web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rindu, Kenangan Dan Harapan Dalam ‘Nothing Lasts Forever’ Kyoto Protocol

Tak ada yang abadi, jadi kenapa tidak hargai segala pengalaman dan kenangan yang ada sekarang, seperti yang disarankan 'single' terbaharu Kyoto Protocol ini.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 5:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan Kyoto Protocol merupakan kugiran tempatan yang telah mula popular sekitar awal tahun 2009 menerusi lagu ‘Gimme Nothing’. 

Sejak itu, mereka banyak membuat persembahan di dalam dan luar negara. Antara yang boleh dibanggakan adalah terpilih untuk membuat persembahan pembukaan bagi kumpulan antarabangsa, MGMT dan ia merupakan pendedahan pertama mereka di atas pentas besar.

Baru-baru ini, kumpulan ini ‘keluar gua’ dengan single terbaharu bertajuk ‘Nothing Lasts Forever’ selepas album terakhir mereka, The Pen is Mightier tiga tahun lalu. 

Kami sempat menemu ramah Fuad Alhabshi selaku ketua kumpulan Kyoto Protocol secara eksklusif. Dalam wawancara ini Fuad telah berkongsi tentang lagu terbaru keluaran mereka dan beberapa perkara lain. 

Bagaimana tercetusnya idea untuk menulis single ini?

Penghasilan lagu ini merupakan satu eksperimen peribadi yang dilakukan dengan amat teliti terutamanya dalam proses penulisan lirik. 

Idea untuk tajuk lagu ini tercetus semasa saya sedang mendengar lagu kontemporari dan pada saat yang sama rasa bimbang, memikirkan keadaan industri muzik. 

Apakah mesej yang ingin disampaikan dan harapan Kyoto Protocol buat single ini?

Saya membesar dengan mendengar lagu-lagu kumpulan muzik hebat dan ikonik seperti Pearl Jam, Soundgarden, Stone Temple Pilot dan Nirvana. 

Walaupun mereka boleh dikatakan sebagai kumpulan klasik, namun mereka menjadi sumber inspirasi yang telah membentuk diri saya. 

Lirik lagu ini berkisarkan tentang penghargaan kami kepada para pemuzik yang telah pergi buat selamanya. Pada kami inilah satu cara untuk meluahkan rasa terima kasih kepada mereka kerana banyak memberi pengajaran tentang ‘morality’ dan cara pemikiran yang lebih matang, kritikal dan kreatif. 

Kami berharap agar generasi muda lebih menghargai dan mencontohi semangat para pemuzik ini dalam apa jenis cabaran yang dilalui dalam kehidupan.

Tambahan pula, kami turut berharap single ini mendapat sambutan positif walaupun industri muzik dan seni negara kita masih terkesan dengan impak pandemik COVID-19. 

Adakah perkembangan teknologi semasa dapat mengubati rasa rindu bertemu dengan peminat baharu dan memberi kesan positif?

Sebelum adanya aplikasi muzik mudah alih dan platform penstriman, saya selalu merakamkan lagu yang dipasang di radio ke dalam kaset. Ini menjadi satu cara untuk mengenali lagu baharu dan mengikuti perkembangan band dan penyanyi kesukaan saya. 

Jadi dengan adanya platform seperti Spotify, Apple Music dan sebagainya, kami dapat menyebarkan lagi muzik ke merata pelosok dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, India dan Taiwan serta berkenalan dengan peminat baharu di sana.

Misalnya, media sosial banyak membantu kami untuk terus berkongsi dan menghasilkan content yang tidak semestinya berkaitan dengan muzik. 

Bagi meraikan ulang tahun ke-10, kami telah menghasilkan sebuah album live dengan menggunakan rakaman konsert dan sebuah rockumentary (dokumentari muzik) berjudul Ten untuk menandakan peristiwa penting ini. 

Bahkan ia menjadi salah satu cara untuk terus berhubung dengan peminat secara dalam talian dan memberi sesuatu untuk mereka nanti-nantikan. 

Daripada Ten, kami telah mendapat sokongan hebat daripada warganet dan meraih 7,000 pengikut baharu di YouTube. 

Apakah yang mendorong Kyoto Protocol untuk terus berkembang dan pernah tak berhadapan dengan cabaran yang membuatkan anda hentikan perjalanan?

Sejujurnya, 12 tahun ini telah berlalu dengan sangat pantas. Kami tidak menyedari sudah lama kami bertapak dalam industri ini. Mungkin sebab kami membahagikan masa antara kerja harian dan muzik. 

Walaupun terdapat beberapa detik yang melukakan terjadi semasa siri jelajah, ia membuat kami selalu berfikir mengapa kami membuat muzik. Melihat kepada sambutan peminat, kami rasa berbaloi untuk teruskan dan ia tak langsung rasa seperti sedang bekerja.

Single terbaru Kyoto Protocol, ‘Nothing Lasts Forever’ boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple Music. 

Layari laman web rasmi atau media sosial mereka di Instagram, Twitter dan Facebook untuk mengetahui berita terkini. – Getaran, 18 Jun 2021

Semua gambar: Kyoto Protocol


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

2

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

3

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

4

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

5

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

6

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad