web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wedding Showcase 2025 Berlangsung Meriah Di Matrade KL, Terap Tema ‘Fairy Tales’

Acara ini merupakan anjuran S Creative Solutions Event & Entertainment bersama Sidah Catering Services M Sdn Bhd

Gaya Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2025 5:13PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wedding Showcase 2025 anjuran S Creative Solutions Event & Entertainment bersama Sidah Catering Services M Sdn Bhd berlangsung meriah pada Ahad lalu di Matrade Hall, Kuala Lumpur. 

Berinspirasikan tema ‘Fairy Tales’, acara sehari penuh ini berjaya menarik perhatian para pengunjung, serta bakal pengantin yang ingin meneroka idea dan tawaran eksklusif untuk majlis perkahwinan impian mereka.

Sejak pintu dibuka pada jam 10 pagi, Matrade Hall berubah menjadi ruang penuh aura fantasi dengan dekorasi ala kisah dongeng, persembahan seni, dan pelbagai aktiviti interaktif. 

Antara tarikan utama termasuk pengalaman 360° camera, peragaan fesyen pengantin, sesi sentuhan solekan percuma, persembahan tarian, persembahan nyanyian, pertunjukan lampu, serta tutorial mekap secara langsung.

Para tetamu turut disajikan dengan bertih jagung, aiskrim dan apam balik percuma, selain berpeluang mengikuti sesi food testing serta menyaksikan demonstrasi masakan secara langsung. Ruang konsultasi percuma juga disediakan bagi membantu bakal pengantin merancang majlis perkahwinan mengikut cita rasa masing-masing.

Bercakap kepada pihak media selepas majlis perasmian, Ketua Pegawai Operasi Sidah Catering, Siti Hajar Mohd Anuar berkata, penganjuran Wedding Showcase ini memasuki edisi kedua dan menerima sambutan yang amat menggalakkan, bukan sahaja daripada bakal pengantin tetapi juga melibatkan pihak korporat.

“Pameran ini diadakan untuk memperkenalkan dan mempromosi setiap pakej servis yang kami sediakan. Kami menawarkan perkhidmatan lengkap di bawah satu bumbung daripada penyediaan dewan, katering, andaman, fotografi, cenderahati majlis dan banyak lagi. Bakal pengantin tidak perlu risau kerana semuanya disediakan secara menyeluruh, sekaligus menjimatkan masa dan memudahkan keluarga,” ujar beliau.

Pelbagai jenama dan penyedia perkhidmatan turut menjayakan showcase ini, termasuklah Hidayah Maju, Syed Bistro, Ryns Avenue Group, Pro Media Broadcast, Faridism Production, Ayum Primadona, Kazoku Gift & Event, Fiz Classic Bridal, Zamirazfar, OJKustik Entertainment, KUHOT, Senada Tari, Zamir Azfar dan DCB Party & Event.

Pengunjung turut menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti diskaun sehingga RM10,000, perkhidmatan “Book Now, Pay Later” dengan deposit serendah RM1,000, cabutan bertuah percutian bulan madu 3H2M ke Bali, serta Lucky Spin yang menawarkan hadiah menarik termasuk barangan elektrik Russell Taylors.

Majlis rasmi dimulakan dengan bacaan doa diikuti perarakan pasangan pengantin, persembahan tarian pembukaan serta ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif  Sidah Group, Datuk Mohd Adam Mohd Anuar.

Dari kiri, Siti Hajar Mohd Anuar dan Mohd Adam Mohd Anuar.
Dari kiri, Siti Hajar Mohd Anuar dan Mohd Adam Mohd Anuar.

Sorotan lain termasuk pertunjukkan cahaya oleh S Creative, perarakan krew pelayan Sidah Catering, serta peragaan pakaian pengantin.

Acara diteruskan dengan sesi konsultasi bermula jam 2 petang dan berlangsung sehingga majlis melabuhkan tirai pada jam 7 malam. - Getaran, 11 Disember 2025

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 6 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN