web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bihzhu Menghidupkan Kembali Keajaiban ‘Chendering’

Lagu klasik karya legenda muzik tempatan, Jimmy Boyle, diberi nafas baru oleh Bihzhu. Syahdu dan indah alunan suara dan muziknya!

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 4:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dulu kami pernah menemu ramah Bihzhu tentang situasi semasa dan kehidupan sebagai pemuzik di era pandemik, tetapi kali ini ia berbeza sedikit. Dalam wawancara ini, Bihzhu telah berkongsi tentang projek muzik terbarunya berjudul ‘Chendering’ dan sejarah di sebalik penglibatannya dalam penghasilan lagu ini.  

Walaupun sudah enam belas tahun hadir di arena seni tempatan, ‘Chendering’ merupakan single bahasa Melayu pertamanya.

Bihzhu berkata, “Selama ini ramai yang menyuruh saya menulis dan menerbitkan lagu-lagu bahasa Melayu tetapi saya tidak pernah berpeluang untuk melakukannya.

“Setelah sekian lama, saya akhirnya dapat mengatakan bahawa lagu ini adalah single bahasa Melayu pertama saya. Saya amat bangga dan berpuas hati dengan hasil susunan muzik lagu ini.” 

Mungkin ramai tidak tahu perkara ini, tetapi lagu ‘Chendering’ merupakan lagu klasik karya legenda muzik tempatan, Jimmy Boyle yang telah dihasilkan beberapa dekad yang lalu. Jadi, apa keistimewaan lagu ini sehingga memikat hati Bihzhu untuk menyusun dan menyanyikannya semula?

Menurut Bihzhu, “Beberapa tahun yang lepas saya berpeluang untuk membuat persembahan di ‘The Penang Island Jazz Festival’. Di sana saya berjumpa dengan Paul Augustin yang ketika itu mempunyai idea untuk mendokumentasikan muzik Malaysia. 

“Melalui idea ini, Paul mula menganjurkan pameran gambar-gambar pemuzik dari tahun 1930-an hingga 1950-an. Kemudian, projek ini menjurus kepada penerbitan sebuah buku berjudul Just For The Love Of It’. Saya bersyukur diberi kesempatan dan turut terlibat dalam penghasilan buku ini dari sudut penyelidikan.

“Hampir setiap hari saya akan pergi ke Arkib Negara dan membaca surat khabar dari tahun 30-an hingga 60-an. Peranan saya adalah untuk mengumpul data tentang mana-mana pemuzik Pulau Pinang yang disebut di dalam surat khabar dan majalah.

“Semasa proses penyelidikan, barulah saya sedar bahawa ilmu saya mengenai sejarah muzik masih cetek. Lalu, saya bertekad untuk lebih memahaminya dan dari sini saya dapat mengenali lebih dalam tentang Jimmy Boyle dan lagu ‘Chendering’.”

Sebenarnya lagu ini sudah lama dirakam dan disimpan namun, Bihzhu memutuskan untuk mengeluarkannya pada masa yang tepat.

“Saya selalu mengikut kata hati dan bukan seorang yang suka memaksa diri dan keadaan. Saya mampu membuat perancangan awal tetapi jika masanya tidak sesuai, saya tidak akan memaksanya,” katanya.

Meremang bulu roma bila kami tatkala mendengar lagu ini kerana alunan muzik dan juga suara Bihzhu cukup syahdu.

Bihzhu berkata  “Ramai orang ingat lagu ini mudah dinyanyikan tetapi sebenarnya susah. Antara cabarannya adalah dari sudut teknikal kerana susah untuk menyanyikan note yang tepat sambil menghayati lagu tersebut.

“'Chendering' boleh dikatakan memberi perasaan berhantu kepada pendengar. Saya tidak tahu makna yang mendasari lagu ini.

“Tetapi, ia boleh diibaratkan begini, seorang perempuan yang terperangkap dalam waktu dan sedang menunggu kekasihnya yang tidak kunjung datang.

“‘Cover art’ yang dilukis oleh Merissa Victor juga membawa peranan yang besar dalam mengangkat semangat lagu ini dan membawa sesiapa yang mendengarnya ke ‘suatu’ tempat. 

“Apa yang menarik tentang lagu ini adalah ia tidak mempunyai satu interpretasi yang tepat. Justeru, saya menganggapnya sebagai salah satu lagu yang indah dan benar-benar jatuh cinta dengannya.”

Kepada yang berminat, anda juga boleh melihat persembahan lagu ini oleh Bihzhu bersama James Boyle (anak kepada Jimmy Boyle) secara virtual reality di ruang interaktif galeri Penang House of Music di Pulau Pinang.

Bihzhu juga menyatakan harapannya untuk lagu ini. “Sejujurnya saya merasakan bahawa nama-nama seperti Jimmy Boyle perlu diketahui oleh orang ramai.  Jadi, saya harap generasi muda dapat diberi inisiatif secukupnya untuk memelihara hasil seni dan khazanah muzik negara. Ini termasuklah gubahan lagu-lagu tradisional masyarakat kita agar ia tidak hanyut dalam zaman teknologi ini dan dapat menjadi rujukan generasi akan datang.

“Selain itu, saya berharap agar susunan semula lagu ini dapat menyumbang kepada warisan Jimmy Boyle dan membuat lebih ramai orang mengenalinya,” ujarnya.

‘Chendering’ kini boleh didengari di pelbagai platform muzik seperti Spotify, YouTube dan iTunes. – Getaran, 14 May 2021

Semua gambar: Ihsan Bihzhu, diambil oleh All Is Amazing

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN