ICE-WATCH Malaysia baru-baru ini memperkenalkan koleksi terbaharunya dalam sebuah acara eksklusif di Vernakular Store .
Tanpa gimik berlebihan, pelancaran ini disempurnakan oleh pemilik ICE-WATCH Malaysia dan Time Zone Sdn. Bhd, Datuk Sri Meer Habib.
.jpeg)
Ia berlangsung dalam suasana sederhana tetapi signifikan, menghimpunkan rakan media, KOL dan wakil industri untuk melihat sendiri evolusi terkini jenama jam tangan yang terkenal dengan identiti berwarna dan kontemporari.
Fokus utama pastinya terarah kepada ICE smart TKS 2.0, jam pintar yang menggabungkan estetika klasik dengan teknologi moden. Reka bentuknya yang segi empat tepat dengan dail vintaj berangka Romawi serta jarum berbentuk pedang memberi sentuhan seakan jam tradisional, namun profilnya yang ultra nipis.

Hanya 6.35 mm, ia menyembunyikan keupayaan pintar yang menyeluruh . Ia membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan bluetooth, menyemak mesej, mengawal muzik serta menjejak kesihatan termasuk kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
Paparan AMOLED definisi tinggi memastikan setiap notifikasi dan data kesihatan dipaparkan dengan jelas dan terang.
ICE smart TKS 2.0 hadir dalam lapan model dengan pilihan kemasan keluli tahan karat rona perak, emas dan rose gold.

Ia dipadankan sama ada dengan rantai keluli berkilau atau tali kulit Itali bercorak buaya yang boleh ditukar ganti, menjadikannya aksesori serba guna untuk digayakan ke pejabat, ke mesyuarat mahupun ke acara santai. Inilah jam yang menepati keperluan mereka yang mahu kekal bergaya tanpa mengorbankan fungsi.
Selain itu, koleksi Chouchou memperlihatkan sisi lebih eksperimental ICE-WATCH menerusi jam cincin kontemporari. Dengan badan jam yang halus, dail bersih dan tali keluli tahan karat boleh regang, ia tampil sebagai perhiasan moden yang berani dan sofistikated.
Bagi pencinta gaya minimalis pula, ICE Mimi menawarkan rekaan nipis dan ringan yang elegan, sesuai untuk mereka yang menghargai kesederhanaan berciri khas .

Diasaskan di Belgium pada 2007 dan kini berada di lebih 55 negara, ICE-WATCH terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama global yang mudah diakses.
Pelancaran berskala sederhana ini membuktikan bahawa kekuatan sebenar sesebuah jenama bukan terletak pada kemeriahan acara, tetapi pada produk yang benar-benar memahami gaya hidup moden, praktikal, versatil dan sentiasa relevan. - Getaran, 20 Februari 2026