Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Coretan Sarjana Dari Kota Istanbul : Bahagian 1

Sebuah angan-angan yang akhirnya menjadi kenyataan. Tuhan memang Maha Mendengar. Mari baca tulisan penyumbang kami tentang pengalamannya menjadi pelajar sarjana di Istanbul, Turki.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 11:27AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya sering memasang angan-angan untuk mengembara ke negara lain dan mempelajari budaya baharu dan juga mempelajari bahasa asing. Saya juga bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi yang boleh dicapai.

Tuhan itu Maha Mendengar. Dia campakkan saya di kota asing yang penuh sejarah ini dengan pakej penuh, untuk meneruskan pelajaran, mempelajari bahasa baharu serta mengembara ke negara asing. 

Siapa sangka kota Istanbul, yang penuh dengan karakter tersendiri telah menjadi rumah kedua saya selama 6 tahun. Ternyata angan-angan bisa menjadi kenyataan.

Cerita saya bermula sekitar awal tahun 2015, saya baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang kewartawanan daripada universiti tempatan dan saya juga diambang dilema sama ada meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya atau membina kerjaya di Malaysia.

Dalam proses membuat keputusan, saya banyak membaca mengenai pelbagai topik bagi mengisi masa lapang selepas graduasi. Dalam banyak-banyak bahan bacaan saya amat tertarik akan sejarah kota Konstantinopel. 

Gambar: Despina Galani, Unsplash
Gambar: Despina Galani, Unsplash

Daripada kehebatan tentera pimpinan Fatih Sultan Mehmet dalam menawan kota Konstantinopel daripada pemerintahan Rom-Byzantin ke empayar kerajaan Uthmaniyah.

Perasaan ingin tahu dalam diri saya sangat kuat dan saya meneruskan pembacaan mengenai sejarah Istanbul dan terus mencari informasi lebih lanjut mengenai negara penuh sejarah, bukan sahaja di Kota besar Istanbul malah setiap genap negara Turki penuh dengan ukiran sejarah lampau dari zaman peradaban Mesopotamia lagi. 

Saya sangat terinspirasi daripada pembacaan saya sehingga saya berangan untuk mengunjungi Turki untuk melihat dengan mata kepala sendiri akan peninggalan sejarah dari beratus-ratus tahun dahulu.

Ibu saya turut maklum akan angan-angan saya sampaikan saya bertanya kepada beliau akan pendapatnya jika saya melanjutkan pelajaran ke Turki.

Beliau terkejut dengan pertanyaan saya dan bertanya sama ada universiti di Turki yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Soalan yang sangat penting, namun ini adalah sesuatu yang saya akan ceritakan pada siri akan datang. 

Gambar: Fatih, Unsplash
Gambar: Fatih, Unsplash

Pada masa yang sama saya juga telah memulakan proses untuk memohon pekerjaan kerana ketika itu saya tidak betah duduk di rumah sahaja.

Saya menemui pekerjaan sebagai pembantu pengurus di sebuah bank tempatan. Dalam kesibukan bekerja, menyesuaikan diri di tempat baru, mempelajari bidang baharu saya berhenti membaca mengenai Turki buat seketika sehingga saya terjumpa iklan biasiswa penuh daripada kerajaan Turki untuk semua tahap pengajian.

Saya amat teruja dan tanpa melengahkan masa, saya terus memohon untuk menyambung pengajian dalam ijazah sarjana dalam bidang kewartawanan dan memilih Universiti Istanbul sebagai pilihan pertama. 

Dalam beberapa minggu selepas itu, saya dijemput untuk menghadiri sesi temu duga oleh pihak kedutaan Republik Turki di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Saya masih ingat lagi, malam sebelum temu duga saya cuba untuk mempelajari satu dua perkataan mudah dalam bahasa Turki seperti 'Terima Kasih' dan pada waktu itu saya sedar yang Bahasa Turki sangat asing bagi saya dan saya tidak pernah didedahkan dengan bahasa yang sebegini.

Ketika sesi temuduga, terdapat 4 orang panel yang melontarkan pelbagai soalan untuk melihat kelebihan setiap calon, waktu saya melangkah masuk ke dalam bilik temuduga, akibat terlampau gemuruh terus saya lupa bagaimana untuk mengucapkan kata aluan dalam bahasa Turki. 

Proses mengumpul dokumen dan mengesahkannya
Proses mengumpul dokumen dan mengesahkannya

Setelah beberapa bulan menanti dengan penuh kesabaran, pihak kerajaan Turki menitipkan khabar gembira, saya berjaya mendapatkan penempatan untuk melanjutkan pelajaran di universiti pilihan saya dan bakal ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Turki.

Maka, bermulalah proses persediaan untuk ke luar negara. Tahukah anda, banyak yang perlu dilakukan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara?

Daripada berkunjung ke kedutaan negara Turki ke Kementerian Luar Negeri untuk proses pengesahan dokumen serta sijil. Segalanya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Setelah selesai pengesahan dokumen serta tiket penerbangan diterima dan tarikh penerbangan telah ditetapkan, maka saya menghabiskan masa dengan menguruskan perletakan jawatan di bank tempat saya bekerja ketika itu. 

Beberapa minit sebelum berlepas ke Turki
Beberapa minit sebelum berlepas ke Turki

Sebelum saya ke Turki, saya sering memberitahu keluarga saya yang saya hanya akan pergi selama dua tahun, setahun untuk mempelajari bahasa Turki, dan setahun lagi adalah untuk saya menamatkan pengajian ijazah sarjana.

Saya dengan yakin memberitahu mereka bahawa dua tahun itu sangat sekejap, pejam celik pejam celik saya akan kembali dalam dakapan mereka. Tidak saya sangka yang sebenarnya mod pengajian yang telah ditetapkan oleh kerajaan Turki adalah mod campuran. 

Mungkin kerana terlampau gembira dan juga gemuruh, saya terlepas pandang akan secebis maklumat ini. Saya hanya mendapat tahu apabila saya berada di dalam kapal terbang tatkala bersembang dengan pemegang biasiswa yang lain. 

Sudah tentu saya terkejut namun saya terus meyakinkan diri saya bahawa tiga tahun juga sama, sedar-sedar sudah tamat pengajian dan pulang ke tanah air. Antara perkara lucu yang saya ingat adalah bagasi saya penuh dengan mi segera dan juga serbuk minuman malt coklat.

Dalam fikiran saya, ini adalah bekalan makanan saya jika saya tidak ada selera lagi dengan makanan Turki. Saya juga turut terpengaruh dengan filem arahan Bernard Chauly bertajuk Istanbul Aku Datang yang dibintangi Lisa Surihani dan Beto Kusyairy.

Antara babak ikonik dalam filem itu, adalah ketika karakter yang dilakonkan oleh Beto berang dengan watak Lisa yang menghabiskan paket terakhir Mi Segera Maggi perisa asam laksa.

Ternyata benar, tiada mi segera Maggi berperisa asam laksa dijual di Turki. Anda habis bekalan anda? Maka tunggulah sehingga anda pulang ke Malaysia pada tahun hadapan. 

Akhirnya perjalanan 11 jam berakhir apabila kami tiba di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul.

Saya dan pelajar Malaysia yang mendapat tajaan dari kerajaan Turki yang lain berkumpul di satu tempat sehingga kami berpisah mengikut bandar yang bakal dituju dan dibawa oleh wakil daripada kerajaan Turki ke tempat pendaftaran.

Sudah tentu penat, namun saya seronok melihat persekitaran negara asing. Sepanjang perjalanan ke tempat pendaftaran, mata saya tidak lekang melihat pemandangan luar. 

Pertama kali mencuba makanan jalanan Turki yang bernama Simit, keras diluar dan lembut di dalam sementara menunggu giliran pendaftaran pelajar di pusat bahasa.
Pertama kali mencuba makanan jalanan Turki yang bernama Simit, keras diluar dan lembut di dalam sementara menunggu giliran pendaftaran pelajar di pusat bahasa.

Apabila sampai ke pusat pendaftaran, pada mulanya saya sangat optimistik dan menebak yang proses ini mesti cepat dan sekejap.

Telahan saya meleset sama sekali, inilah pertama kali saya berhadapan dengan proses birokrasi Turki meskipun telah diberitahu oleh pelajar senior yang sedang menuntut di Turki yang anda perlu bersiap siaga dengan kesabaran tahap maksimum apabila berurusan dengan pihak atasan terutamanya dengan pihak kerajaan Turki.

Betul sekali, setelah tiga jam menunggu, akhirnya saya berjaya didaftarkan sebagai pelajar di pusat pengajian bahasa di Universiti Istanbul dan secara rasminya saya kembali menjadi pelajar, kali ini di negara dan kota asing dan juga belajar dalam bahasa asing.

Ikuti kesinambungan cerita saya pada siri yang seterusnya untuk mengetahui pengalaman belajar bahasa dan mengikuti pengajian ijazah sarjana di Turki. - Getaran, 4 Julai 2021

Semua gambar: Ashiqin Ariffin kecuali tertera

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Berniaga Sambil Sedekah, Peniaga Apam Balik Kekalkan Harga 50 Sen Selama 25 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia, Negara Islam Digesa Panggil Kedutaan Sweden, Perlu Bantah Tindakan Islamofobia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sweden Perlu Ambil Tindakan Segera Pada Paludan, Laksana Langkah Drastik Tangani Islamofobia

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Sari, Punjabi Tarik Minat Farzanah Rasai Kemeriahan Deepavali

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi