web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krispy Kreme X Crocs: Kolaborasi Paling ‘Manis’ Dan Comel Tahun Ini!

Gaya Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2025 10:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersedialah untuk terpikat kerana dua jenama global yang terkenal dengan keaslian dan gaya unik masing-masing kini bergabung tenaga dalam satu kolaborasi yang tak disangka-sangka tapi perfect – Krispy Kreme® dan Crocs™!

Mulai 6 Ogos, peminat donat dan peminat kasut selesa boleh mendapatkan Krispy Kreme x Crocs Classic Clogs edisi terhad yang bukan sahaja comel, tapi juga super fun dan penuh gaya. 

Bayangkan kasut yang diinspirasikan daripada donat Original Glazed® Krispy Kreme yang ikonik? Ya, itulah dia!

Clog edisi khas ini bukan sebarangan. Ia hadir dengan rekaan yang tampak seperti baru keluar dari mesin glazer, lengkap dengan Jibbitz™ berbentuk donat, Hot Light™ Krispy Kreme dan pelapik hujung kaki yang boleh ditukar antara chocolate glaze with sprinkles dan strawberry glaze with sprinkles.

Anda boleh pilih ikut ‘mood’ hari itu;  lebih coklat hari ini? Atau rasa strawberi yang lebih cute? Pilihan di tangan anda! 

Tali tumit boleh laras clog ini pula dihiasi dengan logo Krispy Kreme, menjadikan ia satu perincian eksklusif yang memikat hati. 

Turut dijual berasingan ialah pek lima Jibbitz™ Krispy Kreme yang merangkumi donat, topi kertas klasik, logo dan kotak dozens yang ikonik.

Donat Pun Ada Versi Istimewa!

Untuk merancakkan lagi kolaborasi ini, Krispy Kreme Malaysia juga melancarkan satu dozen donat istimewa yang diinspirasikan oleh rekaan clog ini iaitu gabungan Original Glazed®, Chocolate Sprinkles dan Strawberry Sprinkles. 

Ia akan dijual mulai 6 Ogos hingga 19 Ogos di cawangan Krispy Kreme terpilih - Pavilion KL, KLCC, Sunway Pyramid, IOI Putrajaya dan Mid Valley Southkey.

Dan berita baik buat peminat kasut Crocs – bawa resit pembelian clog ke mana-mana cawangan Krispy Kreme terlibat dan nikmati diskaun 10 peratus untuk donat harga biasa. Cukup mudah, cukup manis!

Bila Keselesaan Dan Ekspresi Diri Bertemu

“Kami percaya bahawa keselesaan boleh diperibadikan,” kata Ketua Pegawai Jenama Crocs, Terence Reilly.

“Dengan Krispy Kreme, kami sajikan gaya yang disalut personaliti dan ditabur dengan ekspresi diri,” katanya.

Sejak mula mencipta fenomena sebagai kasut yang comfortable yet bold, Crocs Classic Clogs telah menjadi pilihan harian ramai dan kini, ia lebih menyerlah dengan sentuhan ‘manis’ daripada Krispy Kreme.

Clogs Krispy Kreme X Crocs boleh didapati dalam saiz dewasa di:

• Crocs Pavilion KL

• KLCC

• Sunway Pyramid

• IOI Putrajaya

• Mid Valley Southkey

• crocs.com.my

Sila dapatkan segera kerana keluaran ini ialah edisi terhad. 

Siapa cepat, dia dapat! 

Boleh juga layari @crocsmalaysia dan @krispykreme.malaysia untuk info lanjut. 

Jadi tunggu apa lagi? Sama ada anda peminat donat, peminat Crocs, atau kedua-duanya, ini ialah peluang untuk anda bergaya dengan cara yang paling fun dan selesa. - Getaran, 7 Ogos 202

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN