web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Salut Rindu Buat Kartunis Tembakau

Sebuah 'boxset' menerbitkan kenangan lama dan rasa rindu buat Mohd Jayzuan kepada kartunis ternama, Tembakau.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 9:00AM

Mohd Jayzuan bersama kartunis Tembakau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuhan, rahmatilah saudaraku. 

Sebelum Ramadan, boxset ‘Kartini: Memori’, sebuah Koleksi Karya Monumental Tembakau terbitan Komik-M tiba di rumah. Hadiah daripada kawan baik saya, Sefa yang berada jauh di Hiroshima.

Sefa tahu betapa saya gilakan karya kartunis yang dikira antara terbaik Malaysia pernah punya ini.

Boxset 'Kartini'
Boxset 'Kartini'

Dalamnya mengandungi sebuah buku kulit keras menghimpunkan karya ‘Kartini’, ‘Kartini Kembali’, ‘Kartini Akhirnya? (Finale)’, manuskrip awal ‘Kartini, surat-surat cinta Tembakau’, skrip Kartini the Movie dan beberapa bahan yang tak pernah diterbitkan.

Memang terbitan ini memberi keinzalan maksima. Terubat rindu, terawat blues, terukir nostalgia menghadamnya. Saya menyantuni pakej ini bagaikan jejaka perawan yang kudus. 

Selain ‘Kartini’, kumpulan cerita ‘Love Story’ karya semuka Tembakau yang sering keluar di majalah komik juga telah saya baca-hadam sedari usia hijau.

Karya-karyanya dekat dengan saya kerana wataknya yang lebih terasa real dan bukan seperti watak utama di kebanyakkannya cerita-cerita lain yang sentiasa menjadi hero dan hebat sepanjang masa. Watak utama hasil Tembakau tak perfect membuatkan ianya perfect

Menikmati boxset ini, hati kuat berdebar saat kotaknya saya buka, tangan sedikit menggeletar dan kepala terimbas segala babak-babak yang akan dilawati semula dalam bentuk terbitan baru.

Babak-babak yang semasa remaja saya baca menikam-nikam sanubari dan merengut rasa. Imej-visual yang pernah meninggalkan kesan mendalam pada emosi. Kartini merasuk macam hantu! 

Bahan-bahan dalam boxset 'Kartini'
Bahan-bahan dalam boxset 'Kartini'

Bukan saja itu, turut berlegar dalam memori adalah kenangan bersama Tembakau yang sudah arwah meninggalkan dunia banal ini pada 18 Jun 2018. Tak ramai yang tahu saya (kadangkala) agak dekat dengan arwah. 

Selepas pertama kali membaca ‘Kartini’ semasa remaja dulu, saya mempunyai keinginan yang kuat mahu berjumpa dengan kartunisnya. Tidaklah saya tahu bagaimanakah caranya untuk impian saya itu tertunai.

Saya seorang budak kampung di ceruk Simpang Pulai dan dia entah di mana. Ini sebelum zaman sosial media meletus. Saya tekadkan cita-cita wajib berjumpa Tembakau walaupun apa nak jadi. Tak kira. 

Satu hari alamat emelnya dijumpai, saya hantarkan satu kiriman yang tak lama selepas itu dibalas. Terloncat-lolong kegembiraan saya menerima emel tersebut walaupun balasannya ringkas. 

Tahun demi tahun, saya melibatkan diri dalam dunia seni-budaya dengan lebih serius, mencipta nama sendiri dan bikin kerja-kerja seni terutama muzik. Ingatan terhadap Tembakau sekali-sekala sering datang, impian ingin mengenalinya tak pernah padam. Macam orang angau gila bayang! 

Keajaiban adakalanya terjadi, di acara seni-budaya Frinjan pada tahun 2009 peluang bertentang mata dengan beliau hadir setepek di depan muka.

Saya seolah kembali menjadi remaja sekolah tak tentu arah saat tahu keberadaan beliau di situ. Tanpa malu, dengan berbekal muka tebal tembok saya menyapanya dan di situlah persahabatan kami mula terjalin. Masih saya simpan baju yang dia conteng-autografkan pada hari itu sebagai tanda kami akhirnya bertemu. 

Baju diautograf Tembakau sebagai tanda pertemuan
Baju diautograf Tembakau sebagai tanda pertemuan

Sejak hari itu, kadangkala kami mengopi. Bertukar-tukar idea pandangan dan saya sekali-sekala merisik rahsia-rahsia.

Beliau seorang yang merendah diri sungguhpun tahu saya menghormati dan melihat dirinya tinggi. Tak pernah sekalipun berlagak kerek atau sombong dan inilah nilai yang buatkan saya selesa menjadikan persahabatan kami lebih intim. 

Tahun 2010, saya secara tak sengaja mempunyai karier baru, sebagai penulis setelah Sang Freud Press (salah satu penerbitan sastera alternatif terawal Malaysia dibikin Sufian Abas) menerbitkan buku sulung saya, ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’.

Lakaran komik grafik ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ oleh Tembakau
Lakaran komik grafik ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ oleh Tembakau

Buku tersebut laris dan kami mula merencanakan projek baru untuk memanjangkan momentum karya tersebut. Sufian dan saya mula rakus dan tamak haloba nampak bayangan rumah atas bukit. 

Tanpa malu dan segan saya bertanya pada Tembakau jika sudi mengkartunkan ‘28 Hari’ menjadi komik grafik. Beliau bersetuju dan selepas mengadakan beberapa perbincangan arwah mula melakar beberapa visual.

Lakaran komik grafik ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ oleh Tembakau
Lakaran komik grafik ‘28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll’ oleh Tembakau

Perlu dimaktubkan bahawa projek ini D.I.Y sepenuhnya dan kami tak menjanjikan beliau emas atau permata mahupun ayam kampung seekor dua. 

Ada satu dugaan dalam menyiapkannya, beliau perlu membahagikan masa antara projek kami dan kerja-kerja cari-makannya yang perlu diutamakan yang mana saya fahami dan tiada masalah.

Kemudian dunia menghadam kami, Sufian lupa, dia lupa dan saya turut lupa. Projek tersebut entah terbenam ke laut mana tetapi kami tetap melepak bersama. Setiap kali melepak saya akan merasa surreal dan rasa hormat tak pernah padam. Meluangkan masa bersama Tembakau sering mendatangkan ketawa dan kemeriahan. 

Antara satu faktor penting menjadikan titik utama kami boleh berkimia apabila sama-sama taksubkan lagu ‘Black’ oleh Pearl Jam. 

I know someday you’ll have a beautiful life, I know you’ll be a star in somebody else’s sky, but why?’ Saya ingat-ingat lupa kami pernah nyanyikan baris ini bersama saat-saat mula berkawan dulu. 

Arwah juga orang pertama buat saya terpana dengan sisi cool Saidina Umar Al-Khattab apabila meletakkan quote sang Amirul Mukminin itu di kulit komik grafik ‘Kartini’ terbitan pertama. 

‘Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari.’ 

Lukisan 'watercolour' Mohd Jayzuan oleh Tembakau
Lukisan 'watercolour' Mohd Jayzuan oleh Tembakau

Kali akhir kami bertemu pada 17 April 2016 semasa beliau pulang ke Padang Rengas lalu mencuri masa turun ke Ipoh bertemu saya di Khizanat dan beberapa bulan selepas itu saya mendapat penghormatan sekali lagi pada 12 November 2016 apabila beliau muat naik satu lukisan potret watercolour wajah saya yang dihasilkannya di sosial media. 

Kemudian, kami tak berhubung. Entah kenapa. 

Sehinggalah satu hari yang pedih saya mendapat khabar sahabat kita semua yang baik Tembakau a.k.a Azhar bin Ahmad sudah tiada.

Al-Fatihah.

- Getaran, 2 Mei 2021

Semua gambar: Arkib Mohd Jayzuan

MOHD JAYZUAN seniman beragam-disiplin, pengasas kolektif artis; Projek Rabak dan hab budaya; Khizanat. Sentiasa Simpang Pulai.

Isu Pada

Membelah Suara Uyaina Arshad

01 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini