web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenama Kosmetik Terlaris Di Eropah Tembusi Pasaran Malaysia

Menggunakan 100 peratus bahan vegan dan bebas daripada zarah mikroplastik, essence menawarkan akses kecantikan yang mudah dan trend terkini

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2024 8:18PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kosmetik nombor satu di Eropah, essence kini sudah menembusi pasaran Malaysia. Berasal dari Jerman, jenama ini telah membangunkan produk berkualiti tinggi pada harga nilai hebat sejak 2002.

Menggunakan 100 peratus bahan vegan dan bebas daripada zarah mikroplastik, essence menawarkan akses kecantikan yang mudah dan trend terkini kepada semua, walau di mana jua anda berada. 

Sesuai dengan cogan kata yang dibawa, “Jadikan Kecantikan Seronok”, jenama kosmetik ini mahu kecantikan datang bersama kegembiraan, mudah diakses dan tidak rumit. Bahkan, semua produk essence juga tidak melibatkan ujian ke atas haiwan. 

Untuk koleksi musim luruh/dingin 2024, essence hadir dengan barisan produk yang menterjemahkan kata-kata, ‘Lantang, Hebat Dan Peribadi’.

Berpandukan nostalgia, trend kecantikan masa lampau diangkat untuk mewarnai trend masa kini dengan pigmen krom dan rona logam yang menerajui kebangkitan semula zaman Y2K. 

Matlamat kecantikan untuk musim ini adalah untuk mengutamakan diri dengan ekspresi diri dan penjagaan diri sebagai fokus utama. Melangkah yakin dengan solekan berkilauan dan bibir berkilat menarik perhatian.

Produk yang menjaga kesejahteraan diri (kulit serta mood!) adalah penting untuk rutin kecantikan yang membangkitkanrasa hebat seiring dengan penampilan hebat. 

Berikut adalah pilihan produk essence untuk koleksi musim luruh / dingin 2024:

1) Soft Touch Lip Mousse

Formula mousse bibir yang lembut berkrim dan nyaman. Dengan kemasan matteyang selesa dan tidak mengeringkan. Sesuai untuk penggunaan harian dan pelbagai penampilan solekan.

2) Contouring Duo Stick 

Duo rias kontur 2-dalam-1 dengan rona cerah dan gelap. Reka bentuk yang menirus membantu aplikasi yang lebih tepat pada permukaan yang sukar dicapai.

3) Flawless Skin Trio Loose Setting Powder 10

Trio bedak pengimbang warna kulit dengan penapis bolehtanggal berputar. Rona merah jambu dan peach ntuk mencerahkan bawah mata, sementara warna ‘lilac’untuk menutrealkan warna kulit yang kekuningan.

Warna-warna ini boleh digunakan bersendirian atau bersama untuk menetapkan solekan kulit yang lebih matte.

4) Wonder Full Primer 5 In 1 SPF 30 

Formula berwarna samar ini berfungsi untuk meminimakan saiz pori-pori, garis halus dan cela secara optikal sambil memberi kemasan kulit matte semulajadi. Pemakaian produk ini juga menjadikan kulit lebih lembab dan sekata.

Produk essence boleh didapati di semua cawangan Watson’s di seluruh negara dan di stor dalam talian di platform-platform jualan TikTok Shop, Shopee dan Lazada. 

Untuk kemas kini terkini, anda boleh ikuti essence di @essence_cosmetics di Instagram dan @essence.cosmetics.my di TikTok. - Getaran, 17 Disember 2024

Foto : essence

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN