web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menerokai Jalinan Budaya Dan Muzik Bersama Ky Den

Dendang R&B mendamaikan oleh Ky Den meresap ke sanubari.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 12:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri muzik tanah air kita yang tidak pernah sepi dari melahirkan artis-artis berkaliber akan bertambah meriah dengan kehadiran pendatang baharu R&B kelahiran Bumi Kenyalang, Ky Den.

EP sulung berjudul Damai yang dihasilkan sendiri oleh anak seni dari Kuching ini mengandungi lima buah lagu dan menawarkan sebuah persepsi yang unik dan segar kepada pendengar melalui gabungan elemen perkusi tradisional dan synthesizer moden. 

Damai membawa pendengar mengembara ke dunia tersendiri yang tercipta dengan lamunan romantis lenggok irama, sekali gus membuktikan bahawa karya-karya seni tidak perlu mengetepikan budaya mahupun tradisi.

Ky Den menimba inspirasi daripada artis-artis pujaannya seperti Mac Ayres, D’Angelo dan Moses Sumney lantas menghasilkan signature sound beliau yakni gabungan rentak lo-fi yang dilengkapi dengan vokal indah dan menenangkan. 

Ky Den sebenarnya sudah pernah berkolaborasi dengan rakan-rakan seperjuangan seperti Guccimith dan Zhe Kamil. Kali ini, beliau memilih untuk berkolaborasi bersama Ezzat Zaidan dari Drophouse dan mengajaknya untuk menerajui projek filem pendek Damai.

Filem pendek ini lahir dengan sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak. Difilemkan di lokasi-lokasi seperti Damai Beach Resort, Nanga Damai, Damai Central dan Sarawak Cultural Village, ia menjadi seperti ‘coretan visual’ kepada EP yang bertajuk sama. 

Filem Damai mengungkap kisah Magnus (watak yang dipegang oleh Ky Den) dan Iris di Kepulauan Borneo. Lima coretan lagu dari EP yang dimuatkan di dalam filem pendek ini adalah ‘Damai, ‘Alone’ (digubah bersama Zee Avi), ‘Magnus,’ ‘Akin’ dan ‘Iris.’ Pada trek terakhir, ‘Iris,’ anda akan dapat mendengar bait-bait lirik lagu rakyat terkenal, 'Puteri Santubong' yang didendangkan indah oleh sahabat baik Ky Den yang juga berasal dari Kuching, Sasha Ningkan

Anak seni ini yang sudah mengukir nama di Kuching sudah bersedia untuk bersaing di pasaran urban Kuala Lumpur. Pastinya kehadiran Ky Den akan mewarnai dan menyerikan lagi industri muzik tanah air.

EP digital ‘Damai’ sudah boleh didapati di semua platform digital. - Getaran, 5 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa