Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Persoalan, Perasaan Dan Puisi. Kenali ‘Hawa Brehi’ Jack Malik

Pencarian asal usul telah membawa Jack Malik menemui lebih banyak persoalan serta pertanyaan dan dari situ timbullah, 'Hawa Brehi'.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 3:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiga bahagian seni-video kumpulan puisi Jack Malik yang diberi judul Hawa Brehi bakal ditayangkan di atas talian iaitu melalui Facebook dan saluran YouTube Projek Rabak.

Dimulakan dengan bahagian pertamanya pada 5 Jun jam 9 malam, Hawa Brehi ini diteraju oleh Jack Malik dan artis undangan Fasyali Fadzly. Bahagian kedua dan ketiga bakal menyusul pada minggu-minggu berikutnya. 

Hawa Brehi ialah sebuah karya kumpulan puisi Jack Malik, yang diterbitkan bersama Projek Rabak dan P.O.R.T Ipoh melalui Dana Kreatif Perak.

Sebelum ini, Jack Malik telah mengeluarkan dua buah buku puisi dan Hawa Brehi sepatutnya menjadi buku ketiga beliau. Namun kemelut pandemik menangguhkan penerbitan buku tersebut.

Walaupun begitu, penangguhan ini tidaklah sia-sia. Projek Rabak mengambil kesempatan ini mengisi ruang-ruang kosong sementara menunggu Hawa Brehi dalam bentuk buku diterbitkan. Mereka telah memilih beberapa puisi yang terhimpun lalu menghasilkan seni-video sebagai inisiatif membina momentum buku.

Jack juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada PUSAKA, yang telah menjemput beliau menyertai lawatan ke Besut pada Februari 2020 di mana lawatan tersebut telah memperkayakan lagi pengalamannya untuk menghasilkan Hawa Brehi; manuskrip ini merupakan projek bersama mereka.

 

Apa Sebenarnya 'Hawa Brehi'?

Apakah maksud ‘Hawa Brehi’? Menurut Jack, Hawa Brehi secara umumnya tiada maksud tertentu. Terang Jack, “Ia lebih kepada saya bermain dengan maksud kedua-dua kata ‘Hawa’ dan ‘Brehi.

“Seperti yang kita faham, ‘hawa’ bermaksud udara, ia juga boleh jadi nafsu. ‘Hawa’ juga perempuan (seperti Nabi Adam dan Siti Hawa). ‘Hawa’ dalam bahasa Arab boleh bermaksud cinta mahupun angin. Seorang penyair Sudan-Amerika, Safia Elhilo, telah teroka hal ini dalam sebuah sajaknya.

“‘Brehi’ pula adalah loghat Kelantan, bermaksud ‘suka’ atau ‘gemar’. Menariknya, ia mempunyai ‘bunyi’ yang sama dengan ‘berahi’ tetapi ia bukan berahi, melainkan kita anggap berahi boleh bermaksud menyukai sesuatu/seseorang sampai ke tahap yang melampau.”

Beliau menyambung, “Saya perlu berterima kasih kepada Allahyarham Rahimidin Zahari, dengan bukunya Laut Tujuh Gelombang Buih dan Allahyarham Roslisham Ismail a.k.a Ise, dengan bukunya Langkasuka.

“Kedua-dua karya ini telah membangkitkan sesuatu yang terpendam dalam diri saya, iaitu persoalan-persoalan tentang asal usul kita, keturunan kita – bukan dari pandangan yang sempit mahupun mencari jawapan yang nyata tetapi lebih kepada menyantuni pertanyaan-pertanyaan yang semakin dewasa, semakin ia timbul semula pada permukaan.

“Dan pertanyaan itu datang dalam bentuk kerinduan dari mana asal mak ayah saya (Kelantan) bercampur dengan di mana saya membesar (Perak). Hawa Brehi terpaling ringkas adalah perjalanan saya mencari asal usul saya, tetapi sebaliknya menemui lebih banyak pertanyaan dan persoalan.”

Gambar: Farah Aiman Azhar
Gambar: Farah Aiman Azhar

 

'Hawa Brehi' Sebagai Seni-Video

Jack yang pertama kalinya berkolaborasi bersama  pemuzik Fasyali Fadzly, artis seni visual Ranerrim dan artis seni persembahan Meor Hailree menyatakan fokus persembahan Hawa Brehi ini adalah lebih kepada perjalanan seni. 

“Sebagai seorang penyajak, lebih-lebih lagi sebagai orang seni, saya percaya saya harus teroka ruang yang lebih luas dan tidak semata-mata terpengap dalam bilik sastera. Kalau ada mesej yang saya ingin sampaikan pun, barangkali untuk mengubah pandangan atau tanggapan masyarakat terhadap orang Kelantan.

“Sememangnya, orang Kelantan mempunyai reputasi tertentu namun saya berharap kita juga tidak lupa sisinya yang berbudaya, yang lebih manusiawi.

“Harapan saya dengan Hawa Brehi tidak lain tidak bukan untuk kita, seluruh warga Semenanjung dan Malaysia Timur untuk menulis lebih ‘pekat’ lagi tentang asal usul kita.

“Saya tahu, Malaysia Timur sudah ada, seperti Kulleh Grasi dengan naskahnya Tell Me, Kenyalang. Ini tidak termasuk penyair-penyair terdahulu yang juga menulis tentang dari mana mereka berasal, tetapi untuk penyair sekarang saya inginkan dalam skala yang lebih tumpat dan besar.

“Saya ingin melihat banyak lagi kumpulan puisi bersendirian yang menulis ‘surat cinta’ untuk pekan atau kampung halaman mereka. Kita perlu raikan lebih banyak penghormatan sebegini, tentang asal usul kita yang baik di desa mahupun urban,” jelas Jack dengan panjang lebar.

Gambar: Farah Aiman Azhar
Gambar: Farah Aiman Azhar

Sasaran utama penonton Hawa Brehi adalah mereka yang terlibat dalam bidang sastera dengan harapan ia dapat mencetus sesuatu dalam diri mereka, lantas lebih ingin meneroka bukan sahaja seni masing-masing tetapi tema dan isi yang lebih berbunyi seperti tempat asal mereka daripada menghasilkan karya yang bersifat hegemoni. 

Tambah Jack, “Selain orang sastera, para penonton daripada disiplin berlainan turut dialu-alukan. Filem, seni visual, muzik – saya harap dengan Hawa Brehi ini kita boleh berkolaborasi lebih lanjut untuk projek di masa hadapan.” 

Mohd. Jayzuan, selaku pengarah seni-video Hawa Brehi menjelaskan, “Hidangan utama karya ini sudah tentu puisi-puisi Jack Malik.

“Kemudian kawan-kawan dalam kolektif kami seperti Mohamad Lutfi menyunting dan mereka poster, A.R. Shah pula menyelesaikan hal-hal pengurusan dan saya sendiri menyibuk sebagai pengarah dan menentukan imej dan mood bagaimana hendak disajikan kepada khalayak.”

“Saya berbincang dengan Jack untuk memutuskan seniman-seniman undangan yang kami mahu jemput buat merespon kepada puisi-puisinya dan kami memilih Fasyali Fadzly, Meor Hailree dan juga Ranerrim. Ketiga-tiga mereka ini berbeza karakter dan masing-masing sudah fasih di lapangan mereka sendiri,” sambung Mohd. Jayzuan lagi. 

Garis panduan rentas negeri yang dikeluarkan oleh kerajaan merombak perancangan asal penggambaran seni-video Hawa Brehi. Mohd. Jayzuan terpaksa mengubah konsep asal kepada sesuatu yang minimal tetapi masih mengekalkan estetik fesyen, eksentrik, aneh, ‘offbeat’, warna-warna menyilau dan terang yang beliau gemar. 

“Cara rakaman yang kami lakukan ialah, saya meminta Jack menyiapkan bacaan tiga buah puisi, dengan latar dan fesyen berbeza lalu rakaman itu saya pilih dan hantar pula kepada tiga orang seniman jemputan untuk merespon kepada karya Jack dengan cara mereka sendiri.

“Apabila saya terima pula rakaman daripada seniman undangan, saya cuba cantum dan jahitkan mengikut kesesuaian yang saya rasa cocok. Ia sebuah kerja eksperimental.

“Malahan kesemua artis dan seniman sendiri masih belum menonton video mereka, semua hanya akan menontonnya apabila ditayang di atas talian kelak,” jelas Mohd. Jayzuan.

Hasilnya menurut Mohd. Jayzuan, “Masih pop, tetap segar dan memberi suntikan baru buat sastera Malaysia.”

Projek Rabak merupakan sebuah kolektif artis multidisiplin, ditubuhkan di Ipoh sejak 2011 dan melibatkan bukan sahaja para seniman ataupun artis, malahan cikgu tuisyen, pekerja stesen minyak, pelajar kolej dan sekolah serta bermacam lagi.

Tanggal Januari 2021 lalu, genap 10 tahun tertubuhnya kolektif ini dan mereka sedang mengusahakan penghasilan sebuah buku mendokumentasikan liku-liku kolektif sepanjang 10 tahun tersebut. 

Kepada semua pencinta bahasa dan puisi yang inginkan kelainan dari segi interpretasi dan pendekatan, jangan lupa menonton Hawa Brehi di talian melalui saluran YouTube dan Facebook Projek Rabak pada jam 9 malam 5 Jun ini. - Getaran, 4 Jun 2021

Semua gambar, kecuali tertera: Ihsan Projek Rabak, Jack Malik & Mohd. Jayzuan

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

3

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

4

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

5

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

6

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

Pasangan ini menamakan puteri mereka dengan nama Rhea Akira

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Syamel Nafi 'Kikis' Dagu Untuk Kelihatan Runcing 

Menurut Syamel, sebagai seorang yang takut jarum, tidak mungkin dia melakukan prosedur pembedahan kosmetik semata-mata untuk kelihatan kurus

oleh Helmi Anuar

Selebriti 21 jam yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

oleh Wartawan Hiburan Getaran