web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naufal Azrin Mengakui Sudah Berpunya, ‘Sorok’ Kekasih Demi Jaga Privasi

Jelas, pelantun lagu Casablanca itu, bahkan merahsiakannya dengan tidak berkongsi sebarang kisah cinta dalam media sosial kerana ingin menjaga privasi kekasih.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 7:52PM

Naufal tidak akan kongsi secara terperinci mengenai hubungan cintanya itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun mengakui hatinya sudah dimiliki seorang wanita buat masa kini, penyanyi Naufal Azrin, 24, masih enggan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Menurut Naufal, biarpun dia mendedahkan status hubungannya, dia tidak akan kongsi secara terperinci mengenai hubungan cintanya itu.

“Sejujurnya saya tidak ingin dedahkan sebab saya tidak suka orang tahu mengenai diri dan orang sekeliling saya.

“Buat masa ini, saya lebih suka jaga privasi dan begitu juga dengan wanita yang saya sedang menjalinkan hubungan cinta,” jawabnya ringkas.

Naufal berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar Big Stage musim kelima (BS5) yang menyaksikan dia menjadi peserta dalam program Astro tersebut secara solo.

Jelas, pelantun lagu Casablanca itu lagi, bahkan dia juga  tidak akan berkongsi sebarang kisah cinta dalam media sosial kerana ingin menjaga privasi kekasihnya  itu.

“Saya sorok (kekasih) dalam media sosial kerana tidak mahu orang mengganggu dia. Dia juga tahu saya artis, jadi secara tidak langsung dia akan dikenali dan diganggu.

“Namun, kalau terjumpa saya bersama dia di mana-mana, saya tetap akan mengaku sahaja,” ujar Naufal.

Sebelum ini, timbul desas-desas tentang hubungan istimewa Naufal dan pasangan duetnya dalam lagu Casablanca, Nuha Bahrin apabila dilihat akrab sejak karya tersebut mencipta populariti.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan berita tersebut dan menganggap hubungan akrab antara mereka tidak lebih seperti adik-beradik sahaja.

Selain Naufal, beberapa penyanyi muda lain seperti Isaac Voo, Puteri Khazeera, Dem Lepak Boys, Aufaheni, kumpulan wanita Coex, Putera Muhammad, Nadeera, Meer Nash dan Firdaus Rahmat turut menyertai BS5. - Getaran, 21 April 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Lelaki Didakwa Hari Ini

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 – Juri Singkirkan Isaac Voo Kerana Ingin Menjaga Maruah, Beri Imuniti X kepada Naufal Azrin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nurul Syuhada Dedah Apa yang Hafidz Roshdi Lakukan Dengan 'Si Penyondol'

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN