web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Crazy Grizzly Mengorak Langkah Muzik Baharu Dengan 'Tergiversate'

‘Tergiversate’ merupakan album Bahasa Inggeris pertama kumpulan metalcore Crazy Grizzly dan mereka memutuskan untuk terus maju dengan bunyi yang sedikit berbeza di dalam album ini.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah setahun menyepi, kumpulan Crazy Grizzly akhirnya tampil bersama album terbaharu mereka berjudul Tergiversate. Sebelum ini mereka membawakan genre post-hardcore namun kini mengambil langkah baharu ke arah genre new wave metalcore yang diinspirasikan daripada beberapa kugiran antarabangsa.

“Kami memutuskan untuk terus maju dengan bunyi yang sedikit berbeza tetapi masih berpegang dengan genre utama kami iaitu metal. Album ini lain daripada album Pendeta Gila kerana rilisannya memberi satu corak muzik baru dan segar. 

“Kami ingin menerapkan pelbagai bunyi moden dan komposisi muzik mengikut peredaran muzik terkini. Jadi, jika anda teliti dengan betul, anda akan dapat mengamati kombinasi muzik metal, pop dan EDM.

“Selain itu, keunikan album ini terletak pada konsep muzik yang selari dengan visual futuristik,” kata Marzuki, pemain gitar dan clean vocalist Crazy Grizzly.

Tergiversate merupakan album Bahasa Inggeris pertama kumpulan metalcore ini dan mengandungi sembilan buah lagu yang kebanyakannya ditulis oleh Marzuki sendiri. Apa yang menarik lagi, ia turut menampilkan vokalis undangan seperti Ayeen dari kumpulan Patriots dan Seakan Bintang. 

“Album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan ekoran berlakunya pandemik sejak tahun lalu. Menariknya, rakaman bahagian vokal dibuat di Terengganu manakala produksi rakaman dilakukan di Johor Bahru dan adunan serta mastering pula dilaksanakan oleh saudara Ricky Aprianto nun jauh dari Rostel Records Indonesia.

“Ini semua kerana kami tidak boleh berjumpa dan hanya mampu membuat rakaman di tempat masing masing. Pandemik ini memang menyusahkan tapi kami tahu setiap rancangan Tuhan selalu ada hikmahnya. 

“Jadi kami anggapnya sebagai satu peluang untuk mencuba suatu yang tak pernah cuba dan ambil tahu sebelum ini. Dalam menghasilkan album ini, kami perlu sentiasa berhubung dan berbincang secara atas talian mengenai penghasilannya. 

“Maklumlah, dalam menghasilkan muzik metal bukan mudah, komposisi alat muzik perlu disusun secara terperinci termasuk cara screamer melontarkan vokal. Setiap perkataan mesti dituturkan dengan jelas dan nyata.

“Isu-isu yang kami bawakan semuanya berat dan serius sekali gus menerapkan mesej spiritualiti. Kami tak mahu menulis lagu yang kosong dan sia-sia. 

“Justeru itu, kami menggunakan kata-kata yang mampu menasihati para pendengar ke arah kebaikan agar mereka dapat mengambil iktibar untuk menjadi seorang yang lebih baik.

“Contohnya, salah satu lagu dalam album ini menceritakan mengenai penyakit orang yang suka membakar api. Tetapi dalam konteks ini, kami samakannya dengan orang yang suka menghasut dan menjadi batu api,” tambahnya.

Walaupun muzik metal hardcore mempunyai peminatnya tersendiri, Crazy Grizzly berharap agar taruhan muzik yang lebih berkualiti ini dapat diterima oleh peminat baru mahupun yang lama. Selain itu, mereka juga berhasrat agar muzik mereka terus didengari, dihargai dan dikongsi sejauh yang boleh. 

Dalam perkembangan lain, kumpulan ini turut terpilih dalam barisan kugiran yang bakal tampil di festival Indie Dari Rumah anjuran Atas Angin.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli album terbaharu Crazy Grizzly, berjudul Tergiversate, anda boleh membuat tempahan lewat laman sosial mereka di Instagram. – Getaran, 16 Julai 2021

Semua gambar: Crazy Grizzly

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Muzik Indie Minggu Ini!

2

Indie 4 tahun yang lalu

It’s Over: Curahan Hati Ezra Kairo

3

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Lagu Indie Minggu Ini

4

Indie 4 tahun yang lalu

‘FlightOH665’ : Pengalaman Unik The Peachskins

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN