web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TAPAUfest Manifestasi Semangat Juang Pengkarya Indie

Penganjurnya, TAPAUasia, berfikir di luar kotak dan bertindak berani demi menghidupkan semula aktiviti seni tempatan dan serantau. Festival muzik ini pasti menghiburkan!

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 4:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memaksa ramai pengkarya seni bergelut menyesuaikan diri dengan tuntutan norma baharu demi kelangsungan hidup.

Namun, situasi ini telah menanamkan semangat dalam diri mereka untuk terus berjuang memastikan kelangsungan scene muzik independent di rantau Asia Tenggara.

Semangat jitu ini menjadi teras penganjuran TAPAUfest yang menawarkan pengalaman festival secara maya dalam usaha menyemarakkan semula aktiviti seni.

Untuk pengetahuan semua, festival yang dianjurkan oleh TAPAUasia ini mula membuat debut pada tahun 2014 dan terkenal sebagai festival crowdfund pertama di Malaysia serta terbesar di Asia Tenggara.

Bertujuan untuk membentuk sebuah komuniti indie Asia Tenggara, TAPAUasia percaya bahawa festival kali ini bakal menghubungkan lebih ramai pencinta muzik indie.

Apatah lagi bila ia menghimpukan tiga buah negara serantau iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan tema ‘lifeislive’.

“Kami sedar bahawa pandemik ini telah mewujudkan jarak ketara antara satu sama lain. Jadi, kami ingin menyediakan ruang agar ramai dapat bersantai, tenangkan fikiran dan meraikan cinta terhadap muzik bersama. 

“Kami merasa sudah tiba masanya untuk menghidupkan kembali TAPAUfest buat semua. Dengan ini kita dapat menyatukan dan mengukuhkan lagi jalinan komuniti SEA,” kata Ahmad Faris, Pengarah Konsert dan wakil TAPAUasia Sdn. Bhd.

Pada masa yang sama, festival ini turut mencipta kerjasama dalam kalangan pekerja muzik, terutamanya mereka dalam scene indie.

“Dengan dana yang diberi, kami dapat memberi lebih daripada 100 peluang pekerjaan kepada komuniti kreatif yang sebelum ini terpaksa berhempas-pulas meneruskan kehidupan.

“Lokasi persembahan di setiap negara memiliki konsep tersendiri dan direalisasikan oleh produksi tempatan masing-masing- Qun Films (Jakarta), MonoMonday (Singapura) dan Krom Studio (Malaysia).

“Semua persembahan akan ditayangkan secara ‘real time’. Justeru itu, penonton bakal merasai pengalaman sebenar menonton aksi secara langsung pemuzik dari tempat rakaman yang ditetapkan di negara masing-masing. Ini kerana kami ingin mencipta pengalaman dan suasana seakan festival fizikal,” jelas Faris.

The Panturas dan Fleur
The Panturas dan Fleur

TAPAUfest tahun ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu persembahan muzik (Pentas), peluang mempelajari kemahiran baharu (Bengkel) dan tayangan perdana dokumentari (Layar).

Segmen Pentas bakal mengetengahkan pelbagai genre muzik, termasuk wakil wanita dari setiap negara.

Barisan artis indie hebat yang tersenarai termasuk Sore, The Panturas, Zee Avi, Subsonic Eye, Gard Wuzgut, FLEUR ! dan ramai lagi. Kumpulan Sore juga akan mempersembahkan sebuah persembahan kejutan bersama dua tetamu istimewa yang hanya akan diperkenalkan ketika mereka beraksi nanti.

Zee Avi
Zee Avi

“Mereka juga digalakkan untuk berkongsi cerita dan berinteraksi bersama para peminat menerusi livechat yang disediakan,” tambahnya.

Selain itu, akan ada juga tayangan perdana dokumentari ‘Ipoh City Slackers’ oleh Nik Syazwan dan Zim Ahmadi, yang berkisar tentang scene muzik indie di Ipoh.

Force Vomit. Gambar: Bobby Dread
Force Vomit. Gambar: Bobby Dread

“Disebabkan kami ingin membuat festival ini interaktif, kami juga menyediakan tiga bengkel bagi memeriahkan lagi suasana termasuklah, bengkel yang akan dikendalikan oleh Bear, vokalis kumpulan metal Malaysia, Defoulters, yang akan menunjuk ajar mengenai teknik scream dan growl, bengkel grafiti bersama Boon Baked dan pertunjukkan memasak sarapan ringkas oleh pemuzik Indonesia, Gogon.

“Bukan itu sahaja, kami turut mengundang Iedil Dzuhrie Alaudin (Iedil Putra) dan Sharifah Amani sebagai hos untuk festival siaran langsung ini,” ujarnya. 

Iedil Dzuhrie Alaudin dan Sharifah Amani. Gambar: Aki Uehara
Iedil Dzuhrie Alaudin dan Sharifah Amani. Gambar: Aki Uehara

Di samping itu, TAPAUfest turut menawarkan cenderahati unik yang direka khas oleh GrimmyGranny dan dihasilkan oleh Bogus Merchandise.

"Penghasilan cenderahati bukan sekadar untuk kenangan. Sebaliknya, kami mahu ia menjadi sebahagian daripada pengalaman TAPAUfest. Kali ini, kami mengeluarkan seluar pijama dengan setiap pembelian Kombo SEMPOI tapi ia hanya terhad kepada 100 unit.

Harga tiket bagi festival ini bermula dari RM30 hingga RM360. Bersama kombo tiket yang berbeza, anda juga akan mendapat majalah TAPAUfest yang merangkumi panduan festival, artikel tulisan Fikry Fadzil, Adly Syairi Ramly dan ramai lagi, resipi mudah, buku mewarna dan permainan teka silang kata. 

“Majalah ini adalah cara untuk berinteraksi bersama pengunjung festival walaupun secara maya. Mereka juga boleh memenangi hadiah menarik dengan memuat naik hantaran di media sosial,” tambahnya lagi.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh melayari laman web rasmi TAPAUfest atau Instagram dan Twitter mereka untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai festival ini. - Getaran, 15Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.