web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TapauKon! : Misi TapauAsia Membina Ekosistem Komuniti Indie

TapauKon! bakal menghimpunkan penggiat seni bebas pelbagai disiplin di bawah satu bumbung.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Antara 'hikmah' pandemik COVID-19, ramai mula menghargai interaksi dan hubungan sesama manusia. Sedar atau tidak, penjarakkan sosial akibat penularan virus ini telah memisahkan masyarakat, malah membuatkan kita rasa ‘berjauhan’. 

Meskipun dunia belum pulih sepenuhnya, ramai bersemangat untuk mengeratkan semula silaturahim dan membina komuniti yang positif serta progresif.  

Dengan semangat ini, TapauAsia berasa terpanggil untuk menganjurkan sebuah konvensyen, TapauKon! bagi mewujudkan sebuah ekosistem komuniti seni bagi independent scene tanah air. 

Percaya bahawa kovensyen ini bakal menghubungkan lebih ramai penggiat seni bebas dari pelbagai industri, Ahmad Faris selaku wakil TapauAsia Sdn. Bhd. berkata, “Sama seperti hidup, scene ini adalah satu ekosistem yang perlu dijaga. 

“Kebergantungan dan perkongsian antara satu sama lain adalah penting untuk membentuk satu ekosistem yang sihat buat semua penghuninya.

“Konvensyen ini bukan sekadar menghimpunkan para pemuzik dan artis tetapi menyatukan pembikin filem, media dan artis seni kolektif dalam satu bumbung untuk belajar, meneroka dan berhubung bersama.

“Kami sedar bahawa scene bebas di Malaysia terdiri daripada ramai orang hebat. Justeru itu, kami ingin membina sebuah ekosistem yang mampu memberi sokongan yang berterusan buat mereka. 

“Pada masa yang sama, mereka juga dapat membincangkan masalah yang dihadapi agar dapat mencari solusi yang tepat dan efektif bagi mengelakkannya terus berulang. 

“Sejujurnya, ramai daripada kita mengulang kesilapan yang sama. Ya, macam mana tidak, jika kita tidak bersuara dan berkongsi perihal masalah tersebut.

“Jadi, tujuan konvensyen ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan membina jaringan agar kita boleh maju ke hadapan, daripada sebuah scene yang sedang berkembang kepada sebuah ekosistem yang mampan.

“Ibarat peribahasa Melayu 'bersatu teguh bercerai roboh', TapauAsia percaya bahawa komuniti indie akan lebih kukuh jika berganding bahu. 

“Konvensyen ini bukanlah sebuah gig semata-mata. Ia lebih kepada sesi lepak santai sesama para penggiat seni. Program dan aktiviti yang dijalankan juga bersifat interaktif di mana para peserta boleh bertukar-tukar idea dan pendapat bersama para panelis. 

“Kami ingin semua belajar dan menimba ilmu serta pengalaman daripada sesi perkongsian tersebut agar kita sama-sama menambah baik diri kita. 

“Walaupun acara sebegini merupakan sesuatu yang baharu buat kita, namun kita percaya ia sangatlah berguna untuk semua. Tambahan pula, komuniti yang kukuh adalah penting untuk mengangkat industri seni Malaysia,” jelasnya.

Menariknya, selain aktiviti perbincangan dan sesi perkongsian, TapauKon! turut mengadakan sesi bengkel, tayangan filem dan juga persembahan dari beberapa pemuzik hebat.

“Kami melihat scene ini semakin berkembang, malah ramai mula menerima pandangan baharu dan mendepani perubahan. Oleh itu, kami memilih topik-topik yang relevan dengan generasi kini. 

“Barisan panelis pula dipilih daripada seniman yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. We want representations from different sides and sounds of the scenes. Ini juga masanya untuk mereka berkongsi serta merungkai rahsia di sebalik kejayaan mereka kepada semua.

“Dengan ini, kami berharap agar semua dapat melihat kepentingan berkomuniti. Tambahan pula semoga segala pengalaman dan pengajaran yang diperolehi dapat memberi manfaat dalam memajukan scene ini dan membawa kita ke tahap yang lebih baik daripada sekarang,” kata Faris mengakhiri temu bual bersama Getaran.

Setiap pembelian tiket yang berharga RM60 ini akan mendapat akses kepada semua aktiviti dan persembahan. Ini termasuk makan tengah hari dan malam buat dua hari dan TapauKon! kit. 

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TapauKon!, anda boleh melayari laman web rasmi TapauAsia. - Getaran, 18 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 4 tahun yang lalu

Gelora Seni Seorang Seniman Bernama Mohd Jayzuan

2

Indie 4 tahun yang lalu

TAPAUfest Manifestasi Semangat Juang Pengkarya Indie

3

Indie 5 tahun yang lalu

Persoalan, Perasaan Dan Puisi. Kenali ‘Hawa Brehi’ Jack Malik

4

TARA 5 tahun yang lalu

Salut Rindu Buat Kartunis Tembakau

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.