Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bihzhu Terus Bernafas Dengan 'Alive'

Kami tersenyum lebar selepas menonton video muzik terbaharu Bihzhu untuk lagunya yang bertajuk 'Alive.' Apakah kisah sebenar di sebalik lagu ini?

Indie Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 1:06PM

Sampul 'single' digital 'Alive' rekaan Olivia Ariferiani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berilhamkan situasi semasa COVID-19 dan pandemik yang menjarah dunia sejak tahun lepas, Bihzhu seorang penyanyi-penulis lagu telah mengeluarkan single terbaharunya ‘Alive’ pada 15 Januari yang lalu. Kehadiran single ini sedikit sebanyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar sebagai manusia. Kadangkala, kita harus berhadapan dengan situasi yang menggembirakan atau sebaliknya.

“Sebenarnya, lagu ini banyak membantu dalam mendorong saya untuk terus kuat dan rasa bersyukur dengan sekecil-kecil perkara yang membawa kepada rasa bahagia. Secara realistiknya, kita sebagai manusia tidak akan dapat lari daripada sifat ingin berputus asa apabila keadaan tidak memihak kepada kita. Saya sendiri mendengar single ini berulang kali! Dengan cara ini, ia dapat memangkin kembali harapan saya. Oleh itu, saya harap agar aura lagu ini dapat dikongsikan bersama mereka di luar sana juga,” ujar Bihzhu. 

Muzik video ‘Alive’ pula dilancarkan selepas hampir seminggu single ini tersedia di kesemua aplikasi muzik. Secara keseluruhan, konsep video muzik ini melambangkan kehidupan seharian kita di norma baharu. Ia bersifat jujur dan dekat dengan penonton serta pendengar. Istimewanya pada kali ini, Bihzhu membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada proses pembikinan muzik video ini. Hanya dalam satu hari sahaja selepas pengumuman dibuat, kuota penyertaan sudah pun mencukupi.

“Selepas berbincang dengan pengarah dan penyunting, saya inginkan semua orang turut serta dalam penghasilan muzik video ini supaya ia menjadi sebuah kolaborasi bersama kesemua lapisan masyarakat. Hasilnya, pelbagai rakaman aktiviti harian telah dikumpulkan untuk menyalurkan mesej penting di sebalik muzik video ini iaitu tidak kira betapa payah dugaan yang hadir dalam hidup ini, pasti ada sedikit cahaya dan kebahagiaan di dalamnya. Oleh itu, kita perlu menerokai cahaya yang ada di dalam diri kita.”

Menyingkap perjalanan seni Bihzhu di kala pandemik yang semakin meruncing ini, beliau sempat berkongsi tentang cabaran yang dilaluinya. Semua yang terjadi tetap tidak akan memudarkan semangatnya. Beliau juga menegaskan biarpun sudah sekitar 16 tahun berada di arena muzik, namun perasaan teruja itu masih kekal sama sebagaimana ketika beliau mula melangkah dahulu.

Bihzhu. Gambar: All Is Amazing
Bihzhu. Gambar: All Is Amazing

“Saya menganggap bakat ini adalah anugerah yang tiada ternilai dari Tuhan, jadi saya akan terus giat dalam menghasilkan karya-karya saya walau apa pun yang terjadi. Cuma sekarang, saya perlu berfikir dengan lebih kreatif, kritikal dan mendalam. Bukan itu sahaja, hikmah dari pandemik ini, saya dapat menemui pelbagai kemahiran baharu yang membantu dalam proses penghasilan karya saya!” ujarnya dengan begitu teruja.

Bihzhu yang aktif melakukan persembahan di pelbagai festival muzik di luar negara seperti Australia, Korea Selatan, Indonesia, China, dan India ini mengungkapkan rasa rindu beliau untuk membuat persembahan di hadapan peminatnya.

“Buat masa ini, saya tidak terlintas langsung untuk keluar membuat persembahan di luar negara. Kalau diberi peluang untuk beraksi di mana-mana platform tempatan pun saya sudah cukup gembira sehingga tidak dapat tidur malam!”

Untuk perancangan tahun ini, Bihzhu akan menghasilkan sesuatu yang agak berbeza dengan apa yang dibawa dalam lagu-lagu sebelum ini. Beliau berharap agar peminat dapat menerima karyanya yang pelbagai, hasil ekspresi kreativiti dirinya.

Akhir kata, Bihzhu mahukan semua penggiat seni tanah air untuk terus bertahan dan mengutamakan kesihatan, keluarga dan diri sendiri. “Buat apa yang perlu anda buat. Kalau rasa susah untuk fokus kepada muzik, kita perlu fokus kepada apa yang lebih utama. Jangan risau kerana di mana pun kita berada, muzik akan sentiasa menemani kita.” - Getaran, 5 Februari 2021

Gambar: All Is Amazing
Gambar: All Is Amazing

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Selebriti 11 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 19 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 15 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis