web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Oh, Hello! Kenali ‘Truth Serum’ Penyelamat Kulit Wajah Terkini

Walaupun masih baru, Oh, Hello! tidak menghampakan mereka yang mempunyai masalah kulit.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 10:24AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa tidak mahu kulit berseri dan mulus tanpa memakai sebarang solekan? Tetapi tahukah anda bahawa ramai yang mengira pencuci muka, losyen pelembab dan pelindung matahari sudah cukup untuk membekalkan nutrien dan menjaga kulit sepanjang hari? 

Keadaan kulit muka kita yang sentiasa terdedah kepada sinaran matahari, pencemaran udara dan debu akan cepat rosak dan menua. Justeru itu, kita tidak boleh tertumpu hanya kepada proses pembersihan dan pelembapan sahaja.

Sebaliknya, bagi mendapatkan asas penjagaan kulit yang berkesan dan memastikan kesihatan kulit muka sentiasa terjaga, kita seharusnya menambahkan serum muka ke dalam rutin penjagaan kulit harian kita.

Meskipun baru sahaja membuka langkah dalam industri kecantikan Malaysia, jenama tempatan, Oh, Hello!  sedia memberi jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kulit buat semua termasuklah mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Kini, jenama ini mengeluarkan serum muka terbaharu mereka, Truth Serum yang dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia yang kasar dan sesuai untuk pemakaian setiap hari.

Menurut Farah Azizi, pengasas bersama jenama ini, “Sebagai seorang yang mempunyai kulit sensitif ia agak sukar untuk saya mendapatkan serum muka yang bersesuaian dan tidak memberi kegatalan pada kulit muka.

“Saya menyedari bahawa banyak serum muka khususnya buat kulit sensitif terlalu mahal untuk dimiliki dan mungkin itu salah satu sebab ramai tidak menggunakannya dalam rutin kecantikan seharian.

“Justeru itu, melalui pemerhatian ini, saya ingin menghasilkan satu serum muka yang berkualiti antarabangsa tanpa membakar lubang poket pengguna.”

Mungkin ramai tidak tahu, serum muka dapat berfungsi sepuluh kali ganda lebih baik untuk mengatasi masalah kulit kerana ekstraknya yang lebih pekat berbanding losyen pelembab.  

Walaupun terdapat perbahasan yang berterusan mengenai persamaan serum muka dan losyen pelembap, serum muka tidak mengandungi bahan-bahan pengekalan air seperti minyak petrolatum atau minyak mineral yang mampu menyimpan air daripada disejat seperti yang disangkakan.

Lebih penting lagi, serum muka berfungsi secara khusus untuk merawat masalah kulit tertentu seperti jerawat, antipenuaan, jeragat, pori-pori besar, kulit kusam dan berminyak.

Oleh sebab teksturnya yang nipis dan molekulnya lebih kecil, ia mampu menyerap dengan mudah dan lebih mendalam ke dalam kulit. Secara ringkasnya, serum muka bekerja di lapisan dalam kulit manakala losyen pelembap pula bekerja pada lapisan luar kulit. 

“Produk ini mengandungi campuran bahan yang terbukti sesuai untuk semua jenis kulit. Gabungan ramuan seperti asid hyaluronik, alpha arbutin, niacinamide dan ekstrak teh hijau mampu memberi efek yang optimum dan ‘glowing’ tanpa memberi iritasi pada kulit muka.

“Fakta menarik yang mungkin tidak ramai tahu tentang asid hyaluronik adalah ia mempunyai keupayaan untuk menyimpan kelembapan sebanyak 6 liter air bagi memberi penghidratan sepenuhnya dan sepanjang hari.

“Selain itu, produk ini turut membanti meratakan tona kulit, memudarkan parut jerawat, mengurangkan hiperpigmentasi kulit, mengecilkan liang pori sambil mengurangkan kedutan pada permukaan kulit.

“Tambahan lagi, ekstrak teh hijau juga merupakan salah satu kandungan khasiat yang sangat terkenal dan dapat mengurangkan masalah keradangan serta sesuai untuk sesiapa yang ingin kekal kelihatan muda,” tambah Farah.

Jika anda berminat untuk membeli Truth Serum ini, anda boleh membuat pesanan atas talian melalui laman media sosial mereka di Instagram.

Nak tahu kelebihan serum ini, jom tengok video di bawah: - Getaran, 8 Jun 2021.

Semua gambar: Oh, Hello!


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek