web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'NCIG' Tampil Sisi Berbeza The Nabil Nazmi Trio

TNNT membuka lembaran baharu dengan menyuntik nuansa Disco Blues yang lebih segar dan catchy.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 6:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah membuka persembahan 'Festival Blues Valley Jam' anjuran Tempatan Fest, nama kugiran The Nabil Nazmi Trio (TNNT) bukanlah calang-calang dalam senario muzik blues tempatan.

Bagi membuka lembaran baharu, kugiran ini mengambil langkah untuk memperbaharui karya mereka dengan bunyi yang lebih segar dan catchy. Kini tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul, ‘NCIG’ TNNT membuktikan kemampuan mereka untuk melakar nama dalam industri muzik.

Meskipun ada perubahan dari segi tempo dan groove dalam karya terbaharu ini, namun TNNT tetap mengekalkan gitar solo yang melambangkan trademark mereka. Penulisan lirik disebalik ‘NCIG’ juga tidak berat malah penyampain mesejnya mudah difahami. 

“Lagu ‘NCIG’ mengisahkan tentang merpati dua sejoli yang bercinta namun sentiasa mengutamakan rokok elektronik sebagai peneman harian berbanding satu sama lain.

"Lagu ini terhasil berdasarkan pemerhatian kami terhadap generasi masa kini. Ramai daripada kita lebih mementingkan barangan daripada orang tersayang. Tak salah, tapi kita perlu mengutamakan apa yang kekal dan apa yang tidak,” jelas Nabil Nazmi, vokalis utama kumpulan ini.

Sebelum ini TNNT hanya menghasilkan lagu-lagu yang berat dengan elemen blues rock, namun single kali ini menunjukkan keberanian mereka untuk keluar daripada zon selesa.

“Lagu ini bergenre ‘disco blues’ dan lebih kedengaran seperti funk berbanding blues. Ia lebih rancak, catchy dan kontemporari berbandingkan karya-karya kami sebelum ini. 

Setelah berkecimpung dalam bidang ini hampir sedekad, kami berasa sudah tiba masanya untuk mempelbagaikan muzik kami dengan bunyi yang lebih menarik.

Kami menyedari bahawa tak ramai anak muda yang menghargai genre ini. Oleh itu ia adalah langkah terbaik untuk memperkenalkan genre blues kepada golongan yang lebih muda,” katanya.

Menurut Nabil, mereka banyak mengambil inspirasi daripada ikon-ikon blues dan rock seperti John Mayer, Jimi Hendrix, Stevie Ray Vaughn dan ramai lagi dalam hasil karya mereka. 

“Disebabkan cara petikan gitar John Mayer merupakan inspirasi utama kami, sudah tentu akan ada persamaan dari segi susunan muzik. Namun, kami masih mengekalkan originaliti dengan memberi sentuhan tersendiri pada bahagian vokal dan penulisan lirik.

“Kami sangat memandang tinggi bakatnya kerana dia antara artis yang banyak mempengaruhi dan membentuk identiti kami sebagai pemuzik.

“Kebanyakan lagu kami menceritakan tentang hubungan percintaan dan persahabatan kerana ia adalah dua tema yang difahami dan cukup dekat dengan masyarakat,” tambahnya mengakhiri bicara.

Single terbaharu The Nabil Nazmi Trio berjudul ‘NCIG’ kini boleh didengar di Youtube dan Spotify. - Getaran, 15 Mac 2022

Gambar: The Nabil Nazmi Trio

Berita Berkaitan

1

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Muzik Indie Minggu Ini!

2

Indie 4 tahun yang lalu

It’s Over: Curahan Hati Ezra Kairo

3

Indie 4 tahun yang lalu

Berita Lagu Indie Minggu Ini

4

Indie 4 tahun yang lalu

‘FlightOH665’ : Pengalaman Unik The Peachskins

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN