web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

Menceburi dunia penciptaan lagu, Syahmi mengakui perlu menampilkan sisi berbeza memandangkan ramai bakat-bakat baharu muncul setiap hari mencuba nasib di dalam industri.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 8:15PM

Dua tahun menyepi tanpa naskhah terbaharu, penyanyi muda Syahmi Irfan keluar daripada hiatus panjangnya dengan sebuah lagu hasil ciptaannya sendiri - Gambar ihsan Indigital Music

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua tahun menyepi tanpa naskhah terbaharu, penyanyi muda Syahmi Irfan keluar daripada hiatus panjangnya dengan sebuah lagu hasil ciptaannya sendiri. 

Mengakui gementar pada awalnya, namun pemilik nama sebenar Muhammad Syahmi Irfan Mohd Nadzri merasakan ini adalah peluang dan masa terbaik untuk lagu ciptaannya berjudul 'Lagi-Lagi Sayang' bertemu khalayak.

“Memang pada dasarnya saya amat gementar menantikan maklum balas daripada peminat memandangkan lagu ini diciptakan sendiri oleh saya. Namun dari satu segi, saya gembira apabila lagu ini mendapat persetujuan pihak pengurusan untuk merakamkannya.

“Sudah tentu saya gembira dan berharap ‘Lagi-Lagi Sayang’ akan mendapat sambutan baik daripada semua seterusnya membawa nama Syahmi Irfan untuk lebih dikenali di dalam industri hiburan tanah air,” kata Syahmi yang pernah tampil dengan lagu 'Mungkir' sebelum ini.

Mengakui ramai bakat-bakat baharu muncul setiap hari mencuba nasib di dalam industri, Syahmi perlu mempunyai kelebihan serta keunikan tersendiri untuk lebih menonjol menerusi penciptaan lagu dan lirik.

Bercerita mengenai ‘Lagi-Lagi Sayang’ pula, Syahmi sudah merakamkan lagu ini pada Mac yang lalu manakala video lirik pula telah disiapkan tiga bulan selepas itu
Bercerita mengenai ‘Lagi-Lagi Sayang’ pula, Syahmi sudah merakamkan lagu ini pada Mac yang lalu manakala video lirik pula telah disiapkan tiga bulan selepas itu

“Kebanyakan penyanyi baharu yang muncul semuanya datang dengan potensi yang pelbagai dan saya juga perlu ada ‘sesuatu’ untuk lebih dikenali ramai. Sebab itu saya perlu berusaha keras untuk ke hadapan,” tambahnya. 

Bercerita mengenai ‘Lagi-Lagi Sayang’ pula, dia sudah merakamkan lagu ini pada Mac yang lalu manakala video lirik pula telah disiapkan tiga bulan selepas itu.

Mendapat sentuhan Rudy Nastia selaku penerbit rakaman, lagu ciptaan Syahmi dan lirik hasil nukilan Syahmi dan SMSM itu berkisahkan tentang sebuah perhubungan yang tidak kesampaian namun pada akhirnya masing-masing perlu bahagia tanpa sengketa.

Dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober lalu disemua platform digital, video lirik 'Lagi-Lagi Sayang' boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music
Dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober lalu disemua platform digital, video lirik 'Lagi-Lagi Sayang' boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music

“Semua orang pernah atau akan melalui alam percintaan. Ada yang kekal, ada juga sebaliknya. Tidak perlu bersedih jika berakhir dengan perpisahan kerana itu merupakan sebuah perjalanan dan pengalaman hidup,” kata anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini lagi.

Dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober lalu disemua platform digital, lirik video lagu ini boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music. - Getaran, 27 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

2

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Sheila Majid Dedikasi Lagu, Hadiah Istimewa Buat ‘Frontliners’

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN