web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lamar Kekasih Guna Lagu, Kyoto Protocol Hadiahkan ‘Best I Ever Had’

Apabila lagu ini siap, Sang Vokalis membuat kejutan dengan menjadikan ‘Best I Ever Had’ sebagai sebahagian daripada acara lamaran kepada kekasihnya awal tahun ini.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 7:59PM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kembali daripada rumpang tahun lalu, kumpulan Kyoto Protocol mengekalkan momentum mereka dengan mempertaruhkan single pertama mereka tahun ini bertajuk ‘Best I Ever Had’.

Nampaknya ia bukan lagu biasa, ada drama dan cerita yang menarik dikongsikan empat orang ahli kumpulan ini mengenai sejarah penciptaan lagu ‘Best I Ever Had’.

Kalau menyentuh dari aspek teknikal, ‘Best I Ever Had’ membawa pendengar ke era kemunculan kumpulan ini apabila menggabungkan rentak alternative rock dan pop punk yang pernah dipilih dalam lagu-lagu hit mereka sebelum ini seperti ‘KL I Love You’. 

Kali ini, aliran muzik mereka lebih segar apabila rentak rancak begini digandingkan pula dengan lirik dan melodi yang ceria, manis dan romantik pada masa yang sama.

Cerita bagaimana lagu ini terhasil juga tidak kalah menariknya.

Fuad Alhabshi, ketua kumpulan merangkap vokalis Kyoto Protocol diminta oleh kekasihnya untuk menuliskan sebuah lagu untuknya. Lagu-lagu kugiran ini sebelumnya banyak menceritakan tentang hubungan Fuad dan kekasih-kekasih lamanya.

Bagi memenuhi hasrat wanita istimewa ini, Fuad menciptakan ‘Best I Ever Had’ sebagai hadiah.

Bukan itu sahaja, apabila lagu ini siap, Fuad membuat kejutan dengan menjadikan ‘Best I Ever Had’ sebagai sebahagian daripada acara lamaran Fuad kepada kekasihnya awal tahun ini.

Kini, mereka berkongsi lagu ini kepada khalayak yang bakal diperdengarkan bermula 16 Jun 2022. Mana tahu, anda pula boleh menggunakan lagu yang sama untuk melamar sesiapa.

Terdahulu, Kyoto Protocol pernah berehat daripada menghasilkan muzik selama tiga tahun. Namun pada tahun lalu, kumpulan ini kembali mengubati rindu peminat dengan dua buah single iaitu ‘Nothing Lasts Forever’ dan ‘Faded Lights’. - Getaran, 10 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Lelaki Didakwa Hari Ini

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Naufal Azrin Mengakui Sudah Berpunya, ‘Sorok’ Kekasih Demi Jaga Privasi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nurul Syuhada Dedah Apa yang Hafidz Roshdi Lakukan Dengan 'Si Penyondol'

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Isteri Dan Seorang Lelaki Dituduh Bunuh Suami

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad