web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sari, Punjabi Tarik Minat Farzanah Rasai Kemeriahan Deepavali

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 6:31PM

Farzanah Adutra Laily Khan Zeb (tengah) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sehelai sari dan punjabi pemberian rakannya sebagai hadiah membuatkan Farzanah Adutra Laily Khan Zeb, 27, dari Semporna, sentiasa tertarik untuk merasai sendiri pengalaman meraikan kemeriahan sambutan Deepavali.

Berkongsi pengalamannya, pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam jurusan Sains Perhutanan itu berkata makanan tradisi masyarakat India seperti tose, vadei dan maruku juga menjadi antara juadah wajib yang dinikmati setiap kali menghadiri majlis rumah terbuka.

Beliau juga tidak pernah berasa asing, malah kehadirannya ke setiap rumah terbuka Deepavali sentiasa dialu-alukan oleh rakan taulan yang meraikan perayaan berkenaan sama ada ketika berada di Sabah mahupun di Semenanjung.

"Hari ini bukan kali pertama saya menyambut perayaan Deepavali bersama rakan-rakan daripada masyarakat India. Sebelum ini, saya menghadiri sambutan Deepavali dengan memakai sari dan hari ini pula saya mengenakan punjabi yang merupakan pemberian hadiah daripada rakan saya.

"Saya begitu tertarik untuk bersama-sama meraikan sambutan Deepavali kerana masyarakat India sangat baik dan peramah. Kita juga sedia maklum bahawa kita hidup dalam negara yang penuh dengan kepelbagaian bangsa dan agama.

"Justeru, kita perlu terus mengekalkan keharmonian serta persefahaman yang sedia terjalin," katanya ketika ditemui Bernama pada sambutan Deepavali anjuran Persatuan Kuil Hindu Kota Kinabalu dan Kuil Sri Pasupathinath Alayam di Bukit Padang di sini, hari ini.

Farzanah hadir pada sambutan itu bersama dua lagi rakannya iaitu Veynnishaa Kumarappan, 25, dari Ipoh, Perak dan Hema Balamurugan, 24, berasal dari Klang, Selangor yang juga pelajar tahun akhir UMS.

Sementara itu, Veynnishaa, pelajar jurusan Kejuruteraan Rangkaian UMS berkata kemesraan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sabah sangat dirasai setiap kali menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali yang diadakan di Negeri Bawah Bayu ini.

"Ketika kali pertama menyambut Deepavali di Sabah pada 2019, saya sangat terkejut melihat masyarakat pelbagai kaum bersama-sama meraikannya dan ada antaranya datang dengan memakai baju tradisi kaum India.

"Sabah sangat berbeza. Semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum sangat unik," katanya yang sudah merantau selama empat tahun di negeri itu.

Pandangan sama turut diberikan Hema yang sudah tiga kali berjauhan dengan keluarga dan menyambut Hari Deepavali bersama rakan-rakan di Sabah.

"Walaupun tidak bersama keluarga, tetapi rindu terubat kerana saya dapat meraikan Deepavali bersama rakan-rakan. Suasana sambutan Deepavali masih dapat dirasai di Sabah dan tentunya pengalaman ini akan dirindui," kata pelajar jurusan Sains Makanan UMS itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 3 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 4 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN