Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berita Lagu Indie Minggu Ini

Perlukan cadangan lagu baharu untuk senarai main anda? Ini 3 cadangan karya tempatan terkini untuk menemani hujung minggu anda.

Indie Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 11:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Sinaran’ oleh Late Night Frequency (LNF)

Walaupun baharu sahaja bertapak dalam lapangan muzik, kugiran indie pop synth Malaysia, Late Night Frequency (LNF) sudah menarik perhatian ramai orang, baik di peringkat lokal mahupun antarabangsa.

Malah, mereka berjaya memenangi anugerah ‘CIK Lagu Terpaling Platinum’ dalam acara Anugerah Lagu Indie baru-baru ini.

Dikenali dengan lagu-lagu rentak rancak yang mengandungi elemen city pop dengan sentuhan muzik tahun 80-an, kumpulan ini kini melancarkan single terbaharu mereka berjudul ‘ Sinaran’. 

Menurut LNF, ‘Sinaran’ merupakan single berbahasa Melayu pertama daripada album sulung mereka, Diskrografi dan turut menampilkan penyanyi rap bawah tanah, Ichu.

Mempunyai pengaruh kuat pop synth dan muzik synthwave, lagu ini dipadukan dengan alunan bunyi saksofon bagi mewujudkan muzik latar yang lebih kontemporari dan segar. 

Bagi penulis, gabungan irama synth elektronik, petikan gitar funk dan iringan bunyi dram retro yang ditampilkan dalam lagu ini berjaya menghasilkan konsep yang sedikit berbeza daripada apa yang sering kita dengar.

Malah, para pencinta muzik pasti ingin berdansa saat mendengar lagu ini. 

Selain itu, video muzik ‘Sinaran’ juga dihasilkan dan diterbitkan secara persendirian oleh Alam Bunyian di bawah arahan Amirul Aminuddin. Meskipun jalan ceritanya ringkas, pelaksanaan sinematografinya sangat cantik.

Berbekalkan pengalaman menghasilkan beberapa video muzik menarik sebelum ini, Amirul berhasil menyampaikan mesej lagu ini dengan efektif malah karya ini pastinya mudah diingat oleh ramai. 

Dengan rentak muzik rancak, lagu ini wajar diberi peluang untuk melangkah lebih jauh dan wajar dimasukkan dalam senarai main anda.

 

‘Gentle Secrets’ oleh Hey Jay!

Mungkin masih ramai yang belum mengenali kugiran alternatif rock dari Kuala Lumpur ini, namun Hey Jay! bukan sebuah band yang calang-calang.

Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli iaitu Jay Ridzwan (vokalis dan pemain gitar), Boy Azhar dan Fazli (pemain gitar), Syakir Khalid (pemain gitar bass) dan WK juga dikenali sebagai Wak (pemain dram) serta Felicia (pemain keyboard).

Meskipun baharu sahaja ditubuhkan tiga tahun lalu, kesemua ahli kumpulan ini merupakan pemuzik yang berpengalaman dan pernah terlibat dalam beberapa buah kumpulan sebelum ini.

Menariknya, mereka telah tercalon dan memenangi beberapa anugerah berprestij seperti 'Best Rock Song' (Indie Songwriting Awards 2021 - Spring Edition) dan 'Best Rock Video' (Rampage Music Awards 2022) di Amerika Syarikat.

Kugiran ini kini mempertaruhkan single terbaharu mereka berjudul ‘Gentle Secrets’ yang menceritakan tentang bahayanya memendam emosi. 

“Bagi sebahagian orang, mengekspresikan perasaan menjadi sebuah cabaran kerana bimbang dikecam saat mengungkapkan perasaan yang sebenar kepada orang di sekeliling mereka.

“Jika kita biasa menyimpan perasaan, emosi yang dihasilkan itu akan tertahan dalam tubuh dan fikiran sekali gus susah dilupakan. Walaupun dirahsiakan daripada orang ramai, hal ini tidak sihat buat kesihatan dan bakal membuat kita rasa tidak tenang,” kata Jay Ridzwan, vokalis utama Hey Jay!.

Pada penulis, ‘Gentle Secrets’ merupakan sebuah lagu yang ringan dengan petikan lembut gitar, keyboard dan vokal yang berhasil mewujudkan suasana ambient dalam alunan muziknya.

Jelas sekali dari judul lagunya, ia merupakan lagu yang mempunyai peringatan positif buat pendengar dan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Meskipun berunsur rock, ia mempunyai korus yang mudah dan senang menjadi ikutan jika didengar berkali.

 

‘Forget Me’ oleh An Honest Mistake, Reckless Escapades dan Maruxa Lynd 

Setelah percubaan mereka mengubah haluan muzik menerusi single ‘Never Feel The Same’, kumpulan An Honest Mistake kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Forget Me,’ sebuah kolaborasi muzik bersama kumpulan Reckless Escapades dan Maruxa Lynd.

Peralihan An Honest Mistake daripada pop punk ke modern rock yang lebih berat dengan tema lirikal menggambarkan kematangan dan perspektif baharu dalam karya-karya mereka.

Ditulis berdasarkan pengalaman salah satu ahli kumpulan, ‘Forget Me’ menceritakan tentang cinta yang tidak berbalas dan masalah ketidakpercayaan terhadap seseorang. 

“Dalam dunia hari ini, sukar untuk benar-benar mengetahui niat seseorang di sebalik apa yang dikatakan, terutamanya dalam hubungan cinta. Menerusi lagu ini, kami ingin menggalakkan sesiapa yang sedang menghadapi hubungan bermasalah untuk melepaskan diri daripada kitaran tersebut.

“Jika kita tidak keluar daripada hubungan tersebut, ia akan memusnahkan jiwa dan membuatkan kita menderita berpanjangan. Jadi, ia wajar buat kita melakukan yang terbaik buat diri sendiri agar tidak berasa terus terperangkap dan sedih. 

“Keputusan itu terletak pada diri sendiri dan hanya kita sahaja yang boleh menentukan hala tuju kehidupan,” kata An Honest Mistake.

Susunan muzik lagu ini pada penulis adalah lebih progresif daripada karya-karya sebelumnya, malah menampilkan kemampuan mereka untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik.

Alunan setiap instrumen yang digabungkan juga menghidupkan lagi karya ini dan memberikan ia jiwa tersendiri. - Getaran, 29 April 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

2

Indie 1 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

3

Muzik 1 tahun yang lalu

“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 23 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 18 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 15 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran