web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melangkah Ke Masa Depan Bersama LILANZ, Butik Futuristik Pertama Di Pavilion Bukit Jalil

Konsep dikenali sebagai ‘Future Business’ itu diinspirasikan oleh dunia perjalanan moden, dari kereta api dan pesawat hingga ke kapsul angkasa lepas

Gaya Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2025 3:36PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia fesyen lelaki kini melangkah ke dimensi baharu. Jenama fesyen premium dari China, LILANZ, memperkenalkan butik futuristik pertamanya di dunia, dan ia kini dibuka di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Ini adalah butik kedua LILANZ di Malaysia, sekaligus menjadi mercu tanda penting dalam perjalanan jenama ini untuk membentuk semula pengalaman membeli-belah lelaki moden.

Butik pertama mereka terletak di SkyAvenue, Resorts World Genting, dan sejak dibuka ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Ruang Yang Menggabungkan Fesyen Dan Teknologi

Menempati ruang seluas 4,350 kaki persegi, butik ini bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi satu pengalaman visual dan sensori. 

Konsepnya, dikenali sebagai ‘Future Business’, diinspirasikan oleh dunia perjalanan moden, dari kereta api dan pesawat hingga ke kapsul angkasa lepas.

Bayangkan melangkah ke dalam portal futuristik, pencahayaan dinamik, pantulan logam berkilat, dan garis reka bentuk geometri yang saling berpadu, mencipta suasana ibarat masa depan yang nyata. 

Setiap sudut butik seolah mengajak pengunjung menjelajah dunia fesyen yang penuh inovasi.

Di tengah ruang, zon khas seluar menjadi tumpuan utama. Ia dikelilingi oleh koleksi lengkap LILANZ yang merangkumi sut elegan, pakaian kasual bergaya, dan busana harian berteknologi tinggi. 

Bilik mencuba pakaian pula direka menyerupai kapsul angkasa, mengukuhkan tema futuristik dengan sentuhan moden yang selesa.

Menariknya, di sebalik rekaan avant-garde ini, terdapat sentuhan tempatan yang halus iaitu elemen buluh digunakan sebagai simbol kehangatan dan penghargaan terhadap warisan seni serta budaya tempatan. Ia menyatukan estetika global dengan jiwa Asia Tenggara dalam harmoni yang elegan.

Koleksi Musim Luruh/Dingin 2025: Gaya Lelaki Masa Depan

LILANZ membawa visi yang sama ke dalam koleksi Musim Luruh/Dingin 2025, dengan tiga teras utama iaitu Smart, Urban Casual dan Performance Wear.

Smart: Gaya Berkuasa Dengan Sentuhan Mewah

Untuk lelaki profesional yang mementingkan kesempurnaan dan keyakinan, siri Smart menampilkan rekaan penuh struktur dan sofistikasi. 

Fabrik seperti kapas tulen, rajutan halus dan sutera lembut menjadi asas kepada setiap helaian, mencipta keselesaan tanpa menjejaskan ketegasan gaya.

Palet warna klasik seperti kelabu, hitam dan perang tua diserikan dengan aksen biru lembut dan karamel hangat, membangkitkan aura maskulin yang matang.

Motif Celtic yang halus diselitkan pada fabrik, menambahkan elemen simbolik dan daya tarikan seni.

Urban Casual: Minimalis Moden Dari Dunia Nordik

Dihasilkan untuk lelaki bandar yang menghargai kesederhanaan, siri Urban Casualmengambil inspirasi daripada estetika Scandinavia.

Rekaannya bersih dan santai, dengan palet warna lembut seperti putih, kelabu, khaki, dan rona pasir, diselitkan sedikit jingga terrakota sebagai percikan tenaga.

Motif rajutan Fair Isle, penghormatan kepada tradisi Scotland menghadirkan rasa hangat dan peribadi dalam gaya moden.

Potongan sedikit longgar dan fabrik bertekstur memberi keseimbangan antara fungsi dan gaya, sesuai untuk aktiviti harian mahupun santai hujung minggu.

Performance Wear: Versatil, Aktif Dan Bergaya

Untuk lelaki yang sentiasa bergerak, siri Performance Wear menawarkan pakaian yang menggabungkan fungsi teknikal dan gaya elegan.

Setiap helaian diperbuat daripada fabrik kalis air, mudah dijaga dan tahan kedut, menjadikannya sesuai untuk perjalanan perniagaan atau aktiviti luar.

Palet warna biru, kelabu dan hitam mencerminkan tenaga profesional, manakala campuran rona kopi, perang tanah dan jingga gamboj menambah sentuhan sporty yang berkelas.

Ia membuktikan bahawa keselesaan dan gaya boleh wujud bersama dalam satu pakaian yang bijak dan fleksibel.

Promosi Pembukaan Eksklusif

Sebagai meraikan pembukaan ini, LILANZ menawarkan hadiah keahlian eksklusif berupa pemegang kad kulit lengkap dengan empat kad rebat bernilai RM150 setiap satu. Kad ini boleh ditebus dari November 2025 hingga Februari 2026, sementara stok masih ada.

Pendaftaran ahli bermula pada 1 November 2025, eksklusif di butik Pavilion Bukit Jalil. - Getaran, 2 November 2025

Foto : LILANZ

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 6 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang