web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#SolidaritiKeffiyeh: Selendang Yang Membaluti Luka Palestin

Wanita Modanisa di seluruh dunia bersatu untuk membantu mangsa keganasan di Palestin.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 9:10AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Modanisa - platform e-dagang untuk fesyen sopan pertama Turki - baru-baru ini melancarkan satu kempen pengumpulan dana bagi mangsa keganasan di Palestin dan menyeru agar semua pelanggannya supaya memberi sumbangan untuk membantu rakyat Palestin yang tertindas.

Hasilnya, lebih daripada 10,000 selendang Modanisa bercorak Keffiyeh, motif khas Palestin telah terjual secara dalam talian di seluruh dunia untuk membantu ribuan rakyat Palestin yang cedera tersebut, malah turut mampu membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Segala keuntungan yang diperoleh daripada jualan selendang ini akan disumbangkan secara langsung ke Palestin untuk tujuan perubatan, rawatan, makanan, air, keperluan asas dan juga produk-produk keperluan bagi perlindungan COVID-19 kepada mangsa-mangsa berkenaan.

Usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama bersama Kumpulan Antarabangsa Wafaa di Palestin, yang merupakan ahli jawatankuasa UN ECOSOC. Wafaa mempunyai pasukan-pasukannya di Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem bagi menggerakkan bantuan kemanusiaan yang diperlukan.

“Kami menerima sokongan dari 140 buah negara meliputi lima benua dan ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada mereka semua yang memberi sumbangan dan menjayakan kempen pengumpulan dana ini.”

“Sambutan amat memberangsangkan dan masih lagi meningkat sejak pelancarannya pada 3 Jun 2021. Wanita-wanita Modanisa, jauh dan dekat telah menghulurkan bantuan dan bersatu untuk membantu penduduk-penduduk Palestin yang amat memerlukan bantuan sekarang.”

“Jenama kami juga berusaha untuk mendorong kaum wanita untuk menyokong usaha murni ini bagi melahirkan komuniti yang cintakan kedamaian dan penyayang di seluruh dunia,” ucap Samim Sürel, Pengarah Pemasaran dan Jenama Modanisa. 

Kempen ini masih lagi diteruskan, dengan anggaran sasaran kutipan berjumlah RM415,000 bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka.

Terdahulu, Modanisa memulakan kempen ini dengan memberikan sumbangan berjumlah kira-kira RM41,000, disusuli dengan sumbangan kali kedua berjumlah RM 124,000.

Ia adalah tambahan jumlah dana yang dikumpulkan hasil sokongan orang ramai dari serata dunia dengan membeli selendang Modanisa bercorak Keffiyeh ini.

Inisiatif ini ialah program tanggungjawab sosial yang bermatlamat untuk memperkasakan golongan wanita tanpa mengira warganegara bagi membantu mereka yang memerlukan.

Di samping itu, sumbangan berasingan turut diberikan melalui LaunchGood, satu platform amal yang bekerjasama dengan Modanisa bagi mengumpul dana bagi Palestin. 

Membeli dan bergaya sambil beramal, untuk menyokong dan membeli selendang Modanisa bercorak Keffiyah ini, layari MODANISA.COM. – Getaran, 6 Julai 2021

Semua gambar: Modanisa

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan