web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


It’s Over: Curahan Hati Ezra Kairo

Ezra tidak mahu hanyut dalam emosi, kini mempertaruhkan buah tangan terbaharunya untuk berbahagi kesedihan bersama para peminat.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun usianya masih muda, penyanyi bernama Ezra Kairo telah membuktikan bahawa karya muziknya layak diberi perhatian. Menempa nama lewat platform TikTok dan YouTube, penyanyi ini sudah berjaya mengumpul lebih sejuta penstriman di Spotify sejak debutnya di lapangan muzik.

Untuk pengetahuan semua, Ezra mula meledak di media sosial semasa bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020. Siapa sangka video adunan semula lagu-lagu hit dan muzik ciptaanya mampu menarik perhatian ramai peminat daripada negara-negara seperti Afrika Selatan, India, Brunei, Rusia, Mauritius, Maldives, Singapura dan Indonesia.

Digelar sebagai Adele versi lelaki oleh ramai pengguna TikTok kerana sering menyanyikan lagu patah hati, penyanyi ini kini mempertaruhkan buah tangan terbaharunya berjudul ‘It’s Over’.

“Sebenarnya lagu ini mula ditulis setahun lalu tanpa apa-apa motif atau ‘backstory’. Namun, hanya disiapkan tahun ini kerana berdepan dengan masalah percintaan sendiri. 

“Sejujurnya single ini menggambarkan gabungan perasaan kehilangan dan kekecewaan terhadap seseorang. Saya tidak lagi mahu terus hanyut dalam emosi dan berfikir inilah cara terbaik untuk berbagi kesedihan tersebut. 

“Saya rasa ramai yang pernah lewati senario ini dalam kehidupan dan boleh rasa dekat dengan lagu ini,” katanya. 

Menurut Ezra, muzik ibarat satu medium yang boleh membantunya bangkit dan melupakan perkara yang menyedihkan.

"Muzik adalah sebuah eskapisme dan cara saya mengalihkan apa saja rasa yang tidak enak dalam hati. Ia seakan sebuah ruang untuk berkongsi curahan hati agar dapat berdamai dengan fikiran saya.

“Justeru itu, saya mula berjinak-jinak dalam muzik dua tahun lalu secara serius kerana berasa itulah salah satu cara yang mampu memberi ‘empowerment’ pada diri sendiri,” katanya. 

Menariknya, Ezra yang lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai penyanyi 'underground' sudah memiliki lima buah lagu berbahasa Inggeris di Spotify. Berhasil memikat hati ramai penggemar muzik dengan suara yang merdu dan nuansa muzik menenangkan, setiap karya yang dipertaruhkan mempunyai sentuhan tersendiri.  

“Matlamat saya sebagai seorang pemuzik adalah untuk menghasilkan sesuatu yang mampu menghubung para pendengar dengan situasi kehidupan. Saya mahu muzik saya menjadi peneman buat mereka terutama pada saat-saat sedih dan getir. Oleh itu, setiap lagu diselitkan dengan kata-kata yang mampu membakar semangat sesiapa yang mendengarnya,” jelasnya. 

Berkongsi lebih tentang pengaruh muziknya, Ezra berkata bahawa dia memandang tinggi pemuzik-pemuzik seperti XXXTentacion, Chris Brown, Boyz II Men, dan Bryson Tiller.

“Saya lebih suka mencipta muzik yang menggabungkan pelbagai genre kerana ia dapat menghasilkan suatu bunyi yang lebih unik dan lain daripada yang lain. Justeru itu, saya sering mengadunkan unsur-unsur R&B klasik dan alternatif serta hip-hop ke dalam karya saya. 

“Mungkin ramai yang tidak tahu, saya jenis orang yang berani dan sentiasa bersedia untuk mencabar dirinya untuk keluar dari zon selesa. Malah sentiasa optimis untuk tampil dengan karya-karya bernuansa baharu dan segar. 

“Salah satu genre muzik yang saya mahu ceburi pada masa yang akan datang adalah country. Nada lagu-lagu tersebut sangat menenangkan malah membuatkan saya larut dalam suasana lagu tersebut dan mewujudkan rasa bahagia yang tidak terkata,” tambah lagi Ezra. 

Single terbaharu Ezra Kairo, ‘It’s Over’ kini boleh didengar di semua pelantar muzik seperti Spotify dan Apple Music.- Getaran, 6 Mei 2022

Semua gambar: Tongtong Asia

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN