Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘FlightOH665’ : Pengalaman Unik The Peachskins

Setelah setahun menyepi, The Peachskins memberanikan diri dengan membawa satu gerakan radikal bagi pelancaran EP terbaharu mereka ‘Are You Okay?’

Indie Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 4:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin anda pernah melihat poster-poster yang sedang membanjiri internet dan jalan raya di Kuala Lumpur. Pemasaran gerila kugiran The Peachskins bukanlah sesuatu yang ‘biasa’ malah sudah menarik perhatian orang ramai termasuk beberapa portal berita.

Setelah setahun menyepi, kumpulan ini memberanikan diri dengan membawa satu gerakan radikal bagi pelancaran EP terbaharu mereka, Are You Okay?

Kumpulan yang dianggotai oleh tiga ahli iaitu Rafique Ramleh (vokalis utama), Shahid Rogers (DJ dan penerbit) dan Faheem Amir (pemain drum) kini menarik nafas lega kerana akhirnya dapat mengeluarkan muzik yang mereka percaya dan mahukan.

“Ketika kami memulakan kumpulan ini kami baharu sahaja keluar sekolah dan tidak tahu hala tuju kami sebagai sebuah kumpulan. Karya-karya yang dikeluarkan juga tidak mencerminkan identiti kami yang sebenar kerana hanya menghasilkan lagu-lagu yang digemari orang ramai.

“Namun semua itu berubah setelah melalui pahit dan manis kehidupan. Kami berasa sudah tiba masanya untuk mengubah arah dalam aliran muzik agar dapat mengembangkan lagi bakat sekali gus menarik minat lebih ramai penggemar muzik.

“Kini, kami tampil lebih matang dan berani untuk menyentuh isu-isu yang berat dalam karya kami,” kata Rafique.

Meskipun bermula dengan muzik bergenre indie funk, The Peachskins tetap optimis dengan keputusan mereka walau apa jua rintangan yang harus dihadapi. 

“Sesiapa yang mengenal karya-karya kami yang sebelumnya mungkin dapat menangkap bahawa EP ini mempunyai gaya yang sedikit beza. Kami tidak lagi fokus pada lagu-lagu ‘trending’ atau apa yang digemari orang ramai. 

“Yang penting buat kami adalah mesej yang dilontarkan. Kami tidak mahu lagi menjadi ‘people pleasers’, tapi ingin menjadi ‘tastemakers’ dalam industri muzik, tambahnya lagi.

Sedar bahawa generasi kini sedang berdepan dengan banyak masalah kesihatan mental, The Peachskins berasa terpanggil untuk bertanya khabar kepada orang ramai lewat EP ini.

“Pertanyaan seperti ini sering menjadi tanda tanya dalam diri setiap insan. Sekali dengar, para pendengar boleh membuat konklusi bahawa EP ini memberi penekanan pada kesihatan mental.

“EP Are You Okay? ini bukan sekadar koleksi lagu. Bagi ‘menghidupkan’ pengalaman itu, kami mencipta idea ‘FlightOH665’, sebuah penerbangan misteri tanpa destinasi yang membawa para pendengar melalui sebuah pengalaman.

“Kami berasa terpanggil untuk menghasilkan muzik yang mampu menggalakkan para pendengar untuk melihat diri mereka lebih dalam dan bertanya kepada diri sendiri adakah mereka benar-benar okey.

“Kebelakangan ini terlalu banyak perkhabaran duka terpampang dalam berita yang memberi kesan negatif pada psikologi ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi muda. Ini termasuklah kami. Siapa sangka hampir dua tahun kita akan hidup sebegini.

“Dengan ketidaktentuan ini, ramai mula meragu dan mempersoalkan kreadibiliti diri dalam mencapai apa-apa matlamat. Malah ramai turut berasa burnt-out.

“EP ini ditulis dengan perasaan yang jujur bagi menggambarkan apa yang kami rasakan sepanjang dua tahun ini. Ia tidak dicipta bagi tujuan ‘promosi’ atau untuk menarik perhatian warga TikTok. 

“Jadi kami berharap agar lagu-lagu ini dapat menjadi medium untuk mereka yang sedang berdepan dengan masalah untuk berkongsi emosi dengan orang terdekat dengan sejujurnya,” kata Shahid.

Menariknya, laman web rasmi The Peachskins juga diubah suai dan direka khas buat pelancaran EP Are You Okay?.

“"Rekaan laman web kami ini telah dirancang secara terperinci dari awal perancangan EP ini. Semuanya direka untuk menepati tema dan aspirasi kami sebagai sebuah kugiran,” jelas Rafique. 

Menurut The Peachskins, projek muzik kali ini merupakan antara yang paling mudah untuk dihasilkan. 

"Sejujurnya, tiada satu pun lagu yang sukar untuk ditulis kerana semuanya ikhlas dari hati kami. Malah, ketujuh-tujuh lagu ini siap dalam tempoh beberapa minggu sahaja dan merupakan buah tangan yang paling cepat dan mudah untuk diciptakan.

“Setiap hari Ahad, kami akan bertemu selama lima jam dan kami akan menghabiskan sejam pertama untuk membincangkan tentang isu sosial, kehidupan dan inspirasi kami pada minggu tersebut. Bagi kami, hari Ahad adalah untuk The Peachskins berkongsi idea dan kreativiti. Dengan rutin ini kami mula berfikir luar kotak dan menemui suara sebenar kumpulan kami,” ujar Faheem mengakhiri temu ramah. 

The Peachskins berharap agar lebih ramai orang dapat memberi sokongan yang berterusan kepada para penggiat seni lokal agar seni tanah air dapat berkembang dengan lebih maju.

EP terbaharu The Peachskins berjudul Are You Okay? kini boleh didengar di semua pelantar muzik seperti Apple Music dan Spotify. – Getaran, 22 April 2022

Berita Berkaitan

1

Indie 1 tahun yang lalu

Berita Muzik Indie Minggu Ini!

2

Indie 1 tahun yang lalu

It’s Over: Curahan Hati Ezra Kairo

3

Indie 1 tahun yang lalu

Berita Lagu Indie Minggu Ini

4

Indie 2 tahun yang lalu

'NCIG' Tampil Sisi Berbeza The Nabil Nazmi Trio

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 23 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 11 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21