web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Lelaki Didakwa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 7:07AM

Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata bekas penuntut kolej itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar minggu lepas akan didakwa pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata bekas penuntut kolej itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada menjadi punca seorang pelayan restoran maut selain dikelar di perut sebelum mayat mangsa dibakar oleh teman lelakinya.

Pada 24 Mei lepas, Agus Salim dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, berkata suspek yang berusia 20 tahun telah membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dengan wanita itu dan bertindak memukul kepalanya sehingga pengsan.

Beliau berkata suspek kemudian menikam mangsa menggunakan pisau dapur serta menoreh perut wanita berusia 21 tahun itu sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali semula ke lokasi kejadian keesokan harinya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat tersebut sekali lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad