web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Negara Islam Digesa Panggil Kedutaan Sweden, Perlu Bantah Tindakan Islamofobia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 8:49PM

Rasmus Paludan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memanggil kedutaan Sweden susulan tindakan biadab pemimpin parti politik sayap kanan negara itu, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah Al-Quran semalam. 

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, semua negara Islam juga perlu bertindak demikian bagi menzahirkan bantahan terhadap insiden berkenaan.

Dalam masa sama, beliau berkata, MAPIM turut menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengecam dan mengingatkan negara Skandinavia tersebut bahawa masyarakat Islam antarabangsa tidak akan berdiam diri.

“Kami kesal dengan polis Sweden yang tidak mengambil tindakan apabila Rasmus membakar kitab suci itu dengan pemetik api.

“Kami kesal dengan dasar kebebasan bersuara Sweden yang boleh menerima perbuatan menghina agama. Ini jelas bukan kebebasan bersuara tetapi kebencian dan Islamofobia semata-mata,” katanya.  

Mohd Azmi berkata, MAPIM menyokong tindakan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu yang menyuarakan kemarahan terhadap kegagalan pihak berkuasa Sweden mengharamkan protes terbabit.

Beliau berkata, adalah sungguh mengerikan apabila melihat Sweden sedang membiarkan kebencian dan ekstremisme merebak di negara itu.

“Membiarkan perbuatan ini berlaku menimbulkan pelbagai persoalan, walaupun mungkin kerajaan Sweden tidak menyokong tindakan tersebut, seperti dipertahankan Menteri Luarnya, Tobias Billstrom.  

“Bagaimanapun hakikat bahawa kempen ini telah dibenarkan untuk diteruskan, mencerminkan toleransi Sweden di bawah alasan kebebasan bersuara,” tegasnya. 

Mohd Azmi berkata, pihaknya kesal kerana kejadian itu tidak dibendung dan tiada tindakan diambil untuk menyekatnya.

“Kerajaan Sweden gagal mengambil langkah terhadap perbuatan menjijikkan itu. Nampaknya Sweden jelas menggalakkan jenayah kebencian dan Islamofobia.  Ini tidak beradab dan biadab,” katanya. - Getaran, 22 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MAPIM Kutuk Pembunuhan Anak, Cucu Pemimpin Hamas 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Tiba Di Turkiye, Bakal Bertemu Erdogan Hari Ini

4

TARA 2 tahun yang lalu

Tapak Arkeologi Gordion Sertai Senarai Warisan Dunia UNESCO

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad