web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perasmian Butik Baharu Rado Di TRX Diserikan Dengan Kehadiran Hakken 

Majlis perasmian butik baharu jam tangan mewah Rado diserikan dengan kehadiran pempengaruh terkemuka cosplayer, Hakken serta Che Puan Juliana Evans

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2024 9:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama jam tangan terkenal dari Switzerland, Rado telah merasmikan pembukaan butik terbarunya di pusat beli belah Tun Razak Exchange (TRX) Kuala Lumpur.

Bersempena dengan perasmian butik terbaru mereka, Rado turut mengundang pempengaruh dan selebriti 'cosplay' terkemuka, Hakken. 

Ratusan peminat setia Hakken turut menanti kedatangannya di sekitar perkarangan butik.

Turut hadir ialah CEO Rado, Adrian Bosshard serta Che Puan Juliana Evans yang bertindak sebagai pengacara majlis.

"Kami sangat gembira dengan pembukaan butik terbaru Rado di pusat beli belah terkemuka, TRX. 

"Saya sangat bangga dan takjub dengan pusat beli belah ini begitu juga dengan butik kami yang dibina dengan sangat cantik. 

"Kepada semua pencinta jam tangan Rado, disini terdapat semua rekaan jam tangan ikonik seperti Diastar, Captain Cook, True Square, Centrix dan banyak lagi," kata Adrian.

Adrian Bosshard
Adrian Bosshard

Masyhur sebagai pempengaruh dunia cosplayer, Hakken juga sering menjadi tumpuan pencinta fesyen kerana gayanya yang bersifat androgini, malah wajah anak kelahiran Miri Sarawak ini pernah menjadi penghiasan muka depan majalah fesyen terkemuka, Vogue Singapore. 

Hadir menggayakan koleksi terbaru Rado, Captain Cook, kata Hakken jam tangan tersebut melengkapkan gayanya.

"Jam tangan ini adalah sesuatu yang saya boleh selalu gayakan. Ia melengkapkan penampilan saya," kongsinya. 

Menjengah ke ruang butik ini, ia direka mengikut acuan astetika jenama Rado itu sendiri iaitu minimalis tetapi penuh elegan sekaligus memberi pengalaman yang selesa dan tenang buat pelanggan. 

Bagi pencinta Rado, jangan lepaskan peluang untuk singgah di butik terbaru mereka tatkala anda melawati pusat beli belah TRX. - Getaran, 13 Julai 2024

Foto : Helmi Anuar, PR

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN