dunia, malah pada 2008, Melaka diisytiharkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

“Pengiktirafan badan dunia ini sekali gus menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang unik dan istimewa,” katanya.

Beliau berkata sambutan Hari Malaysia 2022 di Melaka juga mengangkat kumpulan etnik di negeri berkenaan yang terdiri daripada Baba dan Nyonya, Sikh, Chetti, Portugis malah Orang Asli, sekali gus menunjukkan semangat perpaduan rakyat yang menjadi lambang kepada Keluarga Malaysia.

“Ini dibuktikan menerusi acara Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Tokoh Guru, Abd Rani Embi yang akan diiringi oleh 14 orang Keluarga Malaysia mewakili kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia seperti yang disebutkan tadi, serta membabitkan masyarakat Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Justeru, beliau mengajak orang ramai terutama dari Melaka dan negeri-negeri berdekatan, untuk menghadiri sambutan berkenaan yang julung-julung kali diadakan di Semenanjung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad